27 April 2013
05 March 2013
ISU LAHAT DATU: KENYATAAN RASMI PAKATAN RAKYAT
Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab
mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota
pasukan keselamatan.Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.
Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.
Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.
Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.
Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.
Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.
Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS
LIM KIT SIANG
Penasihat DAP
MEDIA PRO BN BERDEPAN SAMAN TIAN CHUA
KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua memberi amaran
kepada Cybertroopers Umno supaya menghentikan laporan fitnah ke atas
beliau berhubung insiden Lahad Datu atau berdepan saman.Katanya, ia ekoran tragedi itu dimanipulasi pihak terbabit yang sengaja dibuat untuk mengancamnya, bagi menjana kebencian terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beliau.
“Saya akan mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang terhadap mereka yang reka fitnah dan berniat untuk mengancam saya.
“Blog pro BN seperti Mymassa, Talk With Hand, Aloqlaloq dan Papagomo sengaja melemparkan fitnah terhadap saya.
“Selain berita palsu, mereka juga mendesak pembaca terutamanya anggota polis dan askar untuk menghantar SMS maki-hamum serta panggilan bantahan kepada saya,” katanya pada kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Tian berkata, laporan blog pro Umno itu jelas palsu kerana menyiarkan berita menuduh beliau kononnya menghina anggota keselamatan yang terbunuh dalam tragedi pencerobohan di Lahad Datu.
“Semalam beberapa blog pro BN menyiarkan berita palsu bahawa saya telah menghina pembunuhan anggota keselamatan kita dengan istilah ‘Komando Mati Katak’ di satu ceramah di Puchong.
“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.
“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian.
“Jangan percaya kepada propaganda jahat ini. Kini rakyat harus bersatu dan menyatakan setiakawan kepada anggota keselamatan, bukan memainkan taktik politik murahan untuk memburukkan parti lawan,” katanya.
02 March 2013
MIMPI NGERI BN: GURU MUDA BERI ISYARAT TOLAK BN
Menurut sumber, program yang dijalankan menggunakan penganjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar (PPD) telah mengarahkan setiap sekolah di daerah Kuala Kangsar menghantar seramai 15 orang guru muda di bawah umur 40 tahun untuk menghadiri program berkenaan.
Program telah menampilkan pemimpin- pemimpin politik BN yang terdiri daripada Dato' Nazri Aziz (MP Padang Rengas), Dato' Siti Salmah (ADUN Chenderoh), Dato' Wan Khairil (ADUN Chandan) dan wakil Dato' Seri Rafidah Aziz (MP Kuala Kangsar) sebahagai tetamu jemputan.
Guru- guru yang dipaksa untuk hadir mula menghidu ada agenda politik dalam program tersebut apabila melihat sekumpulan individu yang berpakaian berlambangkan Barisan nasional (BN) di pintu masuk dewan berkenaan.
Ada yang datang hanya untuk menandatangani kehadiran kemudian beredar balik. Apabila pegawai- pegawai PPD mendapati ramai yang berbuat demikian, kehadiran tidak lagi diambil sewaktu hadir tapi hanya akan akan diambil di akhir program. Namu begitu ramai dalam kalangan guru yang hadir tidak mengendahkan arahan berkenaan, ada yang terus balik dan ada yang tidak masuk dewan tapi berbual- bual di luar dewan dan kantin.
Majlis dimulakan dengan ucapan pegawai PPD yang terpaksa memohon jasa baik guru- guru untuk memenuhkan ruang tempat duduk hadapan. Namun permintaan berkenaan tidak begitu dihiraukan kerana mereka hanya berganjak ke kerusi di bahagian pertengahan sahaja.
Protes guru- guru begitu terserlah apabila Dato' Nazri Aziz memulakan ucapan. Beliau memulakan ucapan dengan isu sejarah 1 Malaysia yang dikaitkan dengan isu kuil salah sebuah tempat di Malaysia. Guru- guru India bingkas bangun seorang demi seorang. Sepanjang ucapan Dato' Nazri tempat duduk dalam dewan semakin lengang, yang tinggal hanyalah sebahagian kecil guru- guru muda dan juga guru- guru besar.
Dewan yang begitu luas dengan tempat duduk yang begitu banyak menyerlahkan lagi kecacatan majlis.
Di bahagian luar dewan pegawai- pegawai PPD yang lain diarahkan untuk menahan guru- guru yang balik dan mencatat nombor plat kenderaan yang keluar.
Rata- rata guru yang diarahkan untuk hadir melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak PPD yang sanggup diperkudakan untuk kepentingan politik BN.
Guru- guru juga sebahagian besarnya nekad dan bersedia menaggung risiko untuk dikenakan tindakan semata- mata tidak mahu diperbodohkan oleh BN.
21 February 2013
PRESIDEN PAS LANCAR TRAK NEGARA BERKEBAJIKAN PAS

(Presiden dan timbalannya mengucapkan tanda bagus kepada trak Negara Berkebajikan PAS)
KUALA LUMPUR: PAS hari ini melancarkan trak 'Negara Berkebajikan' yang bakal menjelajah seluruh negara bagi menyampaikan mesej PAS untuk semua.
Ia
dilancarkan oleh Presieden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis ringkas di perkarangan
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.Sebaik dilancarkan, trak ini bergerak untuk menjelajah utara semenanjung dengan sasaran malam ini akan berhenti di Pendang, Kedah.
Di sana, Haji Mohamad Sabu akan mula menggunakannya dalam satu majlis ceramah.
Trak berharga lebih RM100,000 ini mempunyai pentas pasang siap bersama sistem audio untuk keperluan sebarang program ceramah PAS.
Pada
badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin
utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng
dalam suasana penuh ceria.Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.
Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.
Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.
"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.
Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.
"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.
Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.
Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.
Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya."

14 February 2013
CUBAAN KHIANAT, CERAMAH DATO' SERI ANWAR DI PADANG RENGAS
Program Jelajah Merdeka Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) terus membingungkan "Syaitan Yang Dikenali". Ribuan Rakyat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik pasti tidak akan melepaskan peluang bersama dengan pemimpin rakyat ini.
Setelah Program Jelajah Merdeka Rakyat cuba disabotaj dengan KUGIRAN di Kuala Kangsar baru- baru ini, program ceramah DSAI di parlimen Padang Rengas yang berlangsung pada 13.2.2013 di Padang Rengas yang lalu tidak terlepas daripada disabotaj oleh pihak "Syaitan Yang Dikenali".
Disebabkan kawasan ceramah diadakan di kawasan lapang dan luas strategi pihak lawan untuk mensabotaj dengan menggunakan modus operandi KUGIRAN atau Ceramah di kawasan berhampiran nampaknya tidak begitu sesuai.
Bingung dengan suasana berkenaan pihak "Syaitan Yang Dikenali" dipercayai telah mengupah seseorang untuk menabur paku payung di selekoh "pusingan U" Kg. Gapis, Padang Rengas.
Tindakan pantas anggota Unit Amal Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas mengesan perbuatan khianat berkenaan, serta- merta membersihkan jalan berkenaan dan telah berjaya menyelamatkan kenderaan terutamanya motosikal daripada menjadi mangsa perbuatan khianat pihak berkenaan.
Setelah Program Jelajah Merdeka Rakyat cuba disabotaj dengan KUGIRAN di Kuala Kangsar baru- baru ini, program ceramah DSAI di parlimen Padang Rengas yang berlangsung pada 13.2.2013 di Padang Rengas yang lalu tidak terlepas daripada disabotaj oleh pihak "Syaitan Yang Dikenali".
Disebabkan kawasan ceramah diadakan di kawasan lapang dan luas strategi pihak lawan untuk mensabotaj dengan menggunakan modus operandi KUGIRAN atau Ceramah di kawasan berhampiran nampaknya tidak begitu sesuai.
Bingung dengan suasana berkenaan pihak "Syaitan Yang Dikenali" dipercayai telah mengupah seseorang untuk menabur paku payung di selekoh "pusingan U" Kg. Gapis, Padang Rengas.
Tindakan pantas anggota Unit Amal Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas mengesan perbuatan khianat berkenaan, serta- merta membersihkan jalan berkenaan dan telah berjaya menyelamatkan kenderaan terutamanya motosikal daripada menjadi mangsa perbuatan khianat pihak berkenaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)


