KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim
Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung
Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.
Allahyarham
yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di
hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.
Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.
(Gambar kiri: Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru. Gambar kanan: Chek Hashim)
Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.
Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital
Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First
People's Hospital juga di Guanzhong. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada
menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan
penduduk Gua Musang.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas
tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di
China.
Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.
(Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan)
Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan
ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun
Galas di atas pemergian Almarhum.
"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan
tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar
roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.
Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.
"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda
lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat
di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya
akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang
menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan.
Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan
Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.
27 September 2010
26 September 2010
SAMBUTAN AIDILFITRI DEWAN PEMUDA PAS PDG RENGAS & PASTI
Persembahan Nasyid oleh murid- murid PASTI
Ucapan daripada YB. YDP Pas Kawasan
Ucapan & Tazkirah oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak
Ketua Pemuda Kawasan tetap bersemangat walaupun bertongkat
Pengerusi PASTI Kawasan
Bacaan doa oleh Ustaz Amrah
Tetamu menikmati jamuan
Suasana meriah dihadiri oleh semua peringkat umur
Labels:
pasti
15 September 2010
TAK MAU DAH JADI MB
Setelah berjuang sekian lama untuk mengembalikan kuasanya, kini Khir Toyo tidak lagi dapat menyembunyikan hakikat sebenar bahawa langkahnya kini semakin sumbang dan sudah menghampiri titik noktah kegagalan.
Alasan- alasan yang diberikan sememangnya skrip biasa ahli politik... beri peluang kepada muka baru. Kalau usia beliau dah melangkaui 60an mungkin boleh diterima...
Hakikatnya usaha beliau untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor seperti mana di Perak tidak berhasil. Isu- isu yang diketengahkan akhirnya memakan diri. Contohnya isu "pasir" di Selangor yang kini tidak lagi kedengaran.
Nampaknya beliau juga menyedari akan kehadiran tokoh- tokoh politik UMNO di Selangor yang dilihat bakal menggugat kedudukannya pada masa akan datang. Tokoh- tokoh yang sedang menonjolkan diri untuk menjadi hero UMNO di Selangor seperti Noh Omar dan juga kehadiran Raja Sesumpah (Ezam Mohd Nor) disebut- sebut bakal menerajui UMNO di Selangor.
Oleh itu, sebelum beliau disingkirkan oleh pemimpin UMNO yang lain ada baiknya beliau mengundurkan diri secara terhormat.
Mungkin selepas ini klinik Khir Toyo akan kembali beroperasi seperti dulu kala...
Labels:
politik
08 September 2010
PENYAMPAIAN BANTUAN DI CAWANGAN PAS SAUK
Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa terharu terhadap sumbangan serta sokongan yang telah diberikan oleh jamaah dalam menjayakan program ini. Walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan kerajaan namun Pas akan sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban orang ramai mengikut kemampuan yang sedia ada.
Beliau juga menjelaskan bahawa beliau sekadar menyempurnakan amanah yang diberikan oleh parti serta orang ramai dan menegaskan bahawa bantuan yang disalurkan ini tidak mengira fahaman politik kepartian. Pas tidak memaksa mana- mana individu yang menerima bantuan ini untuk menyertai Pas, tetapi berharap mereka dapat memikirkan dengan rasional bentuk kepimpinan yang dapat memebawa ummah ke jalan yang diredhoi Allah.
Labels:
berita
06 September 2010
Pemuda Pas Padang Rengas Buat Laporan Polis Terhadap Zainuddin Maidin
Satu lagi laporan polis telah dibuat ke atas Zainudin Maiden ekoran fitnah beliau terhadap PAS oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas tengahari tadi di Balai Polis Padang Rengas. Kenyataan fitnah beliau terhadap PAS telah disiarkan oleh beberapa media cetak termasuklah media internet seperti UMNO Online dan Utusan Online.
Setelah ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum yang lalu, beliau dilihat cuba kembali untuk menjadi jaguh UMNO setelah mendapat anugerah sebagai Tokoh Terbilang Melayu 2010 daripada UMNO baru- baru ini.
Ekoran keengganannya untuk menarik balik kenyataannya laporan demi laporan polis telah dibuat sebagai tanda bantahan terhadap fitnah yang dibuat olehnya.
Semua sedia maklum terhadap prestasi burukya ketika menerajui Kementerian Penerangan serta menjadi antara penyumbang utama kepada gelombang meluatnya rakyat kepada UMNO/ BN.
Kini UMNO terpaksa mengkitar semula pemimpin- pemimpin yang berfikiran purba yang masih menggunakan kaedah politik lama untuk mengembalikan sokongan rakyat setelah bermacam- macam strategi yang digunakan untuk memecah- belahkan Pakatan Rakyat akhirnya memakan diri.

01 September 2010
Daftar pemilih: DAP dan Umno terus dahului PAS
PUTRAJAYA, 1 Sept: DAP dan Umno terus mendahului PAS
dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar 9,106 dan
7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala
PKR (1,749).
Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi.
Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.
Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.
Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.
“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.
“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi.
Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR.
Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara.
Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.
Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.
MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).
Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.
Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.
Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini.
Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.
“Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta,” katanya.
Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama.
“Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu.
“Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007,” katanya.
Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak.
sumber: harakahdaily

Subscribe to:
Posts (Atom)