30 March 2012

AL MARHUM RAJA ASHMAN SELAMAT DIKEBUMIKAN





Majlis penuh istiadat diraja disempurnakan pada lewat petang. Kawasan sekitar Bukit Chandan, Kuala Kangsar berubah wajah apabila dikunjungi ribuan pimpinan dan rakyat jelata untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.
Takziah dari Dewan pemuda Pas Kawasan Padang Rengas

23 March 2012

KEBANGGAAN PENGUNDI BN DI PADANG RENGAS

 Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV. Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

12 March 2012

PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA MTD CHENDEROH

Pelancaran jentera pilihanraya MTD Chenderoh telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin sempena ceramah umum yang berlangsung di Dataran Pakatan Rakyat, Pekan Sauk baru- baru ini. Acara simbolik pelancaran jentera tersebut dijalankan dengan penyampaian bendera kepada 17 orang ketua UPU oleh YB Dato' Seri termasuk kepada 2 orang wakil PKR dan DAP.









Sebelum itu para hadirin berpeluang mendengar kupasan isu- isu semasa oleh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu YB Hj Zainuddin (ADUN Lubuk Merbau), Ust. Zulkifli (Ketua Penerangan PKR Perak) dan YB Dato' Ngeh (Pengerusi DAP Perak).

Kemuncak ceramah disampaikan oleh YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang mengajak rakyat mengembalikan maruah rakyat yang telah dirampas oleh UMNO/ BN di negeri Perak dengan mengundi calon- calon Pakatan Rakyat.

GELI- GELEMAN DIBUATNYE... NAJIB PENGIRING ROSMAH

Fesyen Rosmah di Parlimen..

Ulama Muda UMNO tengok saja....
Jamil Khir pun tak kata apa...
Mashitah pulak nak keluar hukum apa...
Harussani .... tunggu la Najib bagi penjelasan...

Belakang Rosmah tu... Najib ka?
Ingatkan hulubalang Istana ....

"ITU LA NASIB 1 MALAYSIA"

09 March 2012

DATO' SITI SALMAH vs CIKGU ZAINON di DUN CHENDEROH




Kedudukan Dato' Siti Salmah (ADUN Chenderoh) kini dilihat semakin tergugat berikutan wujudnya gerakan team UMNO yang tidak mahukan beliau bertanding di DUN Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang. Maklumat yang diterima daripada penyokong - penyokong UMNO yang mahukan tempat tersebut diambil alih oleh kepimpinan UMNO yang lain.

Keluhan penyokong- penyokong UMNO rata- rata tidak berpuas hati dengan sikap Dato' Siti yang dilihat hanya menunjukkan muka apabila ada majlis- majlis rasmi terutama yang melibatkan Ahli Parlimen serta musim hampir tibanya pilihanraya sahaja.

Kekayaan Dato' Siti dan ahli keluarganya bukan lagi rahsia di kalangan penyokong- penyokong UMNO tempatan. Projek- projek terutamanya yang melibatkan kerajaan negeri banyak dibolot oleh syarikat- syarikat keluarganya dan kroni- kroninya. Malah isu pemberian tanah kerajaan di Kampung Chegar Galah suatu ketika dulu menjadi panas disebabkan sebahagian besar individu yang memperolehi tanah berkenaan terdiri daripada orang luar termasuk dari kalangan ahli keluarganya. Menyedari protes yang dihadapi dari penduduk tempatan senarai penerima tersebut telah dirombak semula dan dibuat pengubahsuaian.

Oleh yang demikian, kini wujud kumpulan yang menjalankan kempen yang terancang bagi memastikan calon lain menggantikan Dato' Siti pada PRU ke- 13. Antara nama popular yang sedang giat menjalankan kempen ialah Cikgu Zainon (Setiausaha Sulit, Ahli Parlimen Padang Rengas)

Kedudukan beliau di peringkat Parlimen memberikan kelebihan kepadanya untuk mempromosikan diri. Rata- rata penyokong UMNO mahukan beliau untuk bertanding kerana beliau merupakan anak tempatan yang tinggal di Kampung Beluru. Apatah lagi, beliau seringkali akan mewakili Dato' Nazri Aziz dalam majlis- majlis rasmi apabila Dato' Nazri tidak dapat hadir.

UPU Beluru merupakan antara UPU yang paling ramai jumlah pengundi di DUN Chenderoh. Cabaran Cikgu Zainon dikatakan terpaksa berusaha mendapatkan sokongan pengundi wanita yang dilihat lebih cenderong untuk menyokong Dato' Siti Salmah.

Persaingan kedua- dua kem ini semakin sengit di mana pelobi- pelobi mereka sedang bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sokongan penyokong UMNO.

Terkini... Dato' Siti tidak berpuas hati dengan program yang dilakukan oleh Cikgu Zainon di Kg. Beluru yang tidak menjemput beliau selaku ADUN dilihat cuba membelakangkan beliau.

Seorang penyokong tegar UMNO dari Chegar Galah yang tidak mahu namanya disiarkan secara peribadi memilih Cikgu Zainon sebagai calon BN yang terbaik untuk bertanding di Dun Chenderoh pada PRU ke- 13 akan datang.

05 March 2012

UMNO GIGIT JARI...ISU PAS KEDAH SELESAI

Kemelut kerajaan Kedah sampai ke kemuncaknya apabila kepentingan jamaah mengatasi segala- galanya. Keputusan "win win" yang dibuat oleh Pas Pusat jelas menggambar kematangan pimpinan Pas dalam menyelesaikan kemelut yang melanda.

Ustaz Azizan dikekalkan sebagai Menteri Besar Kedah manakala Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh akur dengan keputusan Pas Pusat agar menerima semula jawatan exco yang pernah disandang mereka sebelum ini.

"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula Exco," kata Phahrolrazi

"Kami tidak ada niat lain melainkan untuk kepentingan jamaah. Kami bukan nak jadi Hasan Ali. Tok Guru Haji Hadi  tok guru kami, ustaz kami. Kami hormati mereka," kata Dr Ismail

UMNO sememangnya mengharapkan perpecahan akan berlaku dalam pentadbiran negeri Kedah berdasarkan komen- komen dari media pengampu UMNO.

Nampaknya... UMNO gigit jari kaki..

04 March 2012

PAS TEMBUSI KUBU KUAT UMNO DI KG. CHEGAR GALAH

Ucapan Aluan daripada Ustaz Iskandar (Ketua Cawangan Pas)
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amrah (Bendahari Dewan Pemuda Pas Kawasan Pdg. Rengas)
Dr. Azalan bersama penduduk tempatan yang hadir
Dr Azalan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan




 Persembahan nasyid

Tahniah kepada penubuhan cawangan Pas yang baru di Kg. Chegar Galah. Kawasan yang menjadi antara kubu kuat UMNO kini berjaya ditembusi. Di samping berjaya menubuhkan jawatankuasa penaja Pas Cawangan Chegar Galah, ianya diserikan lagi dengan program Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Majlis dimulakan dengan mesyuarat jawatankuasa penaja cawangan. Diikuti dengan dengan tazkirah dan solah Asar berjamaah di masjid Kg. Chegar Galah. Seterusnya ceramah Maulidur Rasul diadakan di Dewan Orang Ramai, Kg. Chegar Galah yang disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Amrah (Bendahari Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas)

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan kepada penduduk tempatan yang disampaikan oleh Dr. Azalan Radzi (Naib YDP Pas Kawasan Padang Rengas).

Majlis di akhiri dengan jamuan minum petang sambil diserikan dengan alunan nasyid oleh anak- anak tempatan di Kg. Chegar Galah.

Kini penduduk tempatan mula sedar tembelang sebenar pimpinan UMNO apabila penyalahgunaan kuasa dan kerakusan pimpinan UMNO membina kekayaan sendiri mula terserlah.

Bermula dengan isu pemberian tanah yang pernah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, penyelewengan hasil di tanah wakaf oleh pimpinan UMNO dan bermacam- macam lagi penyelewengan yang telah membuka mata penduduk tempatan.

Tahniah penduduk Chegar Galah yang tidak lagi sanggup diperbodohkan oleh UMNO/ BN.

CERAMAH 7.3.2012