31 May 2010

Misi MTD Chenderoh untuk Rakyat

Dalam keadaan rakyat masih berteka- teki tentang kenaikan harga beberapa barangan keperluan harian, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chenderoh meneruskan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meringan beban hidup rakyat.

Pada hari Sabtu yang lalu misi bantuan yang di ketuai oleh Ustaz Mohammad Yassin (Timbalan Yang Di-Pertua Pas Kawasan Padang Rengas) menziarahi beberapa keluarga di UPU Jenalik. Walaupun Pakatan Rakyat tidak lagi menerajui kerajaan Perak, namun ianya tidak menghalang daripada meneruskan usaha- usaha kebajikan.

Ini juga membuktikan bahawa Pas tidak hanya turun mendekati masyarakat pada musim pilihanraya sahaja, malah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat.


Sungguhpun sudah 52 tahun negera mencapai kemerdekaan namun masih ada lagi rakyat yang tinggal dalam serba kedaifan apatah lagi di Parlimen yang diwakili oleh Dato, Seri Nazri Abd Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Kelihatan bendera BN berkibar megah di bawah rumah berkenaan

16 May 2010

BN Tumpo di Sibu

Tidak sepatutnya BN kalah dalam sebarang pilihanraya di Malaysia. Semua kelebihan berpihak kepada BN... sebagai pemerintah peringkat pusat, peringkat negeri, sokongan media massa, sokongan agensi- agensi kerajaan dan sebagainya semuanya akan digunakan untuk membantu kempen BN.

Pakatan Rakyat hanya boleh berkempen hingga jam 12 malam sahaja itu pun kena mohon permit tetapi pemimpin- pemimpin BN berkempen 24 jam melalui media yang dikuasainya.

BN turun dengan lambakan peruntukan yang digunakan melalui peruntukan kerajaan untuk memikat hati pengundi, tetapi Pakatan Rakyat turun dengan membawa hujjah yang berfakta untuk meyakinkan pengundi.

Pendek kata BN mempunyai 1001 kelebihan untuk menang namun BN tetap kalah....

Maknanya... talian hayat BN hanyalah bergantung kepada kedudukannya sebagai kerajaan. Dalam keadaan memerintah pun kalah.... andainya tidak lagi memerintah peringkat negeri dan pusat anda boleh bayangkanlah sendiri nasib BN....

Tahniah pengundi Sibu... Tahniah petugas- petugas Pakatan Rakyat

15 May 2010

LULUS LESEN JUDI: Pengundi BN Bakal Terima Saham

Keputusan kerajaan meluluskan lesen perjudian untuk pertaruhan pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 mulai Jun ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.

1. Kerana Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.

2. Kepimpinan BN yang diterajui oleh UMNO bukanlah sebuah parti yang didasari oleh Islam.

3. Premis- premis perjudian yang diluluskan oleh UMNO/BN sejak memerintah semakin bertambah dari   semasa ke semasa. Berbeza dengan pentadbiran PAS di Kelantan, premis perjudian semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

4. Kegagalan BN untuk merangsang ekonomi negara didapati gagal, lantas mengambil jalan mudah untuk memperolehi cukai melalui aktiviti perjudian yang berlesen.

5. Keputusan kerajaan tersebut langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada ulama- ulama UMNO atau pro-UMNO seperti Jamil Khir Baharom, Abdullah Md Zain, Harussani Zakaria, Masyitah Ibrahim, Nakhaei Ahmad dan yang lain- lain. Mereka mengambil sikap berdiam diri. Mengikut adat orang- orang Melayu, "DIAM TANDANYA BERSETUJU".

Dan banyak lagilah faktor- faktor lain yang boleh dianalisis.

Namun apa yang hendak diperingatkan di sini ialah keputusan kerajaan tersebut bukan sahaja memberikan impak terhadap kesucian agama Islam itu sendiri malah ia memberikan impak yang begitu besar terhadap pengundi- pengundi BN (khususnya yang beragama Islam) pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Sedarkah kalian bahawa anda bakal menerima saham di akhirat kelak atas keputusan kerajaan tersebut. Ingatlah... anda yang memilih BN pada pilihanraya yang lalu telah telah memberikan kuasa kepada mereka dalam membuat keputusan ini. Maka kalian bertanggungjawab di atas apa yang telah BN lakukan.

Untuk itu... fikir- fikirkanlah...