31 August 2010

MANA ULAMA UMNO DAN SEKUTUNYA YANG NAK SANGAT JAGA KESUCIAN ISLAM?

Mana suara Harusani ?, mana PERKASA? nama Jamil Khir? mana pemuda UMNO? mana? mana? mana?
POOORAH !!!!!!

25 August 2010

Media Milik Umno Putar Belit Kenyataan Nik Nazmi

SHAH ALAM 26 Ogos - Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kenyataan beliau mengenai pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia telah diputarbelitkan oleh laporan New Straits Times yang kemudiannya telah dipetik oleh Bernama tanpa menghubungi beliau."Sebenarnya saya telah nyatakan ketika dihubungi NST bahawa tidak timbul persoalan bahawa syariah adalah menentang syariah kerana ia sebahagian daripada agama Islam.

"Dalam 17 Perkara Dasar KEADILAN, termaktub pendirian KEADILAN dalam hal agama iaitu 'Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir, dan untuk memperkembangkan peranan agama dan nilai-nilai sejagat demi menegakkan kebenaran, keadilan, tatacara berakhlak, kemanusiaan dan kemuliaan insan'," katanya dalam satu kenyataan media. NST dalam laporannya pada 23 Ogos lalu melaporkan Nik Nazmi sebagai berkata hukum hudud adalah tidak munasabah kerana Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dengan jelas undang-undang jenayah terletak pada Kerajaan persekutuan dan mahkamah sivil.

Menurut Nik Nazmi apa yang dimaksudkan beliau adalah pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai antara KEADILAN, PAS dan DAP pada Disember 2009. Katanya dasar bersama itu jelas menekankan prinsip memartabatkan peruntukan Perlembagaan termasuk kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama di Malaysia.

"Pakatan Rakyat juga komited untuk menubuhkan mekanisme yang menyeluruh untuk memberi penyelesaian yang adil dalam kes yang melibatkan pertindihan sistem perundangan sivil dan syariah, termasuk sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk mengkaji semua isu-isu berkaitan dengan mendalam," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia.

Menurutnya lagi, dalam temubual beliau pada Januari tahun ini dengan sebuah laman web, The Nutgraph, beliau juga telah  menegaskan kepentingan menghormati mahkamah syariah, serta Perkara 121(1)(a) dalam memahami matlamat hakiki syariah (maqasid syariah) iaitu pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

Jelas beliau, isu itu juga telah dikupas dalam dua bab dalam buku beliau bertajuk 'Mendepani Zaman' iaitu mengembangkan peranan Islam dalam masyarakat selari tradisi kesederhanaan Islam di nusantara dan mempertahankan muafakat Perlembagaan mengenai peranan mahkamah syariah yang hanya tertakluk kepada umat Islam dan tidak kepada masyarakat bukan Islam.

24 August 2010

KARPAL CONFIRM TOLAK HUDUD.... UMNO CAMNA?

Isu pendirian hukuman hudud antara PAS dan DAP muncul kembali. Ia akan tenggelam timbul dari semasa ke semasa. Itulah senjata simpanan UMNO untuk memecah- belahkan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP. UMNO akan terus menggunakan isu ini melalui media yang dikuasainya. Senjata ini akan dihunusnya dalam waktu- waktu tertentu untuk membuktikan kepada rakyat bahawa hubungan PAS dan DAP merupakan hubungan yang longgar dan tak mampu bertahan lama?

Sejarah telah membuktikan bahawa isu ini telah berjaya memecahkan hubungan PAS dan DAP dalam Barisan Alternatif sebelum ini. DAP yang terperangkap dengan mainan politik UMNO akhirnya meninggalkan Barisan Alternatif sekaligus memberikan keuntungan politik kepada UMNO.

Sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat isu ini telah cuba beberapa kali dimainkan oleh UMNO namun setakat ini ia belum membuahkan hasil. Segala- galanya terpulang kepada pucuk pimpinan kedua- dua belah parti untuk menangani isu ini dengan bijaksana. Sekiranya tersilap langkah, nasib yang menimpa Barisan Alternatif bakal berulang.

Dari suatu sudut yang lain bukanlah suatu keganjilan sekiranya Karpal begitu lantang menolak undang- undang hudud. YB Salahuddin Ayub ketika ucapannya dalam konvensyen Pas Perak baru- baru ini juga ada menyentuh tentang isu ini. Antara ucapannya beliau menyatakan "kalau Karpal tidak menolak hukum hudud... bukanlah Karpal namanya (merujuk kepada Karpal yang bukan beragama Islam)".

Begitu juga sekiranya mana- mana pemimpin Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam menolak undang- undang hudud, apa nak dihairankan kerana mereka belum mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

Persoalan pokoknya di sini ialah apakah pendirian UMNO tentang perlaksanaan hudud di Malaysia. Setelah setengah abad UMNO diberi mandat untuk memerintah Malaysia belum ada sebarang petanda atau perancangan untuk meletakkan undang- undang Allah ini di tempatnya.Malah pemimpin- pemimpin UMNO hanya berdolak dalih dalam menjawab isu ini apabila dikemukakan malah sanggup mengeluarkan pandangan- pandangan yang jelas bertentangan dengan pendirian aqidah.

Apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO bukannya untuk memberikan penerangan tentang rahsia keadilan di sebalik undang- undang hudud tetapi sengaja menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan bukan Islam terhadap undang- undang hudud.

Sikap UMNO inilah yang sebenarnya menjauhkan orang- orang bukan Islam untuk mengenali Islam.

22 August 2010

FENOMENA LIM GUAN ENG HANTUI UMNO


Dosa Lim Guan Eng pada UMNO disebabkan beliau berketurunan cina dan berparti politikkan DAP. Sudah pasti Lim Guan Eng tidak akan menjadi sasaran serangan UMNO sekiranya beliau dari keturunan Melayu dan beragama Islam.

Itulah sikap rasis UMNO yang diwarisi sejak zaman penjajah lagi. Slogan 1 Malaysia hanyalah bersifat retorik untuk mengembalikan sokongan kaum cina terhadap BN.

Dulu kini dan selamanya UMNO menggambarkan kepada orang Melayu bahawa parti DAP adalah ekstrim cina yang menjadi ancaman terhadap hak dan keistimewaan orang melayu di Malaysia. Oleh itu, media pro BN memainkan peranan yang agresif bagi memburukkan imej DAP di mata orang Melayu.

BN sudah pasti akan terus berkuasa sekiranya orang Melayu termakan propaganda yang dimainkan terhadap DAP.

Tiba- tiba PAS dan DAP telah merintis jalan untuk memecahkan tembok perkauman yang dibina oleh UMNO selama ini. Melalui Pakatan Rakyat, orang Melayu tidak lagi berasa gentar untuk memberikan undi kepada DAP, manakala orang cina tidak lagi berasa curiga dengan perjuangan Pas.

PAS tetap dengan ideologinya, manakala DAP terus dengan ideologinya tetapi ruang yang ada dalam titik persamaan itulah yang menjadi teras persefahaman antara PAS dan DAP. Menurut YB Salahuddin Ayub (ketika ucapan perasmian Konvensyen Pas Perak baru- baru ini). itulah keunikan yang ada dalam Pakatan Rakyat, walaupun parti- parti politik berlainan ideologi tetapi dapat duduk bersama.

Perkongsian PAS dan DAP ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah dakwah tanahair, di mana DAP yang digambarkan oleh UMNO sebagai parti ekstrim cina kini sudah mula menunjukkan kesantunan terhadap Islam.

Pimpinan- pimpinan DAP sudah mula membaca ayat- ayat al- Quran dalam ucapan dan ceramah- ceramah mereka, pimpinan DAP sudah mula menghormati ulama- ulama (terutama pimpinan PAS), bersama- sama meraikan program- program berkaitan dengan Islam seperti Sambutan Maulidur Rasul, tahlil, berbuka puasa, dan sebagainya.

Malah Lim Guan Eng secara terbuka mengkagumi dan ingin mencontohi kepimpinan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Begitu juga konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar yang menjadi cita- cita Lim Guan Eng untuk diterapkan dalam masyarakat perlu dilihat sebagai positf dalam konteks dakwah.

Begitu juga pengiktirafan- pengiktirafan kepada para Hafiz di Pulau Pinang semakin membengongkan UMNO.

Inilah yang menggerunkan UMNO kerana mereka berjuang bukan kerana Islam. Mereka amat mengharapkan agar pimpinan DAP terus mengkritik dasar- dasar Islam yang dibawa oleh Pas namun ianya tidak berlaku seperti diharapkan.


Peruntukan terhadap agama Islam juga jauh lebih tinggi pada zaman pemerintahan Lim Guan Eng berbanding pemerintahan BN di Pulau Pinang sebelum ini. Walaupun UMNO sedar realiti sebenar tidak seperti mana yang mereka gambarkan,  namun ianya telah memberikan kesan yang besar terhadap kemerosotan sokongan rakyat Pulau Pinang kepada BN.

Isu khutbah yang mengaitkan nama Lim Guan Eng, merupakan salah satu daripada isu yang menjadi mainan UMNO masakini dan akan lenyap juga akhirnya ditelan zaman. Serangan seumpama ini bukanlah suatu yang baru seperti mana isu- isu yang telah terkubur begitu sahaja seperti larangan perarakan sambutan Maulidur Rasul, pengharaman bazar ramadhan dan sebagainya.

Kini UMNO Pulau Pinang akan terus dihantui dengan fenomena Lim Guan Eng sehingga pilihanraya Umum ke- 13 akan datang.

"MUDAH- MUDAHAN LIM GUAN ENG DIBERI HIDAYAH UNTUK MEMELUK ISLAM"

17 August 2010

TAKZIAH BUAT USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN SEKELUARGA

Pihak MTD Chenderoh merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Abu Bakar Hussain (Pesuruhjaya Pas Perak) sekeluarga di atas pemergian isteri tercinta mengadap Ilahi.

Ustazah Rafeah Ramli telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira- kira jam 2.20 petang tadi di hospital Tuanku Bainun, Ipoh setelah mengidap penyakit barah beberapa tahun yang lalu.

Semoga rohnya ditempatkan bersama- sama kekasih- kekasih Allah di atas istiqomahnya beliau dalam perjuangan Islam semasa hayatnya.

Al- Fatihah...

13 August 2010

KETUA PEMUDA PAS KAWASAN PDG RENGAS KEMALANGAN

Ketua Pemuda Pas Kawasan Pdg Rengas, Ustaz Abd. Aziz Radzi bersama keluarganya telah ditimpa kemalangan jalanraya di plaza tol Ipoh kira- kira jam 6.40 petang tadi. Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja menerima berita kemalangan tersebut, beberapa orang AJK Pemuda Pas Kawasan Pdg Rengas bergegas ke tempat kejadian. Beliau dan keluarganya dilaporkan dalam keadaan stabil kini di tempatkan di Hospital Besar Tuanku Bainun, Ipoh.

Mudah- mudahan beliau bersama keluarga akan cepat sembuh untuk kembali menerajui kepimpinan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas.

12 August 2010

MUFTI PERAK MASIH MEMBISU

Mufti Perak masih lagi membisu apabila melibatkan isu- isu yang membabitkan kepentingan politik UMNO/BN. Antaranya isu rampasan kuasa di Perak yang masih belum dijawabnya dari sudut hukum Islam. Soalan itu diajukan kembali oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika sidang DUN Perak yang dikendalikan oleh perompak- perompak pada 3 Ogos lalu.

Mufti Perak juga buat- buat tak tahu apabila kerajaan pimpinan Zambery sedang menjual harta rakyat Perak semata- mata untuk mendapatkan sokongan undi masyarakat cina. Contohnya pemberian sebanyak RM 50 ribu kepada setiap bahagian MCA di Perak, pemberian tanah kepada sekolah- sekolah persendirian cina yang melibatkan tanah yang mempunyai hasil balak berbanding sekolah- sekolah agama rakyat, serta pemberian tanah kepada kroni- kroni UMNO/ BN untuk dijual kepada tauke- tauke cina.

Inilah antara sebab kenapa beliau hanya diberi masa 15 minit untuk bercakap dalam sidang DUN Perak selaku Ketua Pembangkang kerana kedayusan Zambery untuk menjawab persoalan- persoalan dari Pakatan Rakyat.

Ketika Pakatan Rakyat memerintah secara sah di Perak Dato' Seri Nizar ditohmah sehingga kini sebagai penggadai tanah kepada cina, walaupun beliau mencabar Ahli- Ahli Parlimen BN dalam sidang Parlimen, agar  menyenaraikan tanah- tanah yang telah digadaikan kepada cina namun gagal dijawab hingga kini oleh UMNO/BN.

Pakatan Rakyat Perak akan membuat roadshow sedikit masa lagi untuk mendedahkan penyelewengan- penyelewengan penjualan tanah oleh UMNO/ BN di Perak.

Beliau juga mempersoalkan di dalam sidang DUN tentang rasional mufti Perak mengikuti rombongan UMNO menggunakan dana kerajaan negeri ke luar negara seperti di Syria, Australia dan sebagainya.

Itu adalah antara intipati ketika beliau menyampaikan tazkirah di Musollah Lubuk Batu Padang Rengas malam tadi.

10 August 2010

Perutusan Ramadhan 1431 buat Pemuda

 1. Ramadhan adalah Sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan ummah agar lahir generasi yang beriman dan bertaqwa.

2. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.

3. Sebagai seorang muslim , sayugianya merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.

4. Terlebih layak bagi para pejuang dan pemuda - pemuda yang menjadi anggota Harakah Islamiyyah [PAS] . Mereka mestilah memiliki karamah ini sementara peluang hanya sekali dalam tempoh setahun .

5. Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap pemuda mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah khusus , justeru ia adalah asas kekuatan dalaman bagi seorang pejuang sebelum ia mendepani cabaran dan halangan sukar di sepanjang jalan dakwah ini .

6. Capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa pemuda sebagai perisai ummah.

7. Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Pejuang yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukannya yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .

8. Doa dan munajat yang mustajab serta maqbul ini adalah antara senjata yang paling berkesan untuk dibawa ke tengah medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk ditewaskan . Sementelah pula berdepan dengan musuh disaat kita telah kehabisan daya dan upaya juga di saat kehilangan taktik dan teknik serta kehabisan strategi untuk diaplikasi .

9. Perjuangan Islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pemuda yang hebat dan mantap spiritual disamping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak . Perjuangan ini juga memerlukan pemuda yang memiliki fikrah yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap tasawwur amal Islami .

10. Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili EXCO DPPP dan seluruh warga DPP mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt. Selamat berjuang . Ramadhan Kareem !

08 August 2010

KERAJAAN KELANTAN CIPTA SEJARAH LAGI

Kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat terus mempamerkan kesyumulan Islam dalam pentadbirannya apabila bakal mencipta sejarah dalam sukan tanahair apabila menghadiahkan pakej umrah kepada pemain- pemain bolasepak negeri Kelantan kerana muncul naib Johan piala FA tahun lalu.

Hadiah ini sangat bernilai kepada pemain- pemain bolasepak kerana ianya berbentuk duniawi dan ukhrawi.

Ia  juga telah menangkis tohmahan dari pihak yang memusuhi Islam kononnya kerajaan pimpinan Pas tidak menitikberatkan kemajuan sukan.

Pas Kelantan sekali lagi telah membuka lembaran sejarah dalam lanskap sukan tanahair kerana sebelum ini ahli- ahli sukan hanya menerima ganjaran material semata- mata.

Namun ada beberapa persoalan yang sudah pastinya timbul apabila ada beberapa orang pemain yang tidak turut serta dalam rombongan ini iaitu Indra Putra Mahyuddin, Halim Napi, Safwan Ibrahim dan Khalid Jamlus. Yang pasti 2 daripadanya adalah orang Perak.

Semoga negeri Kelantan akan terus makmur dan maju di bawah LEMBAYUNG PEMERINTAHAN ISLAM.

07 August 2010

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PAS PERAK

Dato' Seri Nizar, Dr. Khairuddin dan Bendahari Pas Perak berbincang sambil menanti kehadiran YB Salahuddin Ayub

Kaum Thionghua turut bersama- sama menanti kehadiran naib Presiden Pas
YB Salahuddin menerima tabik hormat dari anggota Jabatan Amal serta Nisa' Pas Perak
Dato' Seri Nizar membacakan teks Ucaptama Pesuruhjaya Pas Perak
Kehadiran Dato' Ngeh Khoo Ham (Pengerusi DAP Perak) mensesakkan lagi nafas  UMNO yang cuba memecah- belahkan Pakatan Rakyat
YB Salahuddin Ayub menegaskan PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam ucapan perasmiannya.
Usta Azizan Desa menerima penghargaan sebagai mantan Pesuruhjaya Pas Perak, kini mengetuai Ketua Urusan Ulama Kawasan Padang Rengas
Ustaz Ahmad Awang menerima penghargaan sebagai mantan Pesuruhjaya Pas Perak
Tanda kenang- kenangan dari Pas Perak kepada YB Salahuddin Ayub di atas kesudian menyampaikan ucapan dan merasmikan Konvensyen Pas Perak

05 August 2010

SKIM CEPAT KAYA 1 MALAYSIA

Walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil, tapi Malaysia menunjukkan antara negara yang mempunyai syarikat jualan langsung (MLM) yang terbanyak di dunia. Ada juga syarikat- syarikat berkenaan yang berselindung di sebalik satu... dua produk untuk menutup aktiviti skim cepat kaya yang dijalankannya.

Maka berlumba- lumbalah mereka yang mencari keuntungan sekelip mata untuk melabur dalam syarikat- syarikat berkenaan kerana terpengaruh dengan watak- watak yang telah pun menjadi jutawan sekelip mata walaupun yang dah jadi papakedana lebih ramai jumlahnya.

Melihat kepada senario ekonomi negara pada masa kini belum menunjukkan tanda- tanda ianya akan pulih walaupun selepas kuasa Perdana Menteri berpindah tangan kepada Najib. Walaupun sering dicanangkan tentang kemasukan pelabur- pelabur asing ke negara kita namun ianya hanyalah lakonan politik semata- mata.

Sekiranya dilihat dari sudut peruntukan kepada penjawat- penjawat awam, tuntutan- tuntutan perjalanan dihadkan malah ada ketikanya tidak dibenarkan membuat tuntutan... kononnya sebagai langkah berjimat- cermat. Padahal takde fulusss.

Kegagalan kerajaan memberikan bonus tahunan kepada kakitangan awam pada penghujung tahun 2009 juga merupakan satu sejarah kegagalan Menteri Kewangan yang dipegang oleh PM sendiri menguruskan ekonomi. Sudah pastilah kakitangan awam akan memberikan satu lagi peluang kepada Najib untuk mengumumkan bonus kepada kakitangan awam pada penghujung tahun 2010. Sekiranya Najib gagal memberikan bonus... episod malang BN akan diteruskan dalam PRU ke 13.

Kegagalan BN menguruskan ekonomi negara menyebabkan BN terpaksa menggunakan plan skim cepat kaya untuk menjana ekonomi negara. Biasanya skim cepat kaya hanya akan menguntungkan orang di atas setelah memerah keringat orang bawahan.

Kini wang rakyat dikerahkan untuk menampung ketempangan ekonomi negara. Harga barangan keperluan harian mula dinaikkan dengan mengurangkan subsidi. Dengan kata lain, rakyat terpaksa berbelanja lebih, kerajaan menjimatkan perbelanjaan.

Bukan sekadar harga petrol dinaikkan malah rakyat DIPAKSA pula untuk membayar SAMAN EKOR. Pihak polis trafik akan menyorok dalam hutan, atas bukit, bawah jambatan dan sebagainya untuk memerangkap pengguna jalanraya yang melebihi had laju. Selang beberapa bulan sampailah notis saman ekor. Kalau tak bayar, tanggunglah akibatnya bila nak memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan.

Persoalannya sekarang adakah saman ekor berkenaan bertujuan mendidik pengguna atau MENCARI KEUNTUNGAN? Kebanyakan pengguna terperangkap di jalan pada had laju 60 km/j. Secara logiknya adakah pengguna akan memandu dalam kelajuan 60 km/j dalam keadaan jalanraya dua lorong serta bukan ditempat yang sesak.


Kini kerajaan ada cara mudah untuk menambahkan sumber kewangan melalui skim cepat kaya 1 Malaysia.

04 August 2010

GURU- GURU DI KUALA KANGSAR DIKERAH JUMPA TPM


Gara- gara lawatan Timbalan Perdana Menteri, guru- guru di daearah Kuala Kangsar, Perak telah dikerah memenuhkan dewan Tun Sambanthan, Sungai Siput. Mulai jam 12 tengahari hari ini (Khamis: 5/8/10) murid- murid di daearah Kuala Kangsar akan menjadi mangsa kepentingan pihak atasan apabila setiap sekolah diwajibkan menghantar seramai 10 orang guru untuk meraikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri tersebut.

"Mengkome bayangkan, sebuah sekolah akan keluar seramai 10 orang guru waktu persekolahan".

Sikap double standard pihak PPD mengundang rasa tidak senang pada sebahagian besar guru- guru yang dilihat tidak konsisten dalam arahan- arahannya.

Menurut maklumat yang diterima dari pihak guru, pihak JPN/ PPD/ Pengurusan Sekolah sendiri tidak membenarkan sebarang aktiviti selain daripada pengajaran & pembelajaran (P&P) diadakan pada waktu sebelah pagi dengan alasan akan mengganggu proses pembelajaran.

Sebarang program atau aktiviti seperti mesyuarat, kursus, sukan dan aktiviti- aktiviti luar (kecuali program- program tertentu) hanya dibenarkan pada sebelah petang atau hari Sabtu. Sedangkan aktiviti- aktivi berkenaan masih lagi dalam konteks yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah.


Untuk memastikan guru- guru menghadiri dengan paksa rela, tuntutan perjalan tidak dibenarkan dan pihak PPD telah menyediakan bas untuk mengangkut guru- guru seperti mana modus operandi program- program yang dibuat oleh UMNO.

 
Peristiwa yang sama juga pernah berlaku di daearah Kuala Kangsar di mana guru- guru dikerahkan untuk menghadiri sesi dialog bersama dengan Menteri Besar haram, Zamberi Kadir juga di Sungai Siput. Sedangkan wakil- wakil Rakyat Pakatan Rakyat dinafikan haknya untuk menghadiri program- program di sekolah dalam kawasan mereka.

SUKAN PASTI, KAWASAN PADANG RENGAS



Program Sukan PASTI, Kawasan Padang Rengas telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2010 (Sabtu) baru- baru ini di padang Awam Kg. tanah Merah, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.

Acara dimulakan dengan upacara perbarisan lintas hormat oleh kontinjen- kontinjen PASTI yang mengambil bahagian yang terdiri daripada PASTI al- Ansar, Nurul Jihad, Assyafi'eah, al- Ehsan, Sheikh al- Marbawi dan Hidayatul Quran.

Seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar, nyanyian lagu PASTI, ucapan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan dan diikuti dengan majlis perasmian oleh al- fadhil Ustaz Mohammad Yassin b. Mohd Yusof, Timbalan YDP Pas Kawasan Pdg. Rengas.

Antara acara sukan untuk murid- murid PASTI ialah lari pecut 50 meter, mencari telur penyu, isi air dalam botol dan tarik bola dalam gelung rotan.

Selain daripada itu diadakan juga acara untuk kanak- kanak bawah 6 tahun (bukan murid PASTI) lari 50 meter lelaki & perempuan.

Acara tradisi Sukan PASTI untuk remaja, mendapat sambutan yang amat menggalakkan iaitu acara motosikal lambat telah menarik seramai 9 penyertaan remaja tempatan.

Acara bagi ibu bapa dan guru- guru PASTI memeriahkan lagi suasana sukan pada hari itu dengan acara 'jet kertas', 'memasukkan benang ke dalam jarum' dan 'membaling bola ping pong'.

Acara penyampaian hadiah mengakhiri program pada hari tersebut oleh  Timbalan YDP kawasan dan pimpinan pemuda kawasan. PASTI Assyafi'ah telah muncul Johan keseluruhan sukan PASTI bagi tahun 2010.

Tahniah kepada Dewan Pemuda Pas Kawasan, Guru- Guru Pasti, Ibu bapa, JKKK Kg. Tanah Merah dan semua pihak yang telah menjayakan program untuk DUTA- DUTA KECIL pewaris perjuangan Islam generasi akan datang.

03 August 2010

PEROMPAK FOBIA DALAM SIDANG DUN

Dalam zaman penuh dengan kecanggihan teknologi maklumat yang memperlihatkan banyak peruntukan dalam menaik taraf prasarana ICT  di Malaysia, namun BN telah membawa negeri Perak kembali ke zaman Batu.

Arahan Speaker HARAM ... yang mengHARAMkan sebarang peralatan rakaman seperti komputer riba, telefon bimbit, kamera dibawa masuk ke sidang DUN jelas menunjukkan kemunduran pemikiran pemimpin- pemimpin BN.

Kebiasaannya kamera/ CCTV dipasang ditempat- tempat tertentu untuk langkah keselamatan dan mengesan kehadiran pencuri/ perompak. Jadi perompak kebiasaannya akan memakai topeng untuk mengelakkan wajahnya dari dirakam. Perompak amat fobia dengan kamera/ CCTV.

Oleh itu arahan Speaker HARAM yang mengHARAMkan sebarang alat rakaman dibawa masuk ke dewan persidangan DUN amat bertepatan dengan kedudukan beliau yang diperolehi secara HARAM. Masuk menceroboh dalam sidang DUN... kemudian pakai baju speaker.... akhirnya diangkat sebagai speaker.Sebab itulah beliau amat bimbang kalau- kalau wajahnya dirakam...

Begitu juga dengan anggota ADUN BN yang merompak kuasa kerajaan Perak, nampaknya amat bimbang gerak laku mereka dirakam dan menjadi tatapan umum. Begitulah nasib si perompak, walaupun hidup kaya raya ... tapi penuh dengan kebimbangan.

Orang yang bersalah sememangnya sentiasa dibayangi dengan ketakutan dan kegelisahan. Apa yang hendak dirisaukan kalau mereka mendakwa berada dalam kebenaran? Apa yang hendak diselindungkan dari pengetahuan rakyat? Rakyat berhak tahu apa yang berlaku dalam persidangan DUN/ Parlimen untuk mereka menilai sejauhmana kewibawaan wakil rakyat mereka.

Sekiranya ada dalam kalangan ADUN yang bersikap tidak profesional, mengeluarkan kata- kata kesat, tidak mengikuti peraturan dewan atau sebagainya... biarkan rakyat melihatnya sendiri secara live dan mereka boleh membuat penilaian untuk menentukan wakil mereka dalam DUN pada masa akan datang. So.... apa yang hendak diselindungkan?

Walaupun Zambery banyak meniru sikap atau gaya kepimpinan Dato' Seri Nizar, namun beliau ternyata gagal  menandingi sikap gentleman Dato' Seri Nizar yang membuat sidang DUN Perak secara live menerusi internet.

Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Perak pada ketika itu diasak dengan soalan- soalan dari ADUN- ADUN BN, tetapi rakyat dapat melihat sendiri kualiti kepimpinan yang telah ditujukkan oleh Dato' Seri Nizar dalam menjawab soalan- soalan dari BN.

Selepas ini, kita akan menyaksikan lagi pelbagai undang- undang PELIK dalan sidang DUN yang akan dikeluarkan oleh speaker HARAM.

Teka teki: "PELIK TAPI HARAM" ?

02 August 2010

SAMAN EKOR: Hak Pengguna Di Sisi Undang- Undang

Belum reda kekalutan rakyat angkara kenaikan harga barangan utama, kini rakyat dikejutkan pula dengan isu Saman Ekor. Ramai pengguna yang mengeluh tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu disebabkan telah disenarai hitamkan atas kesalahan Saman Ekor.

Atas keprihatinan Pakatan Rakyat beberapa langkah telah diambil bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya sepertimana yang termaktub di dalam undang- undang.

Antaranya dengan menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) bagi berbincang dengan pihak berkuasa bagi menangani isu ini dengan bijaksana.

Selain daripada itu, pihak Pakatan Rakyat di negeri Perak juga akan mengadakan taklimat khas mengenai Saman Ekor oleh Pengamal Undang- Undang di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Perak pada 3.8.2010 jam 11 pagi bagi menjelaskan hak pengguna dari sudut undang- undang.

Selain daripada itu, pihak Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan juga memutuskan bahawa tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan disebabkan sama ekor juga melanggar perintah mahkamah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280. 

Sama- sama kita tunggu dan lihat...

01 August 2010

HANYA LIDAH AJAK BERSATU...


Itulah sikap sebenar UMNO/ BN. Kalau nak kata lidah bercabang pun boleh... nak kata cakap tak serupa bikin pun boleh atau apa saja yang sesuai.... Tapi yang tepatnya, itulah sifat MUNAFIK  yang ada pada UMNO.

Dalam keadaan tertentu mengajak PAS terutamanya untuk bersatu... tapi dalam masa yang sama menggunakan kuasa yang ada menghalang program- program anjuran PAS dan juga Pakatan Rakyat.

PROGRAM HIMPUNAN WARGA FELCRA


 
Program himpunan Warga Fercra di Changkat Lada diganggu oleh pihak polis dari awal hingga malamnya. Walaupun diadakan di tanah persendirian, pihak polis tanpa menghiraukan undang- undang bertindak menceroboh kawasan berkenaan yang membawa kepada beberapa siri tangkapan hinggakan pihak pengajur terpaksa membatalkan program ceramah.

Walaupun lebih kurang 500 meter dari tempat ceramah, Ahli Parlimen Pasir Salak TERPAKSA menganjurkan Majlis Tilawah al- Quran pada malam yang sama untuk mengelakkan warga felcra mendengar ceramah, namun kerana sikap KEBETINAAN yang ada pada ahli Parlimen UMNO tersebut, terpaksa juga menggunakan pihak keselamatan untuk menghalang program anjuran PAS di situ.

Nampaknya, Ahli  Parlimen Pasir Salak, hanya berani berkokok dalam Parlimen sahaja namun gentar berhadapan dengan musuh- musuh politiknya dalam situasi politik yang sebenar.

 UPACARA ANTI- ISA

Selain di Changkat Lada, beberapa siri tangkapan juga dilakukan bagi menghalang himpunan anti ISA di seluruh negara.

Himpunan dan simbolik menyalakan lilin pada jam 9 malam menandakan bantahan terhadap akta zalim yang diwarisi dari penjajah sejak 50 tahun lalu dijadualkan diadakan serentak di beberapa lokasi di seluruh negara. Antara tangkapan yang dilakukan di Petaling Jaya, manakala di lokasi- lokasi lain seperti di Ipoh dan di George Town pihak polis memberikan notis amaran dan menghalang orang reamai daripada memasuki tempat yang diramalkan berlakunya himpunan tersebut.

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI RENGIT, JOHOR

Kalau himpunan anti ISA dikatakan dihalang polis dengan alasan tiada permit, bagaimana pula halnya dengan ceramah Pakatan Rakyat di Rengit, Johor? Permit telah pun dipohon tapi tidak pula diluluskan oleh pihak polis.

Akibatnya pihak penganjur telah mengubah lokasi ceramah di Markaz Pas. Walaupun pihak polis dikatakan mengarahkan agar ceramah tersebut diadakan dalam dewan markaz, tetapi polis mengubah fikiran tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan. (UMNO bagi arahan le tu...).

3 peristiwa tersebut berlaku dalam dua hari berturut- turut namun ianya hanyalah secubit bukti KEMUNAFIKAN dan KEBETINAAN UMNO/BN.

So... sewajarnya rakyat boleh menilai sendiri keikhlasan UMNO dalam isu perpaduan ini... terutamanya MUFTI PERAK !!!