18 December 2011

TAHNIAH ! TEAM FUTSAL KOTA LAMA KIRI, KWSN PDG. RENGAS

 Team Futsal Kota Lama Kiri bergambar bersama 
YDP Pas Kawasan Padang Rengas, Ketua Pemuda Pas Kawasan, Ketua Pemuda Pas Cawangan Kota lama Kiri

Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan tahniah kepada Team Futsal pemuda Kota Lama Kiri, Kawasan Padang Rengas yang telah menduduki tempat ke-3 Kejohanan Futsal Dewan Pemuda Pas Perak yang telah berlangsung di Gelanggang Futsal Extreme Park, Tambun semalam.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas telah menghantar sebanyak 5 pasukan yang terdiri daripada team DPPK, Kati, Gapis dan Paya Ranggam. Team Paya Ranggam dan Kati tewas pada peringkat kumpulan (pusingan pertama) manakala team DPPK serta Gapis berjaya layak hingga ke pusingan ke-2.
Turut turun memberi sokongan ialah YDP Pas Kawasan Padang Rengas merangkap Ketua Pas Cawangan Kota Lama Kiri (Ustaz Jamaluddin b. Ahmad).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Asmuni (YDP Pas Kawasan Tambun) pada sebelah pagi. Program dimeriahkan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah.
Sekalung tahniah buat pihak penganjur serta tahniah juga kepada semua pasukan yang telah bertanding dengan semangat ukhuwah dan kesukanan.
"PEMUDA PAS MEMIMPIN GERAKAN ANAK MUDA"
Berikut dipaparkan aksi- aksi menarik sepanjang kejohanan berlangsung.
 Team DPPK Pdg Rengas sedang beraksi (Jersey Biru)
 Aksi Team I.B.U Kati (berjersey kuning)
 Aksi Team Glaticos, Gapis (berjersey merah)
 
 YDP Pdg Rengas sampaikan hadiah cabutan bertuah kpn Wan, Kg Jamuan
 Hafizi DPPK Pdg Rengas pun menang cabutan bertuah
 Pemain Team Kota Lama Kiri juga terpilih pemenang cabutan bertuah
 Kehadiran YDP Pdg Rengas menyuntik semangat anak muda Kota Lama Kiri
 Penjaga Gol Team Kota Lama Kiri juga terpilih pemenang cabutan bertuah








Pemain- pemain Kota Lama Kiri menerima hadiah yang di sampaikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Perak

Penduduk Kg. Jarau meletakkan harapan yang tinggi untuk perubahan


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Giliran penduduk di Kg. Jarau pula menjadi lokasi pilihan ekspedisi dakwah "Pas Turun Padang". Bermula dari jam 3.30 petang rombongan kami yang di ketuai oleh Dr Azalan dibawa menaiki motosikal oleh jawatankuasa cawangan Jarau untuk menemui penduduk di sana.
Dengan sedikit buat tangan sebagai tanda ingatan, di samping suasana musim buah terutamanya durian dan rambutan perjalanan kami berlangsung dengan suasana "Mahabbah". Ternyata kehadiran pimpinan Pas sentiasa di tunggu- tunggu oleh masyarakat setempat yang inginkan perubahan serta masa depanyang lebih baik pada masa akan datang.

17 December 2011

SEPETANG BERSAMA MASYARAKAT TIONGHUA



















Program Turun Padang bertemu Rakyat diteruskan di Kampung Baru Cina Liman dan Sauk sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Dengan mengedarkan kalendar Tahun Baru Cina sebagai tanda inagatan dari Pakatan Rakyat Parlimen Padang Rengas.
Dr Azalan (Naib YDP Pas Kawasan Padang Rengas) bersama Dr. Meor (Ketua AMK Perak/ Pdg Rengas) diringi jentera Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas, AMK Cabang Padang Rengas serta MTD Chenderoh terus komited untuk mendekati rakyat tanpa mengira fahaman politik, kaum mahu pun agama.