24 June 2010

CERAMAH ISU SEMASA

CERAMAH PAKATAN RAKYAT

Penceramah:
YB. KHALID SAMAD 
(Ahli Parlimen Shah Alam)
SDR. SHAMSUL ISKANDAR 
(Ketua Angkatan Muda PKR)

Jumaat
25. 6. 2010
9.15 malam
di Belakang Pekan Lubuk Merbau

Semua dijemput hadir

04 June 2010

Pemuda UMNO Bersendirian Tentang Israel dalam BN

Hari ini selepas solat Jumaat, menyaksikan 2 peristiwa bersejarah dalam politik tanahair apabila 2 demonstrasi berasingan berlaku di Kuala Lumpur. Satu kumpulan anjuran Pakatan Rakyat bermula di Masjid Kg. Baru manakala satu puak lagi di Masjid Negara di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO (yang tidak tersenarai dalam kabinet Najib).

Pakatan Rakyat membuktikan komitmennya dan kebersamaannya dalam isu kemanusiaan apabila ketiga- tiga parti (PAS, PKR, DAP) serta pimpinan utamanya turun berdemonstrasi mengutuk serangan Israel yang di ketuai DS Anwar Ibrahim (PKR), Lim Keat Siang (DAP) dan Ustaz Nasaruddin (PAS). Dianggarkan antara 50 ribu hingga 10 ribu yang hadir menyahut seruan Pakatan Rakyat.






Di masjid negara pula, ada satu lagi puak dianggarkan seramai 200 orang yang seakan- akan menunjukkan kebenciannya yang teramat sangat terhadap Israel walaupun kini diketahui umum telah menggadaikan maruah negara kepada syarikat sekutu Israel (APCO WorldWide) untuk menentukan untung nasib negara.






Penulis tidak begitu berminat untuk membezakan jumlah kehadiran peserta antara kedua- dua pihak tetapi lebih berminat untuk melihat kumpulan peserta yang hadir dalam demonstrasi tersebut.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, kita telah menyaksikan kesemua komponen Pakatan Rakyat turun untuk menzahirkan kebencian terhadap Israel tanpa mengira agama, kaum, umur mahupun jantina.

Manakala di pihak BN pula kelihatan hanya Pemuda UMNO yang turun menyatakan kebencian terhadap Israel. Mana pemuda- pemuda MCA, MIC, PPP, Makkal Sakti, Wanita UMNO, Veteran UMNO dan lain- lain lagi?

Adakah dalam BN, isu Israel ini hanyalah isu umat Islam lantas tidak ada kena mengena dengan parti- parti lain dalam komponen BN?

Ohh !!! mungkin mereka menyatakan bahawa demonstrasi bukan jalan pilihan mereka...... namun tidakkah mereka sedar apa yang berlaku di luar negara sana?

Tidakkah mereka sedar bahawa seluruh dunia menyaksikan umat manusia turun berdemonstrasi menyatakan protes mereka terhadap Israel?

Tidakkah mereka berasa malu apabila golongan dari barat yang sekular itu pun turun ke jalanan untuk menzahirkan kebencian mereka terhadap Israel?

Apa pun syabas dan tahniah kepada Pakatan Rakyat yang berjaya menggembeling tenaga untuk menyedarkan rakyat siapa sebenarnya yang benar- benar menentang Israel dan siapa yang sebenarnya yang menjalinkan hubungan diplomatik secara tidak rasmi dengan Israel.

03 June 2010

UMNO- Israel: Marah- Marah Sayang

Seluruh dunia bangkit mengutuk serangan Israel ke atas peserta konvoi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Tapi bukanlah sesuatu yang pelik serangan Israel tersebut, kerana kekejaman Israel telah termaktub di dalam al- Quran.

Amerika pun peringkat awal mengutuk serangan Israel tapi seluruh dunia sedia maklum Amerikalah yang menjadi dalang terkuat disebalik serangan Israel tersebut. Kutukan Amerika terhadap Israel hanyalah sandiwara politik semata- mata untuk memuaskan hati negara- negara lain di dunia.

UMNO pun kutuk serangan Israel... tapi biasalah.... kutukan mereka juga boleh dipertikaikan keikhlasannya. Kita jangan lupa beberapa tahun yang lalu UMNO/BNlah yang mengizinkan pasukan Kriket Israel menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini. Rakyat bangun membantah.... akhirnya pasukan Kriket Israel dilayan sebagai VVIP, rakyat dan pemimpin pembangkang pula ditangkap dan dipenjarakan.

Kini sejarah berulang kembali.... UMNO/BN mengutuk serangan Israel, tapi dalam jangka masa yang sama UMNO/BN bekerjasama dengan Syarikat APCO Wordwide yang berpangkalan di Tel Aviv, Israel untuk membentuk dan manaikkan imej kerajaan Malaysia.

Bukan setakat memberi nasihat malah lebih RM70 juta dibayar kepada Syarikat tersebut menggunakan wang rakyat. Secara tidak langsung, wang rakyat disalurkan kepada Syarikat Yahudi tersebut untuk membunuh rakyat Palestine khususnya dan manusia di dunia ini amnya.

Apa ertinya korang mengutuk serangan Israel wahai UMNO !!!

Sikap UMNO/BN ini tidak ada bezanya dengan sikap Amerika malah kemarahan tersebut hanyalah bersifat "MARAH- MARAH SAYANG"