26 December 2012

Poster di BAKAR... UMNO makin tertekan


Walaupun Pakatan Rakyat berdepan dengan pelbagai provokasi dari pihak lawan namun Pakatan Rakyat istiqamah dalam meneruskan siri penerangan kepada rakyat melalui lunas- lunas demokrasi.

Siri penerangan yang diadakan khususnya di DUN Chenderoh telah memberikan kesan terhadap minda masyarakat dalam memahami isu- isu semasa.

Kawasan- kawasan yang dahulunya merupakan kubu kuat UMNO, kini semuanya sudah berjaya ditembusi malah sikap orang- orang UMNO  terhadap Pas khususnya sebahagian besarnya sudah mula berubah. Antara faktornya ialah apabila masyarakat sudah mula terdedah kepada banyak sumber maklumat termasuklah ceramah- ceramah penerangan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat.

Situasi ini mencemaskan pemimpin- pemimpin UMNO terutama apabila terpaksa menjawab dan memberi penjelasan kepada Ketua UMNO Bahagian.

Tindakan- tindakan tidak bermaruah dan kebudak- budakan mula dilakukan. Terkini apabila terdapat poster ceramah di sekitar Kg. Chegar Galah telah dikoyakkan serta dibakar oleh pihak yang mula kepanasan. Namun Pas mengambil jalan damai tanpa menghiraukan tingkah laku tidak bermaruah pihak berkenaan.

Kerana rakyat sudah sedia maklum... SIAPA SYAITAN YANG DIKENALI !!!

Sebuah Lagi PASTI Ditubuhkan di Kawasan Padang Rengas


Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas terus mengorak langkah dalam melebarkan pendidikan pra sekolah berteraskan Al Quran kepada masyarakat apabila berjaya menubuhkan sebuah lagi PASTI baru di Cawangan Kota Lama Kiri.

Dengan sokongan pihak pemuda cawangan yang diterajui oleh saudara Farid ditambah dengan bimbingan Al Fadhil Ustaz Jamaluddin b. Ahmad (YDP Pas Kawasan), mudah- mudahan urusan penubuhan dan pentadbiran PASTI ini akan dipermudahkan oleh Allah dalam melahirkan generasi yang memahami dan mengamalkan Al Quran dan Sunnah.

MOH KE SEKOLAH... GUNTING RAMBUT PERCUMA


Sempena sesi persekolahan 2013 yang akan bermula minggu depan Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas melalui Jabatan Amal akan menyediakan perkhidmatan "Gunting Rambut Percuma" bagi menyemarakkan "mood" murid- murid ke sekolah setelah bercuti panjang.

Program ini akan dijalankan di perkarangan Pekan Kati yang akan disempurnakan perasmiannya oleh Dr. Azalan b. Radzi (Naib YDP Pas Kawasan Padang Rengas).

Perkhidmatan ini yang julung- julung kalinya diadakan antara lain bertujuan membantu pihak sekolah dalam memastikan penampilan murid menepati disiplin seperti mana yang digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mudah- mudahan sedikit usaha ini akan dapat menyumbang kepada kecemerlangan akhlak murid- murid.

07 December 2012

MUKTAMAR PERTAMA & TERAKHIR... AL- FATIHAH

Tuan Haji Abdullah Omar (Mantan OCPD Slim River) telah menghembuskan nafas yang terakhir awal pagi tadi di kediamannya di RT 20A lot 4671 Kg. Baru Kamunting, Taiping, Perak

Selepas bersara, beliau telah mengumumkan menyertai Pas dan begitu aktif menyampaikan ceramah di pentas- pentas Pas.

Lebih sayu apabila mengenangkan ucapannya dalam Muktamar Pas Pusat baru- baru ini, selaku perwakilan dari Taiping dengan nada bersungguh- sungguh beliau meminta maaf kepada seluruh perwakilan dan ahli Pas di atas kesalahannya sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan polis. Beliau begitu menyesal di atas tidak tanduknya terhadap Pas terutamanya ketika beliau berada dalam SB.

Antara kata- kata yang masing terngiang- ngiang di telinga ini ketika ucapannya dalam sidang Muktamar Pas Pusat baru- baru ini... "apa yang saya tak pernah buat kepada Pas?..."

Di peringkat DUN Chenderoh, beliau pernah berceramah di Dataran Pakatan Rakyat, Sauk dan yang terakhir beliau dijadualkan berceramah di Kota Lama Kiri pada 4/12/2012 yang lalu bersama Ustaz Idris Ahmad tetapi beliau tidak dapat hadir kerana uzur.

Jenazahnya akan disolatkan di Masjid Kg. Expo Kamunting, Taiping, Perak. Mudah- mudahannya rohnya dicucuri rahmat... AL- FATIHAH...






ULAMA UMNO IBARAT SERAI DALAM TOMYAM

Ustaz Idris Ahmad (AJK Pas Pusat) menyatakan bahawa ulama tidak sesuai duduk dalam UMNO.
Mereka ibarat serai dalam tomyam. "Serai dalam tomyam hanya digunakan untuk mendapatkan baunya sahaja sedangkan serai tak dimakan pun".
Ulama UMNO juga ibarat daun kari dalam kari. "Daun kari hanya digunakan untuk mendapatkan bau karinya sahaja sedangkan daunnya tak dimakan orang".
Itulah letaknya kedudukan ulama dalam UMNO. Berbeza dengan Pas yang meletakkan ulama di kedudukan yang tertinggi dalam menentukan hala tuju perjalanan parti.
Sebab itu Pas terus diterima rakyat walau pun sejarah telah membuktikan walaupun segelintir pimpinan utama Pas sudah tidak lagi bersama dengan Pas namun kedudukan parti tidak terjejas.
Contohnya Pas pernah kehilangan Presiden apabila Dato' Asri Muda keluar parti. Bekas Setiausaha Agung Pas (Ust Nakhaei) juga telah masuk umno dan beberapa pemimpin yang lain.
Namun, kehilangan mereka tidak sedikit pun menjejaskan parti kerana dasar Pas jelas dan dari sehari ke sehari Pas semakin kuat dan diterima oleh rakyat.
Beliau bercakap demikian ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.


02 December 2012

PAS BANTU MANGSA BANJIR DI KG. CHUAR DAN KATI

Ust Jamaluddin bertungkus- lumus membantu salah sebuah rumah mangsa

2 Disember: Kampung Chuar dan Kati telah dilanda bajir malam tadi. Menurut penduduk tempatan ini merupakan banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

Seluruh pimpinan dan jentera Pas Kawasan Padang Rengas telah bergegas ke tempat berkenaan. Misi bantuan kecemasan yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan (Ust. Jamaluddin Ahmad), Naib YDP Pas Kawasan (Dr. Azalan Radzi), Ketua Pemuda Pas Kawasan dan Sdr Md Zailani (Ketua Penerangan MTD Chenderoh).

Anggotan Unit Amal Pemuda Pas Kawasan, ahli- ahli Pas cawangan yang berhampiran turut membantu membersihkan rumah- rumah mangsa yang terlibat

Rata- rata mangsa tidak sempat menyelamatkan sebahagian besar harta benda kerana air yang begitu deras dan cepat naik.

Selain daripada membantu membersihkan rumah- rumah mangsa, pihak Dewan Muslimat Pas Kawasan juga berjaya menyalurkan bantuan pakaian terutamanya kepada kaum muslimat.

Banjir berkenaan juga telah menyebabkan kerosakan pada jambatan Velley di Chuar serta 2 buah jambatan kecil di Kg. Terap, Kati.

Menurut penduduk tempatan kekarapan banjir sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kerja- kerja pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit di Lata Perahu, Chuar. Ini merupakan banjir yang kedua dalam tempoh 2 minggu. Banjir pertama telah berlaku pada 16 November 2012 yang lalu.

Misi bantuan tamat pada jam 5 pagi tadi. Pihak mangsa berasa amat terharu dengan kehadiran sukarelawan dari pihak PAS dan tidak putus- putus mengucapkan rasa terima kasih atas keprihatinan pimpinan dan ahli Pas serta pemuda- pemuda Pas yang sanggup bergelumang dengan lumpur untuk membantu mereka.

 
 Dr. Azalan yang sentiasa bersama rakyat ketika susah dan senang
Sdr Md. Zailani, Ketua Penerangan MTD
Unit Amal Pemuda Pas Kawasan

CERAMAH PENERANGAN