31 October 2010

DUIT SUMBER JUDI... UMNO PATUT KUTIP SEMULA DI SELURUH MALAYSIA

Bila kerajaan Pulau Pinang memberikan bantuan kewangan kepada warga emas, UMNO tak senang duduk kerana bimbang rakyat semakin menyokong Pakatan Rakyat. Lalu diperbodoh- bodohkan warga emas di Pulau Pinang bahawa wang bantuan tersebut dari sumber judi. Kemudian dihebahkan ke seluruh negara bahawa golongan yang berjaya diperbodohkan itu memulangkan semula wang tersebut disebabkan termakan hasutan UMNO.

Yang menjadi kemusykilannya kini, ke mana perginya wang yang telah dipulangkan kerana hingga setakat ini kerajaan Pulau Pinang belum pun menerima kembali wang tersebut. Jangan golongan warga emas berkenaan ditipu dua kali sudah.... Yang pasti wang tersebut kini dalam simpanan UMNO... Nasib engkaulah duit...

Keprihatinan UMNO dalam perkara- perkara halal dan haram SECARA TIBA- TIBA tersebut sangatlah terpuji. Tapi bagaimana pulak hasil judi dari kerajaan pusat berjumlah 2.3 bilion pada tahun 2009 dalam akaun kementerian kewangan yang tidak diasingkan?

Bukankah wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam, menyalurkan bantuan- bantuan, serta projek- projek pembangunan?

Apa yang dilakukan UMNO di Pulau Pinang hanyalah sandiwara semata- mata. Keprihatinan tentang soal halal dan haram yang ditunjukkan oleh UMNO hanya menyerlahkan sifat keMUNAFIKan yang telah lama menebal dalam darah daging UMNO itu sendiri.

Jika UMNO benar- benar ikhlas... nah !!! bawaklah tabung tersebut ke seluruh negara agar rakyat Malaysia mengembalikan segala bentuk bantuan dan pemberian kewangan oleh kerajaan pusat kerana jelas segala jenis cukai dan sumber yang haram tidak diasingkan akaunnya.

30 October 2010

KALAU TAK MENIPU BUKANLAH "UMNO" NAMANYA

Gambar ini dipetik dari http://demokrasi93.blogspot.com. Ini adalah antara risalah yang disebarkan oleh UMNO untuk mendapat undi rakyat. Jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak yakin dengan kewibawaan calon mereka sendiri. Profil calon pun terpaksa menipu untuk manyaingi calon Pas.

Tidak dinafikan bahawa kelayakan akademik juga mampu untuk mempengaruhi pengundi. Namun kelayakan akademik bukanlah faktor utama yang akan mempengaruhi pengundi. Bagi masyarakat luar bandar, mereka lebih senang dengan pemimpin yang mudah didekati walaupun tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Sumber: Batu Gajah Mari

29 October 2010

STRATEGI UMNO GAGAL DI GALAS

GUA MUSANG: Umno benar-benar kehilangan rentak dan strategi bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila segala peluru yang dihambur tidak mengenakan sasarannya. Lebih mengaibkan lagi apabila fitnah yang dilemparkan kononnya calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed berkhalwat tersasar jauh apabila perempuan yang didakwa sebenar ibunya, Ramelah Mat Jusoh.

Fitnah tersebut disebarkan melalui laman web Umno online kemudian dipetik pula oleh sebuah agensi berita. Bagaimanapun Dr Zulkefli tampil menafikan dakwaan tersebut sambil menjelaskan perempuan yang disebut nama sebagai Ramelah Mat Jusoh adalah ibunya, manakala isterinya pula Zainab Jalal. Beliau juga bercadang mengambil tindakan mahkamah kerana umno online cuba memfitnahnya.

Selain itu Umno menyebarkan dakwaan liar mengatakan Dr Zul tidak menyerahkan penyata pilihan raya 2008 ketika bertanding di kerusi parlimen Gua Musang. Dakwaan itu juga jelas meleset jauh apabila Dr Zul sudah lama menyerahkan penyata pilihan raya. Mengulas perkara itu, 

Pengarah Operasi PAS Pilihan Raya Kecil Galas, Abdul Fatah Harun berkata, nampaknya Umno begitu kelam kabut sangat sekarang sehingga segala dakwaan yang dilemparkan meleset. “Umno sudah benar-benar
kehabisan modal untuk berdepan dengan jentera kempen PAS sehingga segala dakwaan yang dilemparkan tidak mengena,” katanya di sini.

Umno juga menaikkan banner dan menulis perkataan ‘Ku Li arkitek Gua Musang’ dan ‘Sokong Parti Ku Li’ sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat di sini. Ini kerana kata mereka Ku Li dihina begitu rupa sebelum ini sehingga ada pihak mendesak supaya diambil tindakan terhadapnya kerana menyokong kerajaan negeri menuntut royalti petroleum.

Malah pada pemilihan Umno dua tahun lepas hasrat Ku Li bertanding kerusi presiden Umno dihalang sehingga mana-mana bahagian yang bercadang mencalonnya ditekan. Lebih malang lagi nasib Ku Li apabila terpaksa menjelaskan ketiadaannya mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusoff ke pusat penamaan calon semalam dianggap sebagai satu kebiasaan yang menjadi amalannya.

Menurutnya amalan itu merupakan amalan tradisinya selama 35 tahun sebagai ahli Parlimen Gua Musang, sedang pemimpin Umno lain menyifatkan sebagai menjejaskan moral mereka.

27 October 2010

26 October 2010

AKSI PUTERI UMNO: Satu lagi tugas Fathul Bari Mat Jahya

Hanya Al- Sheikh Fathul Bari Mat Jaya sahaja yang boleh menasihatkan puak- puak puteri UMNO ni. Memandangkan beliau mempunyai kaeadah yang tersendiri untuk menangani masalah sosial yang sedang melanda kaum Hawa dalam UMNO ni. Mungkin pendekatan MENARIK TANGAN MEREKA yang dikatakan amat berkesan ketika menangani masalah Rosmah bakal beliau gunakan untuk berhadapan dengan puteri- puteri UMNO ni.

Bagi yang belum mengetahui perihal video ni, ini merupakan salah satu daripada kaedah Puteri UMNO meraikan serta memberi sokongan kepada Hari Penamaan Calon PRK DUN Galas.

Dikala rombongan penamaan calon Pas diiringi dengan laungan Takbir dan Tahmid, penyokong UMNO pula menjadikan waktu tersebut untuk bersuka ria dan memuaskan hawa nafsunya.

CALON PAS: PRK N. 45 DUN GALAS

Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed
Umur : 44 Tahun
Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966
Nama Isteri : Zainab binti Jalar
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980
Kelayakan Akademik :
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.

Pengalaman Kerja :
  1. 1992 - Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak.
  2. 1993 - Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan.
  3. 1994 - Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang.
  4. 1996 - Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerjaya Politik :
  1. 2003 - 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh.
  2. 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11.
  3. 2005 - 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  4. 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang.
  5. 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12.
  6. 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
  7. 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.

*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7

Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang.

Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan

24 October 2010

CADANGAN SHAFIE APDAL YANG TIDAK AFDHAL





Selepas Rosmah menodai kesucian Islam, kini seorang lagi menteri kabinet mahu melanggar titah perintah Sultan agar tidak berpolitik di masjid. Ketika berucap dalam sesi penggulungan perhimpunan orang- orang UMNO, beliau mencadangkan agar masjid digunakan sebagai tempat pendaftaran pengundi baru (UMNO).

Aik... sebelum ni puak- puak UMNO kata tak boleh berpolitik di masjid. Nak buat pendaftaran pengundi UMNO di masjid tu bukan ke kerja- kerja politik? Yang ni pun Mufti Perak jangan buat- buat tak tau. Dia yang ajar... nak masuk masjid... politik tinggalkan di luar pagar masjid.

Mungkin beliau telah pun mendapat nasihat daripada Si Fathul Bari Mat Jahya gamaknya.

Sejak ditugaskan untuk mengemudi UMNO di Kedah, banyak kenyataan dan cadangan daripada Shafie Apdal tidak Afdhal. Mungkin beliau terbawa- bawa dengan masalah UMNO di Kedah hingga terpaksa mendaftarkan pengundi UMNO di masjid.

Persoalannya: RAMAI SANGATKAH ORANG- ORANG UMNO DI MASJID?



23 October 2010

TUKANG KIPAS ROSMAH MULA MAINKAN PERANAN

Selepas dikecam pelbagai pihak berhubung penglibatan Rosmah dalam Festival Busana Islam yang jelas menghina Nabi Muhammad, kini Rosmah mungkin boleh menarik nafas lega apabila ada juga di kalangan golongan berpendidikan dan berkelulusan Agama mempertahankannya.
Kemunculan Fathul Bari Mat Jahya dilihat amat kena pada tempatnya apabila jelas memperlihatkan wajah sebenar keperibadian beliau. Tanpa menyentuh tentang isu pokok iaitu "penghinaan terhadap Rasulullah" beliau lebih berminat untuk memperkatakan adab dalam menegur pemimpin.

Beliau bersama gerombolannya disebut sebagai Ulama Muda UMNO. Layakkah golongan seumpama ini digelar sebagai ulama? Cadangan beliau agar diwujudkan Majlis Ulama UMNO memperlihatkan kedangkalan beliau terhadap sejarah UMNO itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO tidak serius dalam menegakkan syariat Allah sehingga membawa kepada penubuhan PAS. Sekiranya Majlis Ulama UMNO itu diwujudkan, golongan itu hanya akan diberi peranan sebagai TUKANG BACA DOA dalam majlis- majlis anjuran UMNO atau sebagai TUKANG SELAWAT dalam perarakan Majlis Maulidur Rasul setiap tahun sahaja.

Walau apa pun kita sama- samalah lihat bagaimana puak- puak yang dikatakan Ulama Muda UMNO ni akan menari mengikut lenggok pemimpin- pemimpin UMNO.

Yang pasti, Rosmah tidak akan kepanasan lagi kerana Tukang- Tukang Kipasnya sudah bersedia dengan hujah- hujah serta dalil- dalil untuk menyejukkan hatinya !!!

21 October 2010

BUDAYA SONGSANG ROSMAH: KALI INI APA PULAK ALASAN HARUSSANI

Majlis ni bukan dikendalikan oleh mana- mana ADUN atau Ahli Parlimen DAP atau Pakatan Rakyat. Sebab itu ia tidaklah menjadi kesalahan menurut hukum- hakam Kitab UMNO. Dan sebab itu juga ia tidak menjadi berita utama di muka depan mana- mana akhbar berketurunan UMNO.

Kalau ianya dianjurkan oleh mana- mana ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dah tentu Ahli Majlis Tertinggi Pembela Melayu UMNO yang diketuai oleh Harussani merupakan orang pertama yang akan berkokok serta mengeluarkan fatwa.

Tapi disebabkan ianya melibatkan isteri Perdana Menteri idola beliau, maka beliau hanya membuat "NOHEN" (Bahasa orang Perak).

Ke mana perginya suara- suara penasihat agama PM, Menteri JPM (hal ehwal agama), ulama ulama muda yang dikatakan dah jadi ahli UMNO, mufti- mufti, ahli panel- ahli panel forum perdana ehwal Islam, pensyarah- pensyarah universiti yang berkelulusan agama (yang selama ini menjadi penyokong kuat UMNO), biro agama dalam UMNO dan sesiapa sahaja yang mengalir darah UMNO dalam urat sarafnya?

Ke mana perginya PERKASA yang kononnya begitu lantang membela kepentingan Melayu?. Bukankah majlis tersebut jelas telah menjatuhkan maruah dan martabat orang melayu secara tidak langsung? Opsss.. terlupa, bosnya tengah berehat baru dibedah. Atau mungkin juga isteri Ketua Pemudanya juga berminat adat istiadat seumpama ini.

Walau apa pun, ayuh kita bersama Dewan Pemuda Pas Perak yang akan turun sekali lagi ke Pejabat Jabatan Agama Islam Perak ESOK (22.10.2010) bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap kebiadaban Rosmah Mansor membawa budaya songsang yang jelas bercanggah dengan syariat Islam di Malaysia ini.

Moh kita tengok... apa Mufti Perak nak kata dan berkata- kata...

18 October 2010

BAJET 2011: ORANG POLITIK BN TERSENYUM... KAKITANGAN AWAM BERPUTIH MATA

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara." Najib Tun Razak

Bukanlah kakitangan awam golongan yang terlalu mengharapkan bonus akhir tahun daripada kerajaan. Namun alasan Najib terlalu mudah untuk menutup kelemahan pengurusan kewangan negara.

Sedangkan kenaikan elaun yang diterima oleh Pengerusi JKKK/ JKKP hampir mencecah seratus peratus membabitkan perbelanjaan setiap bulan.Kita sedia maklum Pengerusi JKKK/ JKKP tersebut merupakan lantikan politik yang biasanya memegang jawatan dalam cawangan- cawangan UMNO.

Jadi wajarkah alasan perbelanjaan RM 3.1 bilion dapat diterima?

Begitu juga projek- projek yang melibatkan isteri beliau mendapat perhatian dan peruntukan yang luar biasa berbanding dengan apa yang diperolehi oleh kakitangan awam.

Diharap seluruh kakitangan awam dapat menilai realiti sebenar perkembangan ekonomi negara, setelah Najib GAGAL memberikan bonus untuk kali kedua berturut- turut kepada kakitangan awam dalam era pentadbiran beliau.

12 October 2010

Konsert Artis "GAY", Mufti Perak masih membisu

Pelbagai pihak terus memberikan tekanan dan bantahan terhadap konsert artis 'gay' , Lambert yang bakal berlangsung pada 14 Oktober 2010 di stadium Bukit Jalil.

Ketika masyarakat terus membantah kehadiran artis tersebut kerana peribadinya yang berlawanan dengan agama dan adat ketimuran, bantahan daripada tokoh- tokoh agama tempatan dalam kerajaan masih lagi belum kedengaran.

Sama ada bantahan daripada menteri- menteri yang memegang portfolio agama atau mufti- mufti yang dalam keadaan selesa bekerja di bilik berhawa dingin.

Kebiasaannya mufti Perak merupakan mufti yang sentiasa dijadikan rujukan terhadap isu- isu semasa. Namun sejak menjadi hero dan penceramah isu- isu politik melayu serta istiqomahnya beliau menyerang PAS nampaknya beliau seringkali ketinggalan memberikan pendapat terhadap isu- isu semasa.

Sama ada beliau 'tak tau' atau buat- buat 'tak tau' tidaklah dapat dipastikan.

Sehingga saat ini beliau masih lagi membisu tentang kehadiran arti 'gay' yang bakal mengadakan konsert di Malaysia. Mungkin kerana ianya mendapat 'lampu hijau' dari pemimpin UMNO/ BN. Saya amat yakin, sekiranya konsert itu dianjurkan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor atau Kelantan nescaya beliau akan bingkas bangun dari kerusi empuknya serta keluar dari bilik berhawa dinginnya untuk membantah kehadiran artis berkenaan dan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya PAS habis- habisan !!!.

Ibrahim Ali Datuk 3-1

Gelaran Datuk yang dikurniakan oleh Sultan Ismail Petra (Kelantan) kepada Ibrahim Ali telah dilucutkan oleh Tuanku Muhammad V. Namun sebab- sebab perlucutan itu dibuat tidak dapat dipastikan.

Walaupun gelaran tersebut telah dilicutkan, namun Ibrahim Ali bernasib baik kerana masih lagi bergelar Datuk kerana masih mempunyai 2 lagi gelaran Datuk yang diperolehi dari negeri Selangor dan Melaka.

04 October 2010

Bila Arman PERKASA menasihati ahli PKR...

Keprihatinan Arman (gambar di bawah) , Ketua Pemuda Perkasa menasihati ahli PKR dalam pemilihan pemimpin yang berlatar belakangkan Islam amatlah menepati menurut Islam. Namun pembaca bolehlah menilai sendiri keikhlasan sebenar ucapan seseorang. Adakah mereka bercakap dengan ikhlas atau sekadar mencari publisiti murahan.

Gambar 1

Gambar 2

Walaupun kita dilarang untuk mendedahkan keaiban orang lain, namun ada situasi yang tertentu Islam membenarkan keaiban seseorang itu dihebahkan jika beliau boleh memudaratkan masyarakat. 

Adakah kumpulan yang kononnya "berdentum dentang" bercakap tentang ketuanan Melayu- Islam begini keadaan hidupnya yang sebenar?

So.... mengkome pikio le sendiri !!!