28 February 2010

UMNO JUARA TIPU RAKYAT: Part 2

KOTA BHARU, 28 Feb: Bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor melahirkan rasa dukacita apabila ada pemimpin menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak.
Beliau berkata, pemimpin terbabit dianggap menafsir undang-undang tanpa melihat kepada maksud dan tafsiran sebenar Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).
Katanya, akta tersebut menyebut dengan jelas perkataan onshore (daratan sehingga tiga batu nautika) dan offshore (perairan negeri).
“Saya hairan mengapa mereka termasuk juga yang bergelar profesor di universiti tidak merujuk kepada perkataan tersebut.
“Saya cukup sedih dengan tindak tanduk mereka yang cuba mengelirukan rakyat.
“Sedangkan pada 1975 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak yang di kawasan onshore dan offshore,” katanya pada taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini, petang tadi.
Hadir sama bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Thommy Thomas.
Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa, dua Adun BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri) serta wakil-wakil rakyat lain.
Turut hadir pegawai-pegawai kerajaan negeri, pusat serta wartawan tempatan.
Nik Syaghir berkata, kesanggupannya menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuntutan royalti minyak Kelantan semata-mata bagi menegak kebenaran setelah ada pihak yang mengelirukan rakyat dalam isu berkenaan.
Beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pegawai undang-undang Perbendaharaan Negara dan Jabatan Peguam Negara memberitahu sebelum ada PDA kerajaan Sabah dan Sarawak sudah menandatangani perjanjian dengan Shell.
Katanya, ketika itu Shell dikehendaki membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 8 hingga 12 peratus mengikut jarak lokasi carigali dengan pantai.
“Mengambil kira perkara tersebut saya ketika itu dipertanggungjawab merangka draf mengenai PDA telah mengambil jalan tengah dengan memutuskan Petronas perlu membayar royalti 10 peratus iaitu 5 peratus kepada pusat dan 5 peratus lagi kepada negeri.
“Lagi pun Tun Razak tidak mahu ada keistimewaan tertentu dalam PDA. Kesemua negeri mempunyai hak yang sama di bawah PDA dan jelas tidak ada keistimewaan seperti digambarkan pihak tertentu,” ujarnya.
Abdul Aziz juga menegaskan pembayaran royalti kepada negeri tidak menggunakan kaedah 3 batu nautika seperti yang diuar-uarkan pemimpin kerajaan pusat sekarang.  
Katanya, pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah onshore dan offshore serta tidak berbangkit sama sekali kaedah 3 batu nautika.
“Kalau ada pendapat menyebut royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan kurang 3 batu nautika, itu pendapat yang salah.
“Kerajaan pusat, negeri, Sabah dan Sarawak semua mendapat 5 peratus. Tidak benar sama sekali ada perbezaan royalti di antara Sabah dan Sarawak dengan negeri di semenanjung dalam soal ini,” ujarnya. 
Thomas pula menjelaskan biar pun isu royalti diketengahkan ke mahkamah bagi mendapat keadilan, kerajaan negeri atau mana-mana pihak masih boleh untuk memperkatakan isu berkenaan.
Katanya, tidak ada subjudis kepada mahkamah dalam isu berkenaan biar pun hakim belum membuat apa-apa keputusan.
“Ini sama seperti berlaku di Perak baru-baru ini. Isu berkenaan diperkatakan secara meluas dalam ceramah, forum dan seminar,” ujarnya.
Sementara itu Husam berkata, Kelantan akan menggunakan rundingan bagi menuntut royalti dan tindakan mahkamah merupakan jalan terakhir.
Bagaimanapun katanya, kerajaan akan mendapat pandangan dari semua Adun terlebih dahulu sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
Ditanya kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang tetap mahu menghantar surat jemputan pelantikan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa berkenaan kata Husam surat tersebut tidak ada dilayan.
“Kita berpendapat jawatankuasa itu haram dan tiada dalam undang-undang, bahkan bayaran 5 peratus yang mereka ambil itu juga haram,” katanya selepas mesyuarat Exco sebelum itu.
harakahdaily

24 February 2010

UMNO JUARA TIPU RAKYAT: Part 1

Kenyataan Zambry Kadir bahawa ADUN BN Perak tidak dilantik dan tidak dipanggil dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) semasa pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak jelas merupakan suatu pembohongan yang maha dahsyat.

Kenyataan tersebut seolah- olah memperbodohkan rakyat Perak yang dianggapnya buta maklumat dan akan menerima bulat- bulat apa yang diperkatakan. Wahai Zambry Kadir.... zaman sekarang bukan macam 20 atau 30 tahun dulu. Dulu pendidikan rakyat terbatas, sumber maklumat juga terbatas.

Rakyat kini, tidak akan menelan bulat- bulat apa yang dikatakan oleh orang politik, tapi mereka akan menyelidiki dan mencari maklumat dari pelbagai sumber.

Bukankah semua maklumat serta minit mesyuarat itu ada hitam putihnya. Sidang pembaca boleh menyemak minit mesyuarat atau laporan bertulis di pejabat- pejabat daerah di seluruh negeri Perak. Semasa Pakatan Rakyat memerintah JKTD dianggotai oleh semua ADUN sama ada dari Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Malangnya ADUN- ADUN dari Barisan Nasional sebahagian besarnya tidak hadir dalam mesyuarat- mesyuarat  JKTD..

Sebagai contoh di daerah Kuala Kangsar yang melibatkan ADUN- ADUN dari kawasan Sungai Siput, Manong, Chenderoh dan sebagainya. YB Dato' Siti Salmah (BN- Chenderoh) sendiri tidak hadir dalam mesyuarat- mesyuarat JKTD walaupun mendapat jemputan. Situasi yang sama juga berlaku di daerah- daerah lain seluruh Perak. Tempat duduk mereka beserta nama mereka disediakan tetapi kosong tidak berpenghuni.

Walaupun pembohongan Zambry ini untuk menjatuhkan reputasi Pakatan Rakyat di Perak, tetapi beliau juga telah menghina dan menafikan kerja serta tugas yang telah dijalankan oleh kakitangan kerajaan negeri di pejabat- pejabat daerah yang terlibat dalam mengendalikan mesyuarat- mesyuarat berkaitan.

Kini ADUN- ADUN dari Pakatan Rakyat tidak lagi dilantik menganggotai JKTD di bawah kerajaan sedia ada jelas membuktikan kenyataan Zambry yang akan memberikan khidmat tanpa mengira fahaman politik hanyalah suatu retorik semata- mata.

Dengan ini disahkan UMNO JUARA TIPU RAKYAT 

22 February 2010

KISAH TELADAN

Pada suatu hari Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing. Tuannya meminta Luqman mengeluarkan 2 keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman al- Hakim menyembelih seekor kambing beliau mengeluarkan lidah dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan untuk tuannya.

Pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi menyembelih seekor kambing. Kali ini dia menyuruh mengeluarkan 2 keping daging yang paling menjijikkan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing. Beliau memasak dan menghidangkannya.

Tuannya berasa hairan dengan perbuatan Luqman itu. Lalu dia memanggil dan bertanya kepada Luqman, "Wahai Luqman, bila saya meminta engkau mengeluarkan 2 keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati. Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkan 2 keping daging yang paling menjijikkan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga. Bolehkah engkau terangkan apa maksudmu?"

Luqman al- Hakim menjawab;
"Wahai tuan, memang lidah dan hati itu adalah bahagian yang paling baik sekiranya seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai memelihara dan mengawalnya maka kedua- duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan baik. Ia boleh menimbulkan niat yang buruk dan jahat, curang dan dengki.

Lidah pula boleh menuturkan kata- kata yang baik dan manis. Ia juga boleh memberi pengajaran kepada manusia. Sebaliknya ia juga boleh mengeluarkan kata- kata yang kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh- membunuh".

18 February 2010

KALAU NAK JADI KATAK, LETAK SEMUA JAWATAN

ADUN- ADUN atau mana- mana Ahli Parlimen yang melompat parti dicabar melepaskan semua jawatan jika benar- benar ikhlas dan bermaruah. Rakyat semakin bosan dan muak dengan sikap ahli- ahli politik, yang melompat parti dengan alasan kononnya parti yang disokong selama ini sudah tersasar daripada matlamat perjuangan sebenar.

Selepas rakyat memberikan pengharapan yang tinggi terhadap PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya umum ke- 12, namun telah lahir seekor demi seekor KATAK yang mengisytiharkan diri sebagai ADUN atau Ahli Parlimen Bebas.

Bermula dengan Ibrahim Ali yang mendapat EHSAN daripada PAS bertanding di atas tiket PAS, bila menang lupa diri dan asal usul menghentam pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS sendiri, lebih  sudu dari kuah berbanding UMNO.

Kalau Si Ibrahim Ali bertanding atas tiket BEBAS PRU ke- 12, comfirm HILANG WANG PERTARUHAN.

Diikuti dengan ADUN- ADUN PKR dan DAP di Perak, menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang sebelum PRU ke- 13.

Virus KATAK ini menular hingga ke Kedah, Selangor dan terbaru di Pulau Pinang. ADUN- ADUN & Ahli Parlimen yang berpotensi mewarisi virus katak ini sudah dapat dilihat dan dijangkakan berdasarkan pertunjuk dan situasi politik sekarang ini, cuma menunggu masa dan ketika. Sama- samalah kita tunggu....

Sekiranya mereka ini benar- benar bermaruah, sepatutnya mereka mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih wakil- wakil mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dengan meletakkan jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Datin Seri Wan Azizah di Permatang Pauh dan Ahmad Fairuz di Penanti.

Yang anihnya YB- YB ini hanya berani melepaskan jawatan mereka dalam parti tapi masih sayang jawatan mereka sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, atau pun jawatan- jawatan mereka dalam syarikat- syarikat milik kerajaan yang dilantik melalui politik.

Sikap sebegini jelas membuktikan bahawa adakah mereka ini benar- benar bertindak atas dasar perinsip atau hanyalah lakonan lantaran rasa tidak puas hati atau mendapat habuan dari pihak lain.

Sikap profesional Bekas Timbalan Menteri Buruh , Datuk Kalakau Untol dari Sabah yang mengisytiharkan keluar dari BN dan menyokong Pakatan Rakyat, serta melepaskan semua jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan membuktikan bahawa tindakannya jelas bukan di atas kepentingan peribadi.

Semoga lebih ramai lagi KATAK- KATAK dari Pakatan Rakyat yang akan menjelmakan rupa diri sebenar seberapa segera untuk membersihkan Pakatan Rakyat daripada individu yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi semata- mata sebelum PRU ke-13.

17 February 2010

Hadiah UMNO/BN Perak kepada Melayu






Selepas berjaya merampas Kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat, kini UMNO-BN meneruskan agendanya untuk menindas rakyat. Walaupun pelbagai dan tohmahan dilemparkan terhadap pimpinan DS Nizar semasa menjawat jawatan MB kononnya boneka DAP dan sebagainya, UMNO Perak cuba muncul untuk menggambarkan bahawa mereka adalah pejuang Melayu yang sebenar.

Kini wajah sebenar kerakusan UMNO Perak dapat disaksikan dengan insiden perobohan kawasan ladang seluas kira- kira 15 hektar yang telah diusahakan sejak 12 tahun yang lalu di Ayer Kuning, Taiping, Perak. Kawasan tanah terbiar tersebut diusahakan oleh sekumpulan 10 orang dengan tanaman sayur- sayuran, penternakan lembu, kambing dan ikan telah lenyap sekelip mata oleh pasukan daripada Pejabat Tanah larut Matang dan Selama dengan kerjasama dari pihak FRU, polis, JKR dan jentera dari syarikat GAMUDA.

Pada saat kaum Tionghua di Tambun menerima khabar gembira diberikan hak milik kerana mengusahakan tanaman limau bali, maka kaum Melayu di Ayer Kuning terpaksa berduka kerana segala usaha serta penat lelah selama 12 tahun ranap dalam masa 3 jam sahaja.

Ketika Pakatan Rakyat Perak mengurniakan geran hak milik kepada penduduk di Kampung Baru, UMNO menjaja disegenap kampung kononnya Pakatan Rakyat menggadai tanah kepada Cina. 

Kini, tindakan UMNO Perak terhadap pengusaha pertanian di Ayer Kuning, saling tak tumpah seperti tindakan Rejim Zionis meruntuhkan penempatan penduduk Islam di Palestin. 

Di mana letaknya semangat Melayu yang sering dilaung- laungkan?

Rakyat perlu sedar, slogan UMNO untuk membela kaum Melayu hanyalah mainan politik untuk mengambil hati pengundi- pengundi Melayu. Hakikat yang sebenar... UMNOlah yang yang bertanggungjawab menggadaikan tanah- tanah rizab Melayu yang semakin hari semakin pupus sejak merdeka.

12 February 2010

KENYATAAN MEMALUKAN TPM sempena MAULIDUR RASUL

Malang sungguh rakyat Malaysia yang saban hari dihidangkan dengan berita- berita pembohongan oleh media pro UMNO/ BN. Terkini, rakyat Malaysia didahulukan dengan berita kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengharamkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Seperti biasa pemimpin- pemimpin UMNO akan menyambut isu seumpama ini dengan mengeluarkan kenyataan- kenyataan menambahkan perisa berita yang disampaikan oleh media- media berkenaan.

Amat malangnya bagi rakyat Malaysia yang dipimpin oleh golongan yang yang sangat cetek akal pemikiran dengan membuat kenyataan- kenyataan hanya bersumberkan maklumat dari sebelah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) adalah antara yang awal memberi respon terhadap isu tersebut. Ini diikuti oleh beberapa pimpinan UMNO serta Ulama- Ulama pro UMNO.

Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sama sekali kebenaran berita yang disampaikan oleh media pro UMNO/BN tersebut. Seperti biasa tidak ada pun kenyataan daripada YAB Lim Guan Eng yang disiarkan oleh media- media pro UMNO/ BN.

Sejak diberikan mandat oleh rakyat untuk memimpin Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara pemimpin bukan Melayu yang pertama dalam sejarah di Malaysia, menyertai sendiri perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Umat Islam di Malaysia sewajarnya amat malu dengan kenyataan TPM yang memberikan gambaran negatif sikap orang Islam kepada bukan Islam. Hanya disebabkan kepentingan politik, beliau sanggup bersetongkol dengan penyebar- penyebar fitnah.

09 February 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN



Asalamalaikum dan salam sejahtera.

Keputusan penolakan rayuan saya oleh 5 orang hakim mahkamah persekutuan di Putrajaya pagi tadi (9 Feb 2010) telah diduga dan ramai rakyat Malaysia jua mengagakkan yang sama. Namun keputusan yang mengiyakan keputusan mahkamah rayuan terdahulu, tidak sekali menghalalkan rampasan kuasa kerajaan PR oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009. Ia juga tidak mengesahkan/ menghalalkan kerajaan BN yg diterajui oleh YB Zambry Kadir.

Apa yang jelas, hakim telah mengenepikan segala prinsip perlembagaan dan dahuluan (precedents) yang dibuat terdahulu oleh ramai hakim terulung dalam kes yang seakan2 sama sebelum ini. Kita menerima dengan terbuka hati dalam kesedihan kerana keputusan ini cukup berisiko tinggi di masa akan datang bagi negara Malaysia yang mengamalkan sistem pengasingan kuasa, demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Keputusan ini cukup merbahaya kepada masa depan falsafah dan doktrin ini.

Implikasinya ialah Yg di Pertuan Agong atau Sultan berkuasa memecat dan melantik sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri atau MB tanpa ke Parlimen atau DUN. Sistem pilihanraya juga boleh tercemar. Ini yang dikhuatiri akibat keputusan tesebut.

Apapun kita tetap percaya bahawa mahkamah hanya mentafsir undang2 dan penentuan siapa kerajaan dan siapa MB mesti ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya bebas dlm pembubaran DUN. Saya merayu agar semua penyokong PR khususnya di Perak agar bertenang dan bersabar dlm menghadapi masa yang getir ini. Yakin dan percayalah bahawa pasti ada hikmah dan barakah dalam ketentuan pagi tadi. Jangan kita bertindak melulu dan liar serta membuat sesuatu provokasi. InshaAllah kita akan atur strategy bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana masih ada 2 kes di mahkamah tinggi KL dan mahkamah session Ipoh untuk menentukan status dan kedudukan 3 ekor katak yg melompat tempoh hari. Kita trus berdoa.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga dan rakyat Perak yg menyokong PR dan akan trus menyokong PR demi keadilan dan kebenaran terlaksana di Perak. Saya juga bermohon banyak kema'afan dan keampunan kepada semua jika terdahulu ada terkeluar kata2 atau perwatakan yang tidak disengajakan. Lawan tetap lawan bagi memulihkan demokrasi dan memberi semula hak kepada rakyat Perak yang mana hak tersebut telah di rampas oleh UMNO BN. Tertanya juga kadang2 bahawa masih ada tangan2 ghaib yang menghantui kebebasan hakim sehingga tergamak sedemikian rupa!!

Selamat berjuang. Hidup Rakyat.!!

08 February 2010

AMANAT KHAS DSR NIZAR JAMALUDDIN


Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya. Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)!

Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!

06 February 2010

KONVOI PIMPINAN PR DI PDG RENGAS



















































Jam menghampiri 3 ptg konvoi pimpinan Pakatan Rakyat Perak tiba di perkarangan Markaz Pas Cawangan Bendang Panjang, Padang Rengas. Konvoi yang diketuai oleh YAB DSR Nizar disambut oleh para hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum membuktikan sokongan rakyat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun dalam cuaca yang panas terik hadirin tetap tidak berganjak dari lokasi majlis sejak jam 2 petang lagi. Mereka datang tanpa dipaksa atau disediakan pengangkutan tidak seperti mana UMNO yang memperalatkan jentera serta kakitangan kerajaan untuk hadir dalam majlis mereka di Ipoh pada malam ini.

Dalam ucapan ringkas DSR Nizar, beliau mendedahkan bahawa UMNO kini terpaksa menggunakan kaedah- kaedah meniup isu- isu perkauman terutamanya dalam memikat hati pengundi- pengundi Melayu.

Antaranya menjalankan propaganda ke kampung- kampung bahawa sekiranya berlaku pilihanraya di Perak, DAP akan meletakkan calon- calon Melayu untuk merebut jawatan Menteri Besar.

Tahniah kepada Datuk Seri Nizar serta ADUN- ADUN Pakatan Rakyat yang terus membuktikan komitmen untuk menentang kezaliman UMNO/BN di bumi Perak ini. Teruskan perjuangan...

Sekitar jam 4 petang rombongan ini bergerak ke Changkat Jering, Parlimen Bukit Gantang.

"RAKYAT PERAK AKAN TETAP BERSAMA PAKATAN RAKYAT"