29 January 2010

TENTATIF HEMPAP 2010

30 Januari 2010 (Sabtu) – Darul Ta’alim, Kubu Gajah, Selama, Larut

9.00 malam - Ceramah Pelancaran HEMPAP 2010
1. YB Ir Haji Amiruddin Hamzah
2. Ustaz Abu Bakar Hussien
3. YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaludin
4. Ustaz Mohd Nur Amin

31 Januari 2010 (Ahad) – Darul Ta’alim, Kubu Gajah, Selama, Larut

10.00 pagi - Taklimat Program
10.10 pagi - Nyayian Lagu Negeri Perak & Lagu Rasmi PAS
10.25 pagi - Ucapan Pengarah Program
10.30 pagi - Ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak
11.00 pagi - Ucapan Perasmian Pesuruhjaya Pas Perak
11.30 pagi - Persembahan dan Pertunjukan
01.00 t/hari - Rehat / Makan / Solat
2.00 ptg - Ucapan Ustaz Nasrudin Hassan
2.45 ptg - Ucapan YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
3.45 ptg - Ucapan YB Datuk Mahfuz Omar
4.15 ptg - Ucapan YB Salahuddin Ayub
4.45 ptg - Bersurai

9.00 mlm - Ceramah HEMPAP –
Kampung Kepala Pulau,
Layang-Layang Kanan(019-5598971)
1. YB Salahuddin Ayub
2. Ustaz Abu Bakar Hussien
3. Dr Najihatussoleha Ahmad
4. Safarizal Saleh
5. Muhammad Ismi Mat Taib
6. Mohd Hafez Sabri

- Ceramah HEMPAP –
Markaz Kampung Gajah (019-4552714)
1. Ustaz Nasrudin Hassan
2. Ustaz Mustafa Shaari
3. Ustazah Bariah Alang Sapri
4. Haji Mohd Azhar Mohd Rafiei
5. Aminuddin Zulkipli
6. Ustaz Abdul Fattah Awang
7. Zamarul Aini Abdul Malek

- Ceramah HEMPAP –
Jalan Peminpin, Manjoi (013-5284032)
1. YB Ustaz Haji Nasaruddin Mat Isa
2. YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaludin
3. Dr. Khairuddin Abdul Malik
4. Amizan Baharuddin
5. Salman Saleh
6. Dr. Raja Ahmad Al-Hiss
7. Zairul Azrun Zainal Abidin

- Ceramah HEMPAP –
Dataran Purnama, Kampung Kedah (013-4134520)
1. YB Datuk Mahfuz Omar
2. Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki
3. YB Khalil Idham Lim Abdullah
4. Ustaz Mohd Nur Amin
5. Ustazah Rohaya Bakar
5. Ustaz Mohd Akmal Kamarudin
7. Ustaz Mohd Nazri Din

18 January 2010

BN PERAK: BUBAR SALAH, TAK BUBAR DUN SALAH

Desas- desus pembubaran DUN Perak kembali menghangatkan persada politik di Perak. Walaupun penafian demi penafian telah dikeluarkan oleh pimpinan UMNO sebelum ini, namun langkah penyamun dan perompak kerajaan Perak kini semakin tiba ke langkah terakhir. Terkini kenyataan Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak yang mendedahkan pertemuan antara Zambery dan Najib di Arab Saudi dalam keadaan Zambery sanggup ponteng dalam majlis yang dipengerusikan oleh Raja Nazrin

Walaupun pelbagai alasan yang diberikan untuk menghalalkan rampasan kuasa di Perak, namun alasan- alasan tersebut semakin hari semakin memakan diri.

Pakatan Rakyat di Perak terus konsisten mendesak agar pembubaran DUN Perak dibuat bagi menamatkan segala krisis politik yang berlaku di Perak. Siapa yang bakal menjadi pilihan rakyat Perak sama ada Pakatan Rakyat atau BN bukanlah persoalan utama, tetapi soal pemilihan pemerintah mestilah dikembalikan kepada rakyat.

Desas desus pembubaran DUN Perak ada asasnya, terutamanya krisis perlembagaan yang melibatkan status Menteri Besar Perak yang sah masih gagal diumumkan oleh mahkamah persekutuan, walaupun perbicaraannya telah lama selesai. Kita sedia maklum sekiranya Zambery yang menang sudah pastilah keputusan akan diumumkan sebaik sahaja perbicaraan selesai.

Saya kira rakyat boleh membuat penilaian mengapakah keputusan tersebut ditangguhkan, malah menurut sumber yang diperolehi oleh Dato' Seri Nizar bahawa keputusan tersebut ditangguhkan kerana keputusan mahkamah berpihak kepada beliau. Demikian menurut beliau ketika menyampaikan tazkirah di Kuala Kangsar semalam.

Walau apa pun BN kini berada dalam keadaan BUBAR SALAH, TAK BUBAR DUN PUN SALAH.

Sekiranya BN memilih untuk membubarkan DUN Perak, ternyata rompakan kuasa oleh BN di Perak adalah benar dan tidak mengikut perlembagaan.

Sekiranya BN memilih untuk terus memerintah, seluruh dunia akan menyaksikan kegagalan sistem kehakiman negara dalam menyelesaikan krisis politik di Perak kerana kegagalan membuat keputusan. Ini juga bermakna Sultan atau pun Yang Dipertuan Agong berkuasa dalam melucutkan jawatan Menteri Besar atau Perdana Menteri pada masa akan datang mengikut budi bicara baginda.

Walau apa pun, kita tunggu dan lihat apa seterusnya permainan mereka...

"DAN SESUNGGUHNYA MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. DAN ALLAHLAH SEBAIK- BAIK PERANCANG"

17 January 2010

Nizar-ISU KALIMAH ALLAH MERUPAKAN PERANGKAP UMNO

Setelah isu kerajaan perpaduan berjaya ditangani oleh Pas kini UMNO memainkan isu yang baru dalam usaha memerangkap Pas. Isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan kini merupakan isu yang dicipta oleh UMNO dalam usaha memerangkap Pas, demikian menurut Dato' Seri Nizar dalam tazkirah selepas maghrib sebentar tadi di At-Thoif, Kuala Kangsar.

Namun keputusan Majlis Syura Pas Pusat nyata mengecewakan UMNO apabila keputusan tersebut berjaya membuktikan kematangan dan keterbukaan Pas dalam menangani isu- isu agama.

Keputusan Majlis Syura, hasil muzakarah bersandarkan Al- Quran dan Hadis jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang dalil daripada Al- Quran dan Al- Hadis yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Malah penggunaan kalimah Allah oleh bangsa Yahudi dan Nasrani sudah berlaku dari zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Dalam konteks aqidah, Allah merupakan Tuhan sekalian alam bermakna Tuhan kepada semua manusia dan makhluk di alam ini. Oleh yang demikian usaha UMNO yang memainkan isu kalimah Allah ini lebih bersifat perkauman semata- mata untuk menimbulkan kebencian terhadap kaum- kaum lain.

UMNO juga secara tidak langsung, menanamkan fahaman syirik terhadap orang Islam dengan menganggap bahawa Allah adalah Tuhan kepada orang Islam manakala penganut agama lain mempunyai Tuhan mereka sendiri. Ertinya secara tidak langsung UMNO mngakui kewujudan Tuhan selain daripada Allah.

Ini jelas berlawanan dengan tuntutan kalimah syahadah yang menegaskan bahawa hanya Allah Tuhan yang esa dan tidak ada Tuhan lain selain daripada Allah.

Malah yang lebih peliknya kenyataan Dato' Nazri Aziz Ahli Palimen, Padang Rengas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh gereja- gereja di Sabah dan Sarawak tetapi tidak boleh digunakan oleh gereja- gereja di Semenanjung jelas menunjukkan isu ini hanya dipolitikkan.

Namun beliau (DSR NIzar) amat yakin bahawa rakyat yang celik maklumat sangat matang menilai sesuatu isu berdasarkan rentetan peristiwa- peristiwa yang berlaku. Sebagai contoh, demonstrasi- demonstrasi bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Agama lain jelas tidak mendapat halangan dari pihak berkuasa malah mendapat restu daripada pemimpin- pemimpin UMNO/BN sendiri.

Selepas solat Isyak beliau bergegas ke program forum bersama bloggers Perak Ekspres di UREKA Kuala Kangsar.

"UMNO BUSUK HINGGA KE USUS"

05 January 2010

FORMULA TERBARU PENJAGAAN KESIHATAN 1 MALAYSIA

Tahun ini harga gula sudah naik 20 sen. Hadiah paling manis UMNO/BN kepada 1 Malaysia tahun 2010. Alasan awal disebabkan kenaikan harga pasaran dunia (skrip lama). Setiap kali harga barang naik, harga pasaran dunia antara alasan yang popular.

Bila harga pasaran dunia turun tak pulak diturunkan harga pasaran tempatan. Rakyat di perbodohkan oleh UMNO/BN dulu... kini... dan selamanya...

Orang UMNO/BN seronok le dapat harga murah. Pergi ke kedai tunjukkan kad keahlian UMNO atau berikan nombor ahli UMNO dapat harga diskaun. Itu sebab masih ramai orang melayu yang sayangkan UMNO. Kah... kah... kah...

Baru- baru ni, Perdana Menteri 1 Malaysia memberikan alasan yang baru. Harga gula dinaikkan bertujuan MENJAGA KESIHATAN rakyat Malaysia. Beliau memaklumkan bahawa rakyat Malaysia antara yang tertinggi di dunia mengidap penyakit kencing manis. Jadi untuk itu harga gula dinaikkan untuk mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.

Begitula prihatinnya PM 1 Malaysia terhadap kesihatan rakyatnya. Bergeliga jugak otak PM 1 Malaysia ni.

Sudah pastinya kerajaan akan menaikkan lagi harga barangan yang lain dengan alasan yang sama kerana akan membuktikan keberkesanannya.

Antara barangan yg dijangka akan dinaikkan dengan alasan tersebut:
1. harga rokok untuk mengurangkan pesakit jantung.
2. harga garam untuk mengurangkan pesakit darah tinggi
3. harga makanan laut untuk mengurangkan pesakit gaut
4. harga petrol untuk mengurangkan kemalangan jalan raya
5. harga beras untuk mengurangkan lemak berlebihan

yang lain korang fikirlah sendiri...

BN
Barang Naik
Berapa Naik
Baaaanyak Naik

Aktivis Pas Pdg Rengas kemalangan


Aktivis Pas Kawasan Rengas yang lebih dikenali dengan panggilan Meor Taliban kini terlantar di hospital Besar Ipoh kerana kemalangan jalan raya.

Kejadian berlaku pada pagi Isnin (4.1.2010) yang lalu ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja. Mengikut maklumat yang diterima, ketika beliau sedang menunggang motosikal, baju hujan yang dipakainya telah terbelit pada rantai motosikalnya menyebabkan beliau tercampak jatuh dan terus tidak sedarkan diri.

Orang ramai yang berada di belakangnya pada masa itu dengan segera menghubungi ambulan lalu dibawa ke hospital Kuala Kangsar. Apabila imbasan dilakukan, didapati terdapat pendarahan beku pada bahagian dalam kepalanya lalu dihantar ke Hospital Besar, Ipoh.

Kini beliau dirawat di wad 2A, katil 9, wad pembedahan neuro, aras 2, Hospital Besar Ipoh. Menurut maklumat daripada warisnya keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih menunggu keputusan doktor sama ada memerlukan pembedahan atau tidak.

Sepanjang penglibatannya dalam Pas, beliau memang dikenali bukan sahaja di kawasan Padang Rengas, malah di luar kawasan Padang Rengas. Ini disebabkan, beliau akan ditemui hampir di setiap lokasi program Pas, sama dekat atau jauh. Malah di kalangan penceramah- penceramah Pas negeri atau pusat sendiri amat mengenali beliau kerana komitmen beliau yang begitu tinggi terhadap setiap aktiviti secara sukarela.

Semangat beliau dalam membantu program- program Pas memang tidak dapat dinafikan lagi kerana beliau akan bertugas tanpa mengira penat dan lelah sama ada berjawatan atau tidak. Beliau sentiasa memberikan dorongan dang semangat kepada golongan muda dalam membantu perjuangan Pas.

Marilah kita mendoakan agar beliau akan sembuh dengan izin Allah dan dapat meneruskan khidmat dalam perjuangan Islam. Mudah- mudahan keluarganya juga akan dikurniakan ketabahan dalam menghadapi suasana dan ujian ini.