19 December 2013

PELAJAR SMK SIMPANG BELURU LEMAS



Karai. 19 Dec 2013. Seorang pelajar SMK Simpang Beluru telah tergelincir di tebing Sungai Perak berhampiran Jambatan Keretapi Karai. ketika sedang memencing bersama- sama dengan 3 orang lagi rakannya. Mangsa Muhammad Ismail b. Mazalan, 13 tahun gagal diselamatkan oleh rakan- rakanya.

Operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan mulai jam 3.30 ptg tadi. Jabatan Amal Perak juga turut serta bersama- sama agensi- agensi kerajaan yang lain dalam operasi mencari dan menyelamat ini. Dr. Raja Iskandar Al- Hiss (Ketua Pemuda Pas Perak) turut berada dilokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung pada jam 8.00 pagi nanti. Mudah- mudahan operasi ini mendapat pertolongan dan dipermudahkan oleh Allah.

01 December 2013

TAHNIAH...PESURUHJAYA PAS PERAK YANG BARU


Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Razman b. Zakaria yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baru untuk sesi 2013- 2015.

Beliau juga sekarang diamanahkan sebagai Yang Di- Pertua Pas Kawasan Lenggong telah dilantik sebagai Timbalan III Pesuruhjaya Negeri Perak pada sesi yang lalu. Pada PRU ke- 13 yang lalu beliau diamanahkan sebagai calon Pas di Parlimen Lenggong.

Semoga dengan perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Perak akan memberikan suntikan semangat baru kepada Pas khususnya dalam persediaan menghadapi PRU ke- 14 akan datang.

DATO' FAUZI SHAARI... KEMBALI KE RAHMATULLAH


Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Mohd Fauzi Shaari telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang, Selangor.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No. 7, Jln. 10/15 Seksyen 10, Shah Alam dijangka akan dikebumikan esok hari.

Allahyarham telah menggemparkan politik tanahair apabila mengisytiharkan menyertai PAS setelah bersara dari PDRM. Dalam tempoh yang singkat perjuangannya dalam PAS, Allahyarham telah diberi kepercayaan menggalas amanah sebagai calon PAS di Parlimen Larut, Perak dalam PRU ke- 13 yang lalu.

Dalam tempoh itu juga beliau sempat berceramah di Kawasan Padang Rengas sebelum PRU ke- 13 yang lalu di Kg. Lubuk Merbau dan Kg. Kota Lama Kiri.

Semoga Allah merahmati roh Allahyarham dan ditempatkan bersama- sama orang yang soleh.

Al-Fatihah...

26 September 2013

17 September 2013

MOH KE KOTA LAMA KIRI, KUALA KANGSAR


DOAKAN KEADILAN UNTUK MEREKA (OKZ)


Isha Riduan Ishak, 59,
No 163 Taman Fasa 2A, Seri Manjung, Perak.


Suhana Abdullah, 49,
44, Kg Labu Kubong, Lubok Merbau, Kuala Kangsar, Perak.


Bad Latif Mansor, 47,
No 17, Taman Mulia, 2/3 Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.


Khairul Azmi Hassan Basri,48,
14 Psn Wira Jaya Barat 76, Rapat Setia, Ipoh, Perak.


Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38,
G-5-4 Qtrs Institusi Pendidikan, Kg Tawas, Tasik Damai, Ipoh, Perak


Mohd Faiz Mohd Arshad, 26,
NO23B, Kg Baru, Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak


Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47,
No 78, Taman Merchu Indah, Kuala Kangsar, Perak



Mohd Hasri Ismail, 48,
No 209, Fasa 1A, 32040 Seri Manjung, Perak


Adi Hilmee Mohd Nasir, 44,
No 3, Jalan Perpaduan, Taman Perpaduan, Ulu Kinta, Perak.


Yusoff Jaafar, 48,
D/A Surau Muhamadiah, Kuala Kangsar.


Idris Mohd Thaib,48,
Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak.


Mohamad Nazeer Hameed, 48,
79 Taman Pantai Wang, Jalan Sg. Batu, Pantai Remis, Perak.

Zulhaizam Zulkifli, 29,
No508, Batu 2/5 Jalan Simpang, Taiping, Perak

Dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM 5000 setiap seorang kerana membantah rampasan kuasa di Perak. Mahkamah Rayuan akan bersidang pada 19 September 2013. Doakan keadilan untuk saudara- saudara kita...