10 June 2012

NAJIB & KABINETNYA DERHAKA KEPADA SULTAN KELANTAN



Kerajaan pusat menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti petroleum dengan pelbagai alasan. Walau pun dari segi logiknya Kelantan lebih layak menerima royalti petroleum jika dibandingkan dengan Sarawak jika faktor jarak dijadikan sebagai alasan.

Sebelum ini tuntutan demi tuntutan telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan terhadap kerajaan Pusat namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Semua manusia yang waras pasti sudah mengetahui  sebab sebenar, kerana kerajaan Kelantan di tadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Pas. Itulah nasib yang diterima oleh kerajaan Terengganu ketika diterajui oleh Pas apabila royalti yang sekian lama dinikmati oleh kerajaan negeri tiba- tiba ditukar statusnya kepada wang ehsan.

Mutakhir ini, UMNO semakin ghairah memainkan isu derhaka kepada sultan. Gara- gara twitter dari Dato' Seri Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan, UMNO melalui medianya telah memfitnah serta memutar belitkan isu ini dengan menggambarkan bahawa DS Nizar derhaka kepada sultan Johor.

Berhubung dengan isu tuntutan royalti petroleum kerajaan Kelantan telah sampai kepada kemuncaknya apabila Kebawah Duli Tuanku, Sultan Kelantan telah menandatangani secara rasmi sokongan baginda agar gas di daratkan terus ke Kelantan sekaligus melayakkan Kelantan mendapat royalti petroleum.

Jika dilihat cara UMNO memainkan isu derhaka ini, jelas Najib serta kabinetnya lebih DERHAKA  kepada Sultan Kelantan kerana engkar terhadap titah Sultan serta menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti petroleum.

Mana suara PERKASA dalam isu ini ???
Mana suara pemuda UMNO dalam isu ini ???
Mana kelantangan suara HASSAN ALI dala isu ini ???


Jika benar UMNO, PERKASA, JATI dan puak- puak yang sewaktu dengannya taat setia kepada Sultan, jangan hanya bersandiwara berdemo mempertahankan sultan tetapi menjadi menjadi bisu... pekak... dan tuli... apabila melibatkan pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang jelas menafikan hak Sultan yang memayungi rakyat jelatanya.

Jika benar mereka menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu mereka sepatutnya menuntut Najib menyerahkan hak royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan. Setidak- tidaknya kumpulan senaman punggung sepatutnya meneruskan senamannya di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya...

SIRI CERAMAH PENERANGAN DI DUN CHENDEROH




04 June 2012

MELAYU DITINDAS LAGI DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT



Penindasan demi penindasan terus dilakukan oleh negeri- negeri pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya kepada kaum Melayu. Maka benarlah apa yang dilaung- laungkan oleh UMNO bahawa hak Melayu akan semakin terpinggir sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Seperti biasa UMNO akan menuding jari kepada DAP yang dituduhnya mempunyai kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan.

Setelah fasa pertama (118 orang) diselesaikan, baru- baru ini Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menyelesaikan pemberian geran tanah fasa ke- 2 yang melibatkan seramai 79 orang pemohon. Manakala fasa ke- 3 dijangka akan dilakukan pada bulan september akan datang.

Kaedah ini dianggap sebagai meminggirkan hak Melayu kerana selama 40 tahun pemerintahan UMNO/ BN mereka sengaja menyimpan geran tersebut dari pemohon kerana ingin dijadikan umpan sewaktu menjelangnya pilihan raya. Dengan cara memperbodoh dan mengugut rakyat itulah yang dianggap sebagai pejuang kepada hak Melayu.

Itulah bezanya cara Pakatana Rakyat menjaga hak semua kaum dengan cara UMNO/ BN kononnya menjaga hak Melayu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10742--geran-tanah-masa-bn-rm24000-masa-pakatan-rm1000

03 June 2012

CERAMAH 9. 6. 2012 DI CHUAR


02 June 2012

WAJIB UNDI PARTI ISLAM: UAI


Apabila diajukan soalan parti manakah yang hendak diundi pada pilihanraya, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dengan tegas menyatakan "wajib mengundi parti Islam kerana parti lain tidak mahu melaksanakan undang- undang Islam".

Selain daripada itu beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan sekarang yang lebih rela melihat masyarakat menjadi rosak apabila kuliah agama dibatalkan manakala hiburan K-Pop dibenarkan. Merujuk kepada pembatalan kuliah beliau di putrajaya semata- mata kerana kuliah K-Pop (Himpunan Sejuta Belia) dijalankan tidak jauh daripada tempat kuliah asal yang sepatutnya beliau sampaikan.

Penampilan beliau berkaca mata hitam di pentas ceramah disambut dengan laungan takbir dalam program Expresi Anak Muda sempena Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman. Walaupun hujan serta ribut membasahi bumi Alor Setar sekitar jam 3 petang namun semangat pejuang pas menyahut seruan parti untuk berhimpun amat mengkagumkan.

Ada yang datang bersama rombongan bas, bersama keluarga serta berkonvoi untuk melahirkan keazaman untuk menumbangkan UMNO/ BN pada PRU ke 13 akan datang.

Sama ada angka 100 ribu mencapai matlamat atau tidak, namun jumlah kehadiran penyokong dan pendokong Pas yang datang dengan mengeluarkan duit poket sendiri sudah cukup untuk menggambarkan perbezaan himpunan sejuta belia anjuran BN yang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk mengangkut belia untuk menghadiri program mereka.

Pengisian program yang mendidik rakyat untuk bertakwa kepada Allah dengan dimulakan kuliah asar, diikuti solat maghrib, solat hajat berjamaah di stadium dan diakhiri dengan amanat pemimpin sudah cukup untuk menolak dakyah bahawa Pas sudah menyeleweng dari landasan sebenar, hanyalah fitnah dari golongan yang munafik.

Dengan kejayaan himpunan terbesar Pas pada kali ini sudah pastinya akan memberikan momentum yang kuat untuk petugas- petugas parti untuk membawa perubahan lanskap politik Malaysia bersama- sama rakan- rakan Pakatan Rakyat