30 May 2012

MEDIA UMNO/ BN PELAHAP SELEPAS KEBULURAN






Media UMNO/ BN seolah- olah manusia yang dalam kebuluran tiba- tiba dijamu dengan makanan. Maklumlah dah lama tak makan... bayangkanlah betapa pelahapnya bila dapat makanan. Tak kira apa yang datang di depan mata semua disebatnya.

Itulah yang dapat saya gambarkan tentang isu Twitter Dato' Seri Nizar berhubung dengan bidaan plat WWW1 oleh Sultan Johor.

Cara isu ini dimainkan oleh media pro UMNO/ BN seolah- olah DS Nizar telah melakukan dosa paling besar mengikut hukum Allah. Hanya kerana twitter beliau yang dilihat agak kritis sehingga membawa kepada siasatan polis.

Cara isu ini disiarkan sehingga sampai ke tahap menggambarkan bahawa DS Nizar menuduh Sultan Johor menyalah gunakan wang kerajaan adalah sesuatu yang sangat melampau dan sudah keluar dari etika kewartawanan.

Rakyat boleh melihat sendiri twitter yang hangat diperkatakan seperti di atas. Tidak ada SEKELUMIT pun ayat yang menuduh Sultan Johor menyalah gunakan wang rakyat.

Sekarang muncullah hero- hero yang kononnya hendak mempertahankan institusi raja sedangkan merekalah juga yang mengaibkan intitusi raja suatu ketika dahulu.

Walau apa pun, tahniah buat DS Nizar yang berani melontarkan idea- idea yang telah membuka minda masyarakat dan telah mengeluarkan rakyat khususnya orang Melayu dari kejumudan yang telah ditanam oleh penjajah dan disambung oleh UMNO/ BN sebagai pewarisnya.

Tahniah, DS Nizar yang berani tampil memohon maaf walaupun tidak ada sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Itulah sifat pemimpin Pakatan Rakyat yang berjiwa besar dan berani bertanggung jawab di atas setiap apa yang diucapkan.

Rakyat jangan lupa penghinaan UMNO Terengganu kepada Sultan Terengganu...

28 May 2012

HIMPUNAN HIJAU

SAMBUTAN LUAR JANGKAAN HI TEA BERSAMA YB TIAN CHUA DI SAUK


Sauk, 26 Mei: Di tengah- tengah kesibukan Pasar Malam Pekan Sauk pada hari itu, Restauran Baru Lau Kai menjadi tumpuan umum apabila masyarakat cina memenuhi ruang restauran tersebut untuk menikmati minum petang bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Pimpinan tempatan pakatan rakyat diwakili oleh Dr. Azalan Radzi (PAS) serta Dr. Meor (PKR).Tetamu khas pada petang itu iaitu YB Tian Chua (Naib Presiden PKR) telah menarik kehadiran kaum tionghua untuk mendengar ucapan serta kupasan isu- isu terkini politik negara. Sambutan di luar jangkaan masyarakat cina pada petang itu tidak pernah berlaku pada musim pilihan raya sebelum ini.

Sebelum ini kaum tionghua lebih selesa bersikap mendiamkan diri terhadap sokongan kepada parti pembangkang, namun suasana masa kini jauh berubah.

Mereka sendiri yang menguruskan program tersebut dari awal hingga akhirnya. Mereka mengeluarkan wang sendiri tanpa sponsor dari pihak penganjur tidak seperti mana program BN yang disediakan secara percuma.

Komitmen yang ditunjukkan ini jelas membuktikan betapa tingginya azam kaum tionghua untuk membuat perubahan politik pada PRU ke- 13 nanti.

Momentum kebangkitan rakyat di DUN Chenderoh diteruskan pada malam tersebut dengan ceramah umum di Dataran Pakatan Rakyat Pekan Sauk oleh YB Tian Chua sendiri sebagai penceramah utama.

PAS SUMBANG JERSEY BOLA SEPAK KEPADA TEAM BELIA


Kampung Seterus, 25 Mei: Dikala Pas ditohmah oleh UMNO/ BN dengan pelbagai cara oleh media pro BN, masyarakat ternyata semakin matang untuk menilai pemimpin yang benar- benar berjuang untuk kesejahteraan rakyat. UMNO terbukti salah menilai pemikiran politik masyarakat Malaysia kini yang tidak lagi akan menelan bulat- bulat apa sahaja propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana.

Sambutan masyarakat di DUN Chenderoh terhadap Pas semakin menyerlah apabila Pas tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti politik malah sudah menjadi pilihan utama kepada masyarakat untuk mengadu dan menyelesaikan masalah masyarakat.

Baru- baru ini bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Seterus, Sauk Pas telah berjaya menyempurnakan permintaan belia- belia tempatan yang memohon sumbangan "Jersey Bola Sepak" untuk pembangunan sukan di peringkat kampung.

Pada malam berkenaan Dr. Azalan Radzi (Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Rengas) telah menyampaikan jesey berkenaan kepada wakil- wakil pasukan untuk 3 buah kampung iaitu Kampung Sauk, Seterus dan Kati.

Dr. Azalan berharap dengan sedikit sumbangan yang mampu diberikan, diharapkan belia- belia  DUN Chenderoh dapat  menarik minat anak- anak muda yang lain untuk bergiat dalam bidang sukan khususnya bola sepak dengan lebih serius hingga mampu mencapai profesional.

Di akhir sesi majlis berkenaan anak- anak muda termasuk penduduk kampung mengambil peluang bergambar dengan Dr. Azalan yang turut dihadiri oleh jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas.

20 May 2012

BUKTI DAP ANTI ISLAM



Tahniah buat UMNO... akhirnya berjaya membuktikan DAP anti Islam.

Tanggal 19 Mei 2012 telah membuktikan bahawa Islam  tertindas di bawah pemerintahan DAP. Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah menjadi saksi bahawa penindasan DAP terhadap Islam terserlah apabila ribuan manusia telah berkumpul dan sujud di situ. Buat pertama kalinya azan berkumandang megah di ruang udara Padang Kota Lama, diiringi dengan solat berjamaah dan diikuti dengan majlis ilmu.

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di pentas ceramah.... menghangatkan lagi majlis pada malam itu diiringi dengan persembahan artis- artis yang sudah mula berjinak- jinak dengan dakwah Islam.

Suasana seumpama ini membimbangkan UMNO kerana berlawanan dengan fitrah kejadian UMNO itu sendiri.

Suasana ini berlawanan sama sekali dengan suasana pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini yang menjamu rakyat terutama golongan muda dengan program serta aktiviti yang menghayal serta merosakkkan  di tempat yang sama.

Suasana semalam dilihat berlawanan sama sekali dengan fitrah kejadian UMNO yang lebih suka rakyat khayal dengan candu hiburan yang melalaikan agar rakyat tidak ambil peduli atas kerosakan UMNO selama mereka mentadbir negara.

Lantas.... inilah buktinya DAP anti Islam menurut perspektif UMNO yang dicanang ke seluruh pelusuk kampung dan pedalaman di seluruh negara.

UMNO kata DAP anti Islam.....
Apabila ruang dakwah Islam terbuka seluas- luasnya di bumi Pulau Mutiara pada masa kini..

UMNO kata DAP anti Islam...
Apabila para Hafiz mendapat perhatian yang khusus daripada Ketua menteri Pulau Pinang

UMNO kata DAP anti Islam...
Apabila kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam jauh lebih besar berbanding semasa pemerintahan BN....

18 May 2012

MUNAJAT & CERAMAH PERDANA BERSAMA PRESIDEN PAS

SABTU
19. 5. 2012
8.30 MALAM
DATARAN PAS KAWASAN LENGGONG


16 May 2012

IKAN PEKASAM ....DURIAN RUNTUH SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN

Buat julung- julung kalinya sambutan hari Guru peringkat kebangsaan diadakan di Kuala Kangsar yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.
Desas- desus bahawa kehadiran Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran bahawa guru- guru bakal mendapat perkhabaran gembira... "DURIAN RUNTUH" yang bakal diumumkan oleh TPM amat ditungu- tunggu oleh warga pendidik.
Ribuan pendidik yang hadir ke Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar semalam ternanti- nanti kejutan yang bakal diberikan oleh TPM.
Menurut sumber rakan- rakan guru yang hadir, rata- ratanya mengeluh tentang kelewatan Muhyiddin sampai. Tambahan pula hujan turun sebelum majlis bermula menyebabkan pelajar-pelajar yang menyambut kehadiran TPM terpaksa berhujan di luar dewan.
Akhirnya yang di tunggu- tunggu menjadi realiti apabila tiada sebarang pengumuman "DURIAN RUNTUH" untuk guru- guru tetapi semua pendidik yang hadir dihadiahkan dengan sebungkus "IKAN PEKASAM".
Menurut cerita daripada rakan - rakan guru, salah seorang wakil rombongan dari JPN Kelantan bertanya... "IKE GAPO DIO NI"?.... Selamat Hari Guru

15 May 2012

CERAMAH DI SAUK


CERAMAH DI CHEGAR GALAH


CERAMAH DI DATARAN R & R SALAK, SG. SIPUT


14 May 2012

INI BARU AHLI POLITIK YANG GENTLEMAN

Kehadiran Dato' Seri Nizar dalam ceramah UMNO bertajuk "Nizar Pembohong Bersiri" di Tualang Sekah, Kampar benar- benar mengkagumkan saya. Seingat saya, belum pernah seorang ahli politik yang dengan selamba mendengar secara berdepan ceramah yang sedang memfitnah beliau secara terang- terangan.
Itulah sifat ahli politik yang berjiwa besar yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin. "Berani kerana benar... takut kerana salah".
Eh... ngape pulak si penceramah UMNO (Hanafiah Man) tukar topik bila Dato' Seri Nizar datang. Orang yang nak dihentam dah ada depan mata... sendiri faham le ek...
Apapun, Dato' Seri Nizar telah menyelamatkan Hanafiah Man daripada terus melakukan dosa mengumpat...

Tahniah Dato' Seri Nizar... BAKAL PEMIMPIN NEGARA MASA DEPAN..

13 May 2012

DURIAN RM 300 SEBIJI DI TAMAN MALEWAR

Tuan Haji Mohamad Sabu melancarkan Dana PRU ke- 13 Pas Perak
Durian dibida RM 200-300 sebiji untuk dana pilihan raya
Para artis menggamatkan suasana majlis
Hj Mohamad Sabu sedang lelong durian
Dr Azalan bersama orang kawasan Padang Rengas di perantauan

ARTIS MERIAHKAN MAJLIS MAKAN PAS PERAK

ZUA XPDC menyampaikan persembahannya

Meil Wing turut memeriahkan majlis
Pyan Habib juga turut serta

BN AKAN TUMBANG DI PERAK... DSR NIZAR


Ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam pelancaran dana pilihan raya Pas Perak semalam , YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin dengan penuh yakin menegaskan bahawa UMNO/ BN akan tumbang di Negeri Perak pada PRU ke- 13 sambil disambut dengan gema laungan takbir oleh para hadirin.

Beliau menegaskan bahawa perkara ini diakui sendiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah ketika pertemuan beliau bersama pimpinan utama Pakatan Rakyat Perak baru- baru ini.

Tengku Razaleigh juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat Perak perlu bersedia untuk menerajui kembali pemerintahan di negeri Perak. Untuk itu beliau menyeru kepada semua jentera membuat persiapan yang rapi untuk berhadapan dengan UMNO/ BN pada PRU ke- 13 akan datang

06 May 2012

CERAMAH DI SAUK