18 August 2009

Calon BN- "PECAH AMANAH"

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara musuh tradisi PAS (Pakatan Rakyat) vs UMNO (Barisan Nasional). PAS mempertaruhkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Ustaz Mohd Salleh Man manakala Rohaizat Othman mewakili BN.

Seperti biasa isu- isu lama akan disensasikan oleh media tunggangan BN untuk menghentam pimpinan- pimpinan Pakatan Rakyat. Isu- isu seperti undi pas masuk syurga, ketuanan melayu, boneka cina dan sebagainya kembali menjadi zikir pemimpin- pemimpin BN bersama media tunggangan mereka.

Kewibawaan peribadi calon PAS yang bersih menyebabkan peluru tembakan BN terpaksa dihalakan kepada keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Calon BN kini menjadi beban kepada Timbalan Perdana Menteri kerana terpaksa menambahkan agenda kempen untuk mempertahankan kredibiliti calon mereka.

Kenyataan yang dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Negara, Ragunath Kasavan bahawa Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang pecah amanah sebanyak RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu.

Ragunathan juga menyangkal dakwaan Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa bahawa tindakan terhadap Rohaizat oleh Majlis Peguam hanya melibatkan firma guamannya dan rakan kongsi sebaliknya merupakan tindakan terhadap peribadi Rohaizat sendiri.

Wajarkah calon BN ini diberi undi?

Memberikan undi kepada BN dalam pilihanraya kecil ini samalah seperti menyerahkan wang rakyat kepada perompak dan penyamun. Ini bukan lagi persoalan parti atau sentimen politik atau peribadi tetapi melibatkan amanah dan kepentingan rakyat.

Pengundi Permatang Pasir perlu meneruskan gelombang menolak BN. Terbukti bahawa UMNO- BN lebih selesa mengangkat pemimpin- pemimpin yang tidak amanah untuk memenuhi nafsu mereka.

“UNDI PAS, Rakyat Sejahtera. UNDI BN, hangpa pikiaq’ la sendiri…”