31 August 2009

1 Malaysia Terima Hadiah


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 pada kali amat bermakna, kerana buat sekian kalinya ia jatuh dalam bulan Ramadhan al- Mubarak yang begitu signifikan dengan kemenangan umat Islam khususnya dalam peperangan Badar al- Kubro.
Sambutan pada tahun ini juga merupakan buat kali pertamanya bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan slogannya 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Apabila berlaku sesuatu peristiwa besar dalam negara, Najib Tun Razak tidak pernah lupa untuk mengembirakan hati rakyat dengan pelbagai hadiah- hadiah yang istimewa kepada rakyat. Misalnya selepas 100 hari pentadbiran beliau pelbagai hadiah diumumkan kepada rakyat untuk memenuhi slogan 1 Malaysianya.
Pada hari ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-52, rakyat diberikan bonus lagi, untuk menambahkan BEBAN yang sedia ada untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman harga baru petrol yang akan berkuatkuasa 1 September 2009.
Alasan Pak Menteri seperti skrip lama:"Kenaikan harga di pasaran dunia".
Masa harga pasaran minyak dunia turun tak pulak diturunkan segera harga minyak di Malaysia. Alasan yang memperbodoh- bodohkan rakyat ini masih terus digunakan kerana mereka tahu rakyat yang BODOH ini akan terus memberi undi kepada BN dalam pilihanraya akan datang.
Maka saya menyeru kepada mereka yang masih berada dalam golongan BODOH tersebut agar merdekakan minda daripada proses pemBODOHan yang dilakukan oleh UMNO-BN.

27 August 2009

Isu sebat: Respon daripada Presiden Pas

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40- 80 rotan jumlahnya.


Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya ? adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi.
26 Ogos 2009

Isu sebat, jawapan untuk Tun Mahathir

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.

Semoga beroleh manfaat, sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

5 Ramadhan 1430 H

26 Ogos 2009




Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia


Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura awal hari ini.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik. Pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura hari ini.

Menurut laporan, pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,
Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Kajang.
Al- Fatihah..

24 August 2009

Amanat Tok Guru kepada pengundi Permatang Pasir

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarokatuhTuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.
Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan.

Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah.

Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan.
Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009

17 Bukti UMNO Pengkhianat Melayu

17 senarai itu yang dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar sewaktu Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan pada 16 Ogos lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

"Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr. Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Katanya, sewaktu zaman pentadbiran Dr. Mahathir lagi, imuniti raja-raja Melayu telah dihapuskannya, padahal institusi Raja Melayu merupakan simbol ketuanan orang Melayu,nyatalah Umno sendiri telah merosakkannya.

Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua terbesar yang dibuat Mahathir ketika itu ialah dengan merosakkan sistem kehakiman negara."Campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara, dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas," jelas Ahli Parlimen Tumpat itu.

Kemudian, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS. Walhal katanya, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.

Dasar pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu juga dilakukan oleh Dr. Mahathir. Pengkhianatan yang dibuat ini, secara langsung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar di dalam Majlis Hi-Tea tersebut:

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan- usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Kamaruddin turut menegaskan bahawa sentimen “pengkhianat Melayu” ini hanya dimainkan demi untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu besar yang melanda rakyat pada hari ini.

23 August 2009

Koleksi ADUN KATAK











BN berjaya menambah koleksi speasis ADUN Katak yang berasal daripada manusia hasil formula Najib.


Bermula daripada ADUN Behrang, Changkat Jering, Jelapang dan yang terkini ADUN Lunas yang mengesahkan pendaftaran keahliannya sebagai ADUN Katak.

Jika diteliti latar belakang skrip politik mereka, semuanya disebabkan masalah peribadi dan kewangan serata serangan hendap yang dilakukan oleh SPRM. Dalam perjalanan untuk terjun ke Lubuk Katak tersebut, mereka dikehendaki mengamalkan mentera yang telah diilhamkan oleh Najib dengan mengghaibkan diri buat seketika.

Kehebatan mentera ini sangat menakjubkan hinggakan keluarga sendiri pun tidak dapat menghubungi mereka. Diberitakan mereka akan pergi ke alam lain yang tidak dapat dijejaki oleh manusia yang normal.

Selepas muncul semula ke alam nyata, sidang media tergempar pun diadakan untuk mengisytiharkan diri keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong kepimpinan perdana menteri.

Mengikut syarat keahlian ADUN Katak, selepas keluar dari Pakatan Rakyat mereka dikehendaki menjadi ADUN BEBAS untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut kepada ADUN- ADUN BN. Sampai bila belum ditentukan lagi dalam perlembagaan ADUN Katak.

Ternyata BN tidak lagi mampu menghadapi Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya dan terpaksa menggunakan pendekatan tidak bermaruah untuk mengekalkan hayat politik mereka. YB- YB PKR dan DAP terus menjadi sasaran BN setelah tidak mampu menembusi iman YB- YB PAS.

So, pimpinan- pimpinan tertinggi PKR dan DAP tengok- tengokkan le YB- YB mengkome tu agar tidak menghakis kepercayaan rakyat. Kepada YB- YB PAS, istiqomahlah dalam perjuangan kerana dugaan- dugaan dunia sedang mendekati kalian.

18 August 2009

Calon BN- "PECAH AMANAH"

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara musuh tradisi PAS (Pakatan Rakyat) vs UMNO (Barisan Nasional). PAS mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Mohd Salleh Man manakala Rohaizat Othman mewakili BN.

Seperti biasa isu- isu lama akan disensasikan oleh media tunggangan BN untuk menghentam pimpinan- pimpinan Pakatan Rakyat. Isu- isu seperti undi pas masuk syurga, ketuanan melayu, boneka cina dan sebagainya kembali menjadi zikir pemimpin- pemimpin BN bersama media tunggangan mereka.

Kewibawaan peribadi calon PAS yang bersih menyebabkan peluru tembakan BN terpaksa dihalakan kepada keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Calon BN kini menjadi beban kepada Timbalan Perdana Menteri kerana terpaksa menambahkan agenda kempen untuk mempertahankan kredibiliti calon mereka.

Kenyataan yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kasavan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang pecah amanah sebanyak RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu.

Ragunathan juga menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa bahawa tindakan terhadap Rohaizat oleh Majlis Peguam hanya melibatkan firma guamannya dan rakan kongsi sebaliknya merupakan tindakan terhadap peribadi Rohaizat sendiri.

Wajarkah calon BN ini diberi undi?

Memberikan undi kepada BN dalam pilihanraya kecil ini samalah seperti menyerahkan wang rakyat kepada perompak dan penyamun. Ini bukan lagi persoalan parti atau sentimen politik atau peribadi tetapi melibatkan amanah dan kepentingan rakyat.

Pengundi Permatang Pasir perlu meneruskan gelombang menolak BN. Terbukti bahawa UMNO- BN lebih selesa mengangkat pemimpin- pemimpin yang tidak amanah untuk memenuhi nafsu mereka.

“UNDI PAS, Rakyat Sejahtera. UNDI BN, hangpa pikiaq’ la sendiri…”

13 August 2009

Hasil Ajaran Kitab suci Parti cap Keris


Menurut ajaran kitab Parti Melayu cap Keris Terlanjang:

1. Dihalalkan mencarut kepada DAP
2. Pemimpin UMNO yang menghina Islam, Hukum Allah dan sunnah Nabi perlulah dipuji dan diampu setinggi- tingginya.
3. Arak di Negeri- Negeri Pakatan Rakyat perlu dikawal. Negeri- Negeri di bawah BN dihalalkan.

dan banyak lagiiii

09 August 2009

Pilihanraya Raya Kecil Permatang Pasir Bulan Puasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi. Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.Awak Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.
Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir."Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

1 Malaysia hanya Slogan Politik


18 Sya'ban 1430H/ 9 Ogos 2009 telah melakarkan suatu peristiwa yang bersejarah di DUN Chenderoh apabila berlangsungnya perasmian Bangunan Badan Khidmat Masyarakat AT- THOIF di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

Pada sebelah paginya perasmian disempurnakan oleh Datuk Muhammad Noor Mansor al-Hafiz (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak). Manakala pada sebelah petangnya ceramah isu Umat Islam di Selatan Thailand disampaikan oleh Presiden TERAS Pengupayaan Melayu (Cikgu Azmi).

Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin bersama pasukannya yang begitu gigih sehingga berjaya menjadikan Kota Lama Kiri sebagai salah sebuah mercu tanda Institusi Keilmuan di Kuala Kangsar untuk semua lapisan masyarakat. Mudah- mudahan usaha murni ini akan mendapat ganjaran kemuliaan di sisi Allah di dunia dan akhirat.

Dalam sesi dialog bersama Cikgu Azmi, beliau mendedahkan tentang kenyataan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pembentangan kertas kerja anjuran IKIM yang secara terus terang manyatakan bahawa slogan 1 Malaysia hanyalah bermotifkan politik setelah Barisan Nasional selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Sehubungan daripada itu, Cikgu Azmi mempersoalkan tentang keikhlasan kerajaan terhadap rakyat Malaysia terutamanya kepada orang Melayu.

Beliau juga melahirkan rasa dukacita, terhadap kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Najib tentang dasar- dasar ekonomi yang terlalu liberal. Contohnya pegangan ekuiti 31% BERNAS, yang kini dikuasai oleh orang asing, serta beberapa buah saham utama di BSKL yang kini dikuasai oleh orang asing. Antara alasan pemimpin kerajaan tentang perlaksanaan dasar ini kerana tertakluk kepada FDI.

Beliau juga amat kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang tidak tegas pendirian dalam isu umat Islam di Selatan Thailand yang mengambil pendirian tidak mencampuri urusan negara lain. Hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang membuktikan ketegasan untuk melindungi orang Islam Thailand yang mencari perlindungan di Kelantan. Tahniah Tok Guru !!!

Sehubungan dengan itu, orang Melayu mestilah kembali kepada Islam agar tidak menjadi mangsa mainan politik pihak yang tidak bertanggungjawab. Peristiwa pembunuhan umat Islam di selatan Thailand adalah contoh terhampir kepada orang Melayu Islam di Malaysia supaya kembali kepada Islam yang sebenar.

01 August 2009

Selepas SPRM kini PDRM

Selepas SPRM menyempurnakan misinya memuaskan nafsu serakah UMNO/ BN (hingga mengorbankannya nyawa tahanan) kini tiba pula giliran PDRM . Setelah UMNO/BN gagal mendapat restu rakyat dalam PRK di Bukit Gantang, kini mereka menjadikan jentera- jentera kerajaan sebagai talian hayatnya untuk mempertahankan kuasa.

Jumlah rasmi yang ditahan dalam himpunan anjuran GMI belum dapat dipastikan. Namun, yang pasti ratusan rakyat yang menentang kezaliman telah ditangkap.

Apapun TAHNIAH !!! kepada rakyat Malaysia yang turun mempamerkan keberanian merempuh segala rintangan bersama- sama Pimpinan Pakatan Rakyat