30 April 2012

27 April 2012

WARNA WARNI BERSIH 3.0





18 April 2012

13 April 2012

SUKANEKA PASTI DI PADANG AWAM RPA LIMAN, KATI

Pasti Kawasan Padang Rengas akan menganjurkan Sukaneka PASTI peringkat kawasan di Padang Awam RPA Liman, Kati. Program yang dijangkakan akan bermula pada jam 8.30 pagi akan dimulakan dengan perbarisan kontinjen- kontinjen unit pasti. Majlis akan di rasmikan oleh Naib YDP Pas Kawasan, Dr. Azalan b. Radzi.

Di samping dapat menyaksikan acara- acara untuk murid- murid pasti, pihak penganjur juga telah merancang beberapa acara menarik untuk acara guru pasti, pemuda, kanak- kanak dan acara jemputan bagi tadika- tadika yang berhampiran.

Acara tradisi seperti pertandingan MOTOSIKAL LAMBAT (untuk pemuda tempatan), BASIKAL LAMBAT (untuk kanak- kanak tempatan) dijangka akan menjadi perhatian pengunjung.

Semua pihak khususnya penduduk tempatan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Semoga Majlis dapat berjalan dengan lancar, Terima Kasih kepada pihak pengurusan Padang Awam Liman, Kati dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang telah memberikan kerjasama dan kebenaran kepada pihak PASTI kawasan untuk melaksanakan program berkenaan.

03 April 2012

Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah dalam kenangan

 Gambar kenangan Exco Dewan Pemuda Pas Perak bersama Al Marhum

 Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981.

Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London.

Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati  Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Mudah- mudahan rohnya dicucuri rahmat.... Al fatihah