25 September 2011

JAMUAN AIDILFITRI PAS KAWASAN PADANG RENGAS

Kepimpinan utama Pas Kawasan Padang Rengas
Rakan- Rakan komponen Pakatan Rakyat turut hadir


Antara tetamu yang hadir




Tetamu khas: Siti Aishah (Srikandi PKR) bersama Setiausaha DAP Padang Rengas
Ketua Dewan MUslimat Pas Kawasan sedang mendeklamasikan sajak

Pengarah JPRK sibuk menguruskan hidangan makanan
Kaum bukan Melayu mengambil peluang bergambar bersama Naib YDP Pas Kawasan
Dr Muhaimin Sulam (Setiausaha Pas Perak) menyampaikan ucapan


Ketua Cabang PKR Pdg Rengas antara tetamu yang hadir

17 September 2011

SELANGOR JUARA KESELURUHAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2011

Kontinjen Negeri Selangor telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Malaysia 2011 dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di Dewan Aisyah, Kompleks PAKAT At- Toif, Kota Lama Kiri, Perak.

Tahniah kepada semua kontinjen..

KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN:
PIDATO:
1. Perak
2. Negeri Sembilan
3. Melaka

AZAN:
1.Kelantan
2. Terengganu
3. Perlis

KHUTBAH
1. Perak
2. Pulau Pinang
3. Perlis

BERCERITA (LELAKI)
1. Selangor
2. Kedah
3. Pahang

BERCERITA (PEREMPUAN)
1. Kedah
2. Johor
3. Pahang

SAJAK (LELAKI)
1. Kedah
2. Terengganu
3. Perak

SAJAK (PEREMPUAN)
1. Johor
2. Selangor
3. Terengganu

HAFAZAN (LELAKI)
1. Selangor
2. Pahang
3. Perak

HAFAZAN (PEREMPUAN)
1. Selangor
2. Perak
3. Perlis

NASYID
1. Selangor
2. Perak
3. Pahang



15 September 2011

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL ALAM RIA PASTI MALAYSIA


Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas mengucapkan Selamat Datang kepada semua Kontinjen Negeri- Negeri ke Alam Ria PASTI Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 16- 17 September 2011 di Kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar Perak.
Selepas diamanahkan sebagai tuan rumah Alam Ria PASTI Negeri Perak pada minggu yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan PASTI Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas untuk menjadi tuan rumah peringkat Malaysia.

Semua kontinjen dijadualkan akan melapor diri selepas solat jumaat dan akan di tempatkan di Homestay mengikut negeri- negeri yang telah ditetapkan.

Mudah- mudahan program akan berjalan dengan lancar dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak

13 September 2011

06 September 2011

MAT INDERA... Pejuang atau Pengganas?

Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Inndera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang ustaz yang hafiz al-quran, gemar bernasyid dan berqasidah. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim.

Mat Indera dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Beliau melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris.

Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai ‘Angkatan Pembunuh Inggeris’ oleh musuhnya.

Kerana berterusan diburu oleh ‘mata-mata’ Inggeris, Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan pada bulan Jun 1948. Mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.

Mat indera membina hubungan kumpulan penentang penjajah berbangsa Cina dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua komunis Melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasong (balai polis) Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya orang-orang Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk oleh Inggeris untuk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orangg lagi bernama Beladang dan Misban. Mereka bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke rumah pasong Seri Medan. Dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipamerkan. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Dalam penjara beliau didera dan akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping, Perak.

Dikatakan pada hari dia hendak digantung orang kampung keluar beramai-ramai. Mereka berhimpun. Cop komunis yang ada padanya tidak diendahkan oleh orang kampung kerana mereka semua orang tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya, seorang yang lemah lembut, baik orangnya dan sentiasa melindungi.

Di mata masyarakat pada masa itu, dia seorang pahlawan dan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris.


Bagi yang SEFIKRAH dengan Penjajah Inggeris... Mat Indera adalah Pengganas. So... anda nak berfikir mengikut acuan mana?