09 August 2009

1 Malaysia hanya Slogan Politik


18 Sya'ban 1430H/ 9 Ogos 2009 telah melakarkan suatu peristiwa yang bersejarah di DUN Chenderoh apabila berlangsungnya perasmian Bangunan Badan Khidmat Masyarakat AT- THOIF di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.

Pada sebelah paginya perasmian disempurnakan oleh Datuk Muhammad Noor Mansor al-Hafiz (Pengarah Jabatan Agama Islam Perak). Manakala pada sebelah petangnya ceramah isu Umat Islam di Selatan Thailand disampaikan oleh Presiden TERAS Pengupayaan Melayu (Cikgu Azmi).

Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin bersama pasukannya yang begitu gigih sehingga berjaya menjadikan Kota Lama Kiri sebagai salah sebuah mercu tanda Institusi Keilmuan di Kuala Kangsar untuk semua lapisan masyarakat. Mudah- mudahan usaha murni ini akan mendapat ganjaran kemuliaan di sisi Allah di dunia dan akhirat.

Dalam sesi dialog bersama Cikgu Azmi, beliau mendedahkan tentang kenyataan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pembentangan kertas kerja anjuran IKIM yang secara terus terang manyatakan bahawa slogan 1 Malaysia hanyalah bermotifkan politik setelah Barisan Nasional selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Sehubungan daripada itu, Cikgu Azmi mempersoalkan tentang keikhlasan kerajaan terhadap rakyat Malaysia terutamanya kepada orang Melayu.

Beliau juga melahirkan rasa dukacita, terhadap kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Najib tentang dasar- dasar ekonomi yang terlalu liberal. Contohnya pegangan ekuiti 31% BERNAS, yang kini dikuasai oleh orang asing, serta beberapa buah saham utama di BSKL yang kini dikuasai oleh orang asing. Antara alasan pemimpin kerajaan tentang perlaksanaan dasar ini kerana tertakluk kepada FDI.

Beliau juga amat kecewa dengan sikap kerajaan Malaysia yang tidak tegas pendirian dalam isu umat Islam di Selatan Thailand yang mengambil pendirian tidak mencampuri urusan negara lain. Hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang membuktikan ketegasan untuk melindungi orang Islam Thailand yang mencari perlindungan di Kelantan. Tahniah Tok Guru !!!

Sehubungan dengan itu, orang Melayu mestilah kembali kepada Islam agar tidak menjadi mangsa mainan politik pihak yang tidak bertanggungjawab. Peristiwa pembunuhan umat Islam di selatan Thailand adalah contoh terhampir kepada orang Melayu Islam di Malaysia supaya kembali kepada Islam yang sebenar.