25 July 2009

Mufti Perak: 2 Persoalan yang belum dijawab

Sauk, 24 Julai 2009- Pas Perak masih menunggu 2 persoalan yang belum dijawab oleh DS Harusani Zakaria (Mufti Perak).

Pertama: Isu Bomoh di Dewan Undangan Negeri Perak, oleh UMNO sebelum berlangsungnya kekecohan sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 yang lalu.

Kedua: Isu Jom Heboh (dulu Sure Heboh) yang pernah difatwakan sebagai haram oleh DS Harusani Zakaria. Jom Heboh kembali ke bumi Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang angkara kerja keji BN. Yang menjadi persoalan ialah kewajaran DS Harusani menghadiri program berkenaan yang diadakan di kem TLDM Lumut baru- baru ini, walaupun dinafikannya pada peringkat awal ketika pertemuannya dengan Dewan Pemuda Pas Perak.

Demikian dinyatakan oleh YB Drs Khalil Idham Lim (ADUN Titi Serong) juga merupakan Ketua Penerangan Pas Negeri Perak semasa berceramah di Markaz Pas Sauk.

Ini ekoran dari isu gambar pegang lilin oleh DS Nizar bersama beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat. Mufti Perak sekali lagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat apabila dengan pantasnya menghukumnya sebagai perbuatan haram.

Oleh itu Drs Khalil Idham membidas sikap Mufti Perak itu yang masih membisu terhadap dua isu yang dikemukakan di atas.

Drs Khalil Idham juga mengulas tentang kekeliruan isu pegang lilin seperti mana yang dimuatkan dalam akhbar harakah keluaran terbaru.

Terdahulu YB Hj Zainuddin (ADUN Lubuk Merbau) yang juga YDP Pas Kawasan Padang Rengas mengupas isu- isu semasa di Perak antaranya seperti isu Chin Peng dan isu saman Ketua Kampung kepada kerajaan negeri Perak.

Kehadiran orang ramai amat menggalakkan walaupun hebahan dilakukan dalam masa yang cukup singkat. Ini menggambarkan rakyat sangat dahagakan maklumat yang benar terutama isu- isu yang melanda negeri Perak.

23 July 2009

Wajah- Wajah Wanita Pertama Malaysia


Zambry! Ulama mana pulak yang nak keluar fatwa?

Ulama Bisu dan Terompah Kayu dikenal pasti

Ketua Penerangan Pas Perak (YB Khalil Idham Lim) menafikan gambar DS Nizar sedang memegang lilin adalah majlis berkabung.

Beliau yang turut serta dalam majlis itu menjelaskan gambar tersebut diambil ketika sesi sidang media di Wisma DAP, Ipoh pada 17 Julai yang lalu. Sidang media itu dianjurkan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh 20 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kesemua ADUN yang hadir memegang lilin dalam sesi selingan dalam sidang media tersebut.

Beliau merupakan bekas penganut agama Buddha (memeluk Islam ketika berumur 23 tahun) menjelaskan amalan memegang lilin dan colok adalah amalan nenek moyang orang Cina sejak turun temurun.

"Sebab itu jika kita mengunjung masjid- masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di luar masjid" katanya.

Beliau membidas pihak yang memperbesarkan isu berkenaan yang hanya berani mengeluarkan hukum terhadap pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat tetapi membisu dalam perkara- perkara mungkar yang melibatkan pemimpin UMNO.

Harusani pun makin haruuuuu....

20 July 2009

UMNO/BN + SPRM= 1 Malaysia

Lain yang diharapkan, lain pula yang berlaku. Nak siasat rasuah... tiba- tiba SPRM pulak yang kena siasat.

Itulah isu yang sedang melanda di Selangor kini. Misteri kematian Teoh mengundang spekulasi pelbagai pihak.

Ketangkasan luar biasa SPRM bertindak ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat memang sudah terbukti. Sedangkan aduan rasuah terhadap Khir Toyo dan penyelewengan wang BALKIS oleh bini Khir Toyo dipandang sepi oleh SPRM.

TPM merasuah jambatan kepada pengundi di Manek Urai untuk mengundi BN tidak termasuk dalam akta rasuah SPRM.

"TANPA RASUAH, SIAPALAH UMNO"

Peristiwa serbuan SPRM ke atas ADUN- ADUN PR di Selangor mengingatkan saya peristiwa rampasan kuasa di Perak. Modus operandinya sama, peringkat awal, ADUN disiasat oleh SPRM untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat.

Apabila umpan mengena, upacara lompat- melompat parti pun bermula hingga jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Kini kes perbicaraan si Jamaluddin (Behrang) dan si Osman Jailu (Changkat Jering) seolah- olah sengaja dilengah- lengahkan kerana kuasa sudah kembali ke tangan BN. Saya yakin kes ini akan berlanjutan hingga ke PRU-13.

Mungkinkah peristiwa ini akan kembali berulang?

Walau apa pun imej SPRM semakin jijik di mata rakyat kerana sikap double standardnya yang semakin konsisten menjadi budak suruhan UMNO/BN.

UMNO/BN + SPRM= 1 Malaysia

13 July 2009

Kelantan Bercuti Sempena PRK Manek Urai


Keputusan SPR yang meneruskan tradisi menetapkan tarikh pembuangan undi pada hari bekerja mengundang pelbagai persoalan. Dalam masa yang sama kempen- kempen kesedaran pengundi menunaikan tanggungjawab dijalankan.


Keputusan MB Kelantan mengumumkan cuti peristiwa kepada semua kakitangan kerajaan pusat, negeri dan swasta di negeri Kelantan pada 14 Julai 09 membuktikan betapa segarnya demokrasi di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.

Pesanan Tok Guru kepada pengundi- pengundi“Allah telah menetapkan dunia ini Dia yang punya, oleh yang demikian apabila kita ingin membuang undi, ianya hendaklah selaras dengan kehendak Allah SWT."

Saya yakin pengundi- pengundi di manek Urai sudah bersedia memberikan hadiah istimewa kepada Perdana Menteri Malaysia sempena 100 hari pentadbiran beliau.

Takbiiir !!!

09 July 2009

Fitnah Besar Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin meneruskan tradisi memfitnah dan memperbodohkan pengundi dalam siri kempen pilihanraya. Terkini beliau menuduh Dato' Husam sebagai dalang kepada usaha menghalang Us. Nasaruddin Mat Isa (Tim. Presiden Pas) untuk berkempen di Manek Urai gara- gara tewas dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas.

Menurut maklumat yang diterima Us. Nasaruddin Mat Isa baru sahaja menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang pada pagi tadi. Sebaik sahaja dibenarkan keluar dari hospital beliau dijangka akan terus ke Manek Urai untuk membantu kempen Pas di sana.
Mudah- mudahan beliau akan cepat sembuh dan diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menempuh segala cabaran dalam perjuangan.

Pendukung- pendukung perjuangan Islam juga diharapkan tidak termakan dengan umpan pihak lawan yang sentiasa memburuk- burukkan pimpinan perjuangan Islam.

Tun Mahathir mulakan langkah pertama tentang pemansuhan PPSMI

Seperti diramal pemansuhan dasar PPSMI mengundang rasa dukacita kepada Sang Penciptanya. Kini Tun Mahathir bangun daripada perasaan dukacitanya untuk membela dasar peninggalannya.

Langkah pertama dimulakan dengan mewujudkan ruangan khas bagi pembaca blognya mengundi sama ada keputusan kerajaan pimpinan Najib memansuhkan PPSMI dipersetujui atau tidak.

Soalannya berbunyi "DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?" YES or NO.

Setakat jam 10.12 malam ini jumlah pengundi sebanyak 12338 pengundi. 25% (3062) pengundi bersetuju manakala 75% (9276) pengundi menyebelahi Mahathir.

Penulis tidaklah begitu berminat tentang keputusan atau mengenai blog beliau. Tetapi yang menarik perhatian penulis ialah Tun Mahathir nampaknya akan terus mendatangkan masalah kepada Barisan Nasional. Mungkinkah Mahathir akan mencipta sejarah untuk KELUAR DARI UMNO untuk kali yang ke-2?

Adalah lebih baik Tun Mahathir mencontohi Tun Abdullah Badawi yang kini hidup bahagia bersama dinda Jeannya.

08 July 2009

Mansuhkan PPSMI 2012?

Semalam Timbalan Perdana Menteri juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penghapusan dasar PPSMI pada tahun 2012. Berita baik bagi Gerakan mansuhkan PPSMI walaupun mengundang pelbagai reaksi.

Keputusan rakyat Semenanjung Malaysia menolak BN pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu serta pilihanraya kecil pada tahun ini nampaknya keputusan yang tepat. Ternyata kehadiran pembangkang dalam parlimen dan dewan undangan negeri memberikan impak yang besar dalam mempengaruhi keputusan- keputusan kerajaan. Akhirnya keuntungan kembali kepada rakyat.

Namun, berita buruk buat Tun Dr. Mahathir membuktikan idea beliau telah ditolak. Bersediakah Najib untuk menerima serangan daripada Tun Mahathir ? Tunggu !!!!

06 July 2009

Isu Chin Peng: YB Hj. Zainuddin sanggah Laporan Sinar Harian

Adun Lubuk Merbau, YB Hj. Mohd Zainuddin Mohd Yusuf menyanggah laporan akhbar Sinar Harian edisi Perak pada 1 Julai yang yang mengatakan beliau menyifatkan bekas Ketua Parti komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai seorang patriot.

"Saya tidak pun mengerluarkan kenyataan itu ketika berceramah Markaz PAS kawasan Lenggong di Kampung Lawin pada 21 Jun lalu," tegasnya. Beliau berkata demikan dalam sidang medianya di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lubuk Merbau semalam.

Serentak dengan itu beliau menafikan pernah memberi pengiktirafan 'Patriot' kepada Chin Peng sebagaimana yang laporkan oleh akhbar Sinaran Harian."Chin Peng memang seorang pejuang tetapi dia bukan berjuang untuk kemerdekaan tanah air! Saya tidak pernah mengatakan Chin Peng seorang Patriot, tegasnya.

Akibat daripada laporan yang dibuat oleh Sinar Harian itu, Persatuan Perajurit Malaysia di sini telah menghantar satu memorandam mendesak supaya beliau menarik balik kenyataan tersebut dan memorandam itu telah diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif beliau, Azmil Iswadi pada 5 Julai lalu.

"Ucapan yang saya pada malam tersebut tidak sekali-kali menyatakan bahawa Chin Peng adalah seorang wira atau seorang patriot yang patut disanjung,"jelas Zainudin.

Menurutnya, beliau hanya menyentuh dari segi menjelaskan aspek perikemanusiaan di mana Chin Peng berhasrat untuk pulang ke Malaysia untuk menziarahi pusara ibu bapanya. Zainudin menjelaskan, semenjak perjanjian damai yang ditandatangani diantara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya di Hatyai, Thailand, sekitar 338 bekas komunis telah dibenarkan pulang ke tanah air oleh Kerajaan Malaysia.

"Saya berpendapat, sekiranya pemimpin-pemimpin komunis kaum Melayu seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah Sidi dan lain-lain mendapat kebenaran,apalah salahnya kerajaan Malaysia menimbang kemudahan yang sama untuk Chin Peng?" katanya.

Negara ini pada masa sekarang katanya, mengamalkan dasar berbaik dengan semua negara termasuk negara komunis, malah pimpinan negara telah mengunjungi negara negara komunis seperti China, Rusia dan Cuba. "Atas dasar sikap perikemanusiaan, yang selalu dipamerkan oleh rakyat negara ini dan kerajaan, tidak salah saya menyampaikan satu pandangan yang positif," jelasnya.

Dalam masa yang sama beliau menyanjung tinggi kepekaan Persatuan Bekas Perajurit Malaysia yang berjuang untuk negara dan turut berkongsi sentimen dan sokongan yang bulat terhadap seluruh perjuangan mereka untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Ditanya samada beliau telah dipanggil oleh pihak keselamatan berhubung laporan akhbar tersebut, Zainudin menyatakan buat masa ini belum lagi."Mungkin kerana mereka sendiri ada merakamkan ucapan saya pada malam tersebut dan pihak saya sendiri pun ada rakaman tersebut sebagai bukti apa sebenarnya yang saya ucapkan pada malam tersebut," jelas Zainudin.

Beliau membuat penjelasan tersebut bagi mengelakan isu tersebut dipergunakan dan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai.

Tahniah Kerajaan Kedah

Isu babi terus mewarnai senario politik tanahair. Pujian seharusnya diberikan kepada Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di Kedah kerana berjaya menyelesaikan masalah tertunggak sejak puluhan tahun yang gagal diselesaikan oleh UMNO/BN. Sebaiknya Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) adalah orang pertama membuat kunjungan hormat ke Kedah untuk belajar kaeadah menyelesaikan isu babi di negerinya.

Berikut adalah kronologi isu babi di Kedah:
21.7.93: Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.


26.7.93- Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93- Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94- Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94- Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94- Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94- Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94- Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95- Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95- Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95- Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.80

11.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001- Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - Pada 15-05-09, dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan.YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh.MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditannguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.

2.6.09 hingga 25.6.09 YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk.YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima.Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang.Surat tersebut telah didiserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan.MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan ioleh YAB MB.Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangakan perkara yang sama.

05 July 2009

PAS kuasai golongan belia di Manek Urai

Milik siapa Dun Manek Urai pada 14 Julai ini. Sukar untuk diramalkan, biar pun masing-masing mendakwa ada peluang untuk menang.
Mungkin petunjuk jelas dapat dilihat apabila parti yang bertanding pada pilihan raya kecil tersebut berjaya merebut hati golongan belia. Dan PAS dilihat lebih menguasai kelompok pengundi muda.
Ini dapat dibuktikan apabila ramai golongan belia menyertai program konvoi bermotor semalam, Ia disertai lebih 300 anak muda yang layak mengundi di Dun Manek Urai.

Pada sebelah petang hari yang sama diadakan perlawanan bola sepak antara pasukan Belia Manek Urai (Belia MU) dengan Veteran Kelantan yang terdiri di kalangan bekas pemain Kelantan dan Malaysia.
Perlawanan persahabatan itu berakhir dengan Belia MU ketinggalan 0 -3 kepada Veteran Kelantan. Padang kampung Manek Urai Lama menjadi gelanggang mereka.
Di tempat yang sama juga berlangsung Karnival Pertanian Satu Ibadat. Program tambah meriah lagi dengan kehadiran bekas penyanyi rock, Renggo yang bertemu peminat.
Ramai penduduk tempatan hadir menyaksikan permainan yang menyeronokkan tersebut.
Lebih menarik lagi apabila setiap pemain Belia MU menerima hamper sumbangan anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin Hassan.
Sempena perlawanan itu juga pemain kedua-dua pasukan turut melepaskan belon yang bercetak lambang PAS sebagai simbolik kesediaan mereka mengekalkan kemenangan PAS di Manek Urai 14 Julai ini.
Turut hadir pada program tersebut anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah.
Golongan belia merupakan 45.5 peratus atau 5,598 orang daripada 12,293 pengundi di Dun Manek Urai. Manakala pengundi berumur 40 - 59 tahun seramai 4

02 July 2009

BADAN PERHUBUNGAN PAS PERAK (2009- 2011)

Pesuruhjaya:
USTAZ ABU BAKAR HUSEIN

Timbalan Pesuruhjaya I:
YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN

Timbalan Pesuruhjaya II:
DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK

Timbalan Pesuruhjaya III:
USTAZ MUSTAPHA SHAARI

Setiausaha:
SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI

Penolong Setiausaha:
SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT

Bendahari:
TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP

Pengarah Pilihanraya:
TN. HAJI ASMUNI AWI

Ketua Penerangan:
YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH

Ahli- Ahli Perhubungan yang dilantik:
1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI
2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH
3. TUAN HAJI OSMAN MASERI4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI
5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL
6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD
7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN.

01 July 2009

SAHAM AKHIRAT

MEMOHON SUMBANGAN

menyiapkan bangunan

Markaz Pas Kawasan Padang Rengas (Fasa II)

No. Akaun Bank:

0802 0000 3917 17

BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

sebarang pertanyaan e-mailkan kepada:

mtdchenderoh@gmail.com