21 February 2013

PRESIDEN PAS LANCAR TRAK NEGARA BERKEBAJIKAN PAS



(Presiden dan timbalannya mengucapkan tanda bagus kepada trak Negara Berkebajikan PAS)


KUALA LUMPUR: PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.

Ia dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.
Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah.
Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah.
Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS.

Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.
Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.
Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
 Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.

Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.

Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya."


14 February 2013

CUBAAN KHIANAT, CERAMAH DATO' SERI ANWAR DI PADANG RENGAS

Program Jelajah Merdeka Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terus membingungkan "Syaitan Yang Dikenali". Ribuan Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik pasti tidak akan melepaskan peluang bersama dengan pemimpin rakyat ini.

Setelah Program Jelajah Merdeka Rakyat cuba disabotaj dengan KUGIRAN di Kuala Kangsar baru- baru ini, program ceramah DSAI di parlimen Padang Rengas yang berlangsung pada 13.2.2013 di Padang Rengas yang lalu tidak terlepas daripada disabotaj oleh pihak "Syaitan Yang Dikenali".

Disebabkan kawasan ceramah diadakan di kawasan lapang dan luas strategi pihak lawan untuk mensabotaj dengan menggunakan modus operandi KUGIRAN atau Ceramah di kawasan berhampiran nampaknya tidak begitu sesuai.

Bingung dengan suasana berkenaan pihak "Syaitan Yang Dikenali" dipercayai telah mengupah seseorang untuk menabur paku payung di selekoh "pusingan U" Kg. Gapis, Padang Rengas.

Tindakan pantas anggota Unit Amal Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas mengesan perbuatan khianat berkenaan, serta- merta membersihkan jalan berkenaan dan telah berjaya menyelamatkan kenderaan terutamanya motosikal daripada menjadi mangsa perbuatan khianat pihak berkenaan.