31 March 2010

BILA SI HARAM SOMBONG KENDALIKAN SIDANG DUN

Tidak ada ungkapan dan gelaran yang yang lebih afdhal melainkan gelaran Si Haram Sombong untuk Ganesan yang kini menduduki Speaker DUN Perak.

Datang ke Dewan melalui terowong haram yang disediakan oleh BN, dengan restu dan bantuan PDRM yang mengheret dan mengurung YB Sivakumar dalam stor, kini Ganesan berjaya menampilkan kebangangangnya mengendalikan sidang DUN Perak.

Walaupun dibantah oleh ADUN- ADUN Pakatan Rakyat yang diketuai DS Nizar, Ganesan tetap mempertahankan kebodohannya menyebabkan ADUN- ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan.

Menyedari tindakan bodoh yang dilakukan oleh Ganesan, Zambery terpaksa mamperbetulkan agenda perjalanan Dewan, itu pun setelah ADUN- ADUN Pakatan Rakyat sudah keluar dari dewan.

Ikut Suka Hang le ... Ganesan!!!

29 March 2010

JOM HEBOH... HARUSSANI PATUT BELAJAR DARI KERAJAAN KELANTAN


Kejayaan penganjuran Jom Heboh- TV3 di negeri Kelantan membuktikan bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah menyekat program- program hiburan. Apa yang dikehendaki hanyalah mematuhi enakmen hiburan negeri Kelantan selaras dengan hukum syara'.

Kelainan suasana program jom heboh di Kelantan berbanding dengan negeri- negeri lain sebelum ini (termasuk di negeri Harussani Zakaria) telah membuka lembaran baru dalam sejarah penganjuran hiburan tanahair. Kelantan telah membuktikan bahawa perjuangan Islam yang dibawa bukan hanya slogan dan retorik semata- mata tetapi direalisasikan dengan tindakan, telah jelas membuktikan siapa sebenarnya yang memperdagangkan agama Islam.

Pihak penganjur (TV3) sendiri mengakui kejayaan penganjuran Jom Heboh pada kali ini dan berusaha menjadikan penganjuran di Kelantan sebagai model, untuk dipraktikkan di negeri- negeri lain.

Sekalung tahniah dan pujian juga patut diberikan kepada pihak TV3 yang bertindak profesional dengan mematuhi serta menghormati peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.Yang tidak menghormati enakmen hiburan di Kelantan ni... UMNO je...

Mudah- mudahan pengundi- pengundi di Kelantan yang telah memilih PAS pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, akan diberikan ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak. Dengan amanah dan kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada PAS di Kelantan terbukti tidak dipersia- siakan, dengan penganjuran program- program yang memberikan manfaat kepada rakyat di dunia dan akhirat.

19 March 2010

Nasib Si Janda dan Si Duda

Setelah berpatah arang bersama PKR, lalu mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas, pimpinan- pimpinan UMNO disemua peringkat bertepuk tangan serta bersorak- sorai, meraikan kemelut yang melanda PKR.

Satu persatu kisah rahsia percintaan yang dulunya adalah madu bersama PKR kini bertukar menjadi racun, dibongkar kepada 1 Malaysia. Kalau dulu sewaktu bersama semuanya indah, kini semuanya bertukar menjadi  sampah setelah Dato' Zahrain melafazkan talaknya kepada PKR.

Perceraian tidak menjanjikan tamatnya segala kisah silam, kini beliau terus mendedahkan keburukan dan keaiban jandanya dikhalayak ramai wal hal 1 Malaysia sedia maklum melalui jandanyalah, kini beliau makan gaji sebagai Ahli Parlimen.

Si janda hanya mendiamkan diri pada peringkat awal melihat telatah dudanya, kemudian mula bersuara. Rupanya Si duda naik berang kerana Syarikat 2 Ringgitnya gagal mendapat projek yang besar.Apabila rahsia sudah terbongkar, pelbagai alasan dan cerita mula dicipta untuk menutup keaiban diri.

Kini..... Si duda terus berkokok di parlimen atas jasa Si jandanya yang mencalonkan beliau bertanding dalam pilihanraya yang lalu. Menggunakan platformnya sebagai mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang, yang dikatakan begitu rapat dengan Anwar Ibrahim kini beliau melepaskan kekecewaannya kepada Ahli Parlimen BN pula.

Didedahkannya pula 8 nama Ahli Parlimen BN yang kononnya berniat melompat parti dalam peristiwa 16 September. Kini ahli parlimen BN yang pada peringkat awal bertepuk tangan melihat telatah Zahrain, kini mula naik berang, kerana diheret bersama dalam krisis rumahtangga si janda dan si duda.

Walau apapun alasan beliau menghalal tindakannya, Dato' Zahrain tetap dianggap PENGKHIANAT kepada pengundi- pengundi serta jentera pilihanraya yang telah bersusah payah berkempen untuknya.

Sekiranya beliau serta rakan- rakan yang sewaktu dengannya seorang yang bermaruah, mereka wajar meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen untuk memberi mandat kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru.

09 March 2010

JAMIL... OH JAMIL...

Sejak bergelar Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), nampaknya Jamil Khir semakin menyerlahkan siong dan kukunya untuk mempertahan UMNO.

Kenyataan  beliau terhadap isu solat hajat (yang hendak dianjurkan oleh Ustaz Ahmad Awang) berikutan tindakan Ahli Parlimen (AP) Bagan Serai isytihar diri sebagai AP Bebas amat memalukan.

Jamil menyelar tindakan Ustaz Ahmad Awang untuk mendoakaan kebinasaan terhadap oran lain melalui solat hajat. Tak cukup sekadar itu beliau memberi ingatan agar tidak mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Eh… ade ke Ustaz Ahmad Awang kata solat hajat tersebut mohon untuk binasakan si Mohsin tu... Setahu saya solat hajat tersebut diadakan untuk memohon dan menyerahkan kepada Allah balasan yang setimpal di atas perbuatannya itu yang khianat kepada pengundi. Apa bentuk balasannya… diserahkan kepada Allah untuk menentukan. 

Nampaknya Jamil Khir pun berkeinginan untuk menurut langkah ulama- ulama UMNO terdahulu seperti Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Dr Mashitah Ibrahim dan yang sewaktu dengannya.

Tidakkah beliau (Jamil) sedar perbuatan tersebut akan hanya menjatuhkan maruahnya di kaca mata masyarakat Islam. Tidakkah beliau sedar golongan agama yang terlibat dalam UMNO hanya BERGUNA pada saat untuk mengeluarkan hujah- hujah al- Quran dan Hadith ketika berhadapan dengan hujah- hujah Pas.

Sedangkan sejarah membuktikan bahawa UMNO tidak berminat untuk menuruti fatwa yang bertentangan dengan pemikiran dan nafsu mereka. Lihat sahaja Upacara Bertafakur  di Tugu Negara setiap kali Hari Pahlawan, terus diadakan tanpa bantahan mana- mana pihak di kalangan ahli agama UMNO (deme redho le tu…)

Walau apa pun kita sedia maklum mengapa beliau bersikap demikian. Itulah tandanya orang- orang yang bersyukur dan berterima kasih di atas penganugerahan jawatan menteri daripada Najib Tun Razak tanpa perlu bersusah payah bertanding dalam pilihanraya.


06 March 2010

Mufti Perak Heret Istana


Dakwaan Mufti Perak bahawa Sultan Perak pada dasarnya memperkenaankan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Perak selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru- baru ini dilihat sebagai cubaan mempergunakan istana serta mengheret pihak istana dalam kancah politik di Perak.

Sebagai individu yang paling sinior di kalangan mufti di Malaysia, beliau sepatutnya bertindak lebih rasional dan profesional dalam menyelesaikan sebarang permasalahan khususnya di kalangan umat Islam. Beliau tidak sepatutnya menggunakan pengaruhnya untuk mengheret pihak istana dalam isu- isu politik walaupun orang Perak sedia maklum bahawa beliau mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap pihak istana.

Kelebihan yang beliau miliki tidak sepatutnya dilacurkan untuk memenuhi impian dan kepentingan politik mana- mana pihak termasuklah UMNO.

Tindakan beliau yang sanggup diperkudakan untuk menjadi jurucakap UMNO adalah sangat dikesali sekaligus menjatuhkan maruah beliau serta institusi mufti itu sendiri.

Banyak lagi tugas- tugas yang sepatutnya beliau bereskan seperti isu murtad (yang tidak diendahkan oleh (UMNO), program- program kerajaan negeri yang bertentangan dengaan syara' (Jom Heboh).

Kalau beliau begitu yakin hanya UMNO yang dapat membela orang melayu, wajarlah beliau meletakkan jawatan sebagai mufti dan berjuang di dalam UMNO secara rasmi. Mudah- mudahan dalam perhimpunan agung UMNO akan datang beliau akan bersama- sama:
1. melaungkan " HIDUP MELAYU"
2. menghunuskan keris bertelanjang
3. menyanyikan lagu "...UMNO terus....

05 March 2010

Calon Ketua Ulama UMNO

Malang orang Perak bertimpa- timpa, lepas satu... satu. Bermula dengan 3 ADUN Pakatan Rakyat melompat parti, menyebabkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) ke-12 tumbang tak sampai setahun memerintah.

Sejak itu, sidang Dewan Undangan Negeri akan menjadi sidang "perang" apabila bandaraya Ipoh bertukar wajah menjadi "zon perang". Undang- undang tidak dipedulikan lagi, sehingga nak tukar Speaker pun tidak lagi menggunakan kaedah undang- undang, tetapi menggunakan kaedah "angkat dan buang".

Pengisytiharan Zambry Kader sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah persekutuan, menambahkan lagi episod duka perlembagaan Perak khususnya dan Malaysia umumnya.

Belum sembuh duka kisah Menteri Besar,  lagi Ahli Parlimen Bagan Serai isytihar keluar dari PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Kini Mufti Perak pula mengambil giliran untuk mengharu- birukan keadaan negeri Perak kerana menokok tambah... (berbohong le tu) tentang isu Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS selepas PRU ke- 12 tempoh hari antara beliau dengan mantan Pesuruhjaya Pas Perak (Ustaz Ahmad Awang).

Apa yang dilakukan oleh Mufti Perak tersebut, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beliau sendiri pernah berbohong di hadapan rombongan Dewan Pemuda Pas Negeri ketika melakukan kunjungan hormat ke pejabat beliau.

Isunya tentang "Jom Heboh" dulunya "Sure Heboh" yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak (BN) di TLDM Lumut sebelum ini. Beliau diselar kerana membisu seribu bahasa malah menghadiri program tersebut, sedangkan beliau mengaku tidak mengetahui tentang program tersebut.

Ketika pemerintahan Tajul Rosli beliau (Harussani) secara terang- terang menyatakan bahawa program Sure Heboh tersebut adalah haram. Fatwa yang dikeluarkan olehnya langsung tidak diendahkan oleh pemimpin UMNO malah program tersebut terus dianjurkan di negeri Perak.

Apabila DS Nizar memimpin Perak, program "Jom Heboh" tidak dibenarkan dianjurkan di bumi Perak. So... siapa yang sebenarnya yang benar- benar mahu mendaulatkan Islam... wahai tuan Mufti?

Ketika pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah, mufti Perak tidak senang dengan gaya pentadbiran Pakatan Rakyat terutamanya tentang perbelanjaan berjimat cermat dan telus terutamanya ke luar negara. Kalau seseorang exco atau mufti ke luar negara atas urusan kerajaan, wajarkah rakyat menaggung perbelanjaan serta tambang ahli keluarga mereka yang ikut bersama- sama? Korang jawab le sendiri....

Amat malang bagi Harussani dipenghujung perkhidmatan dan usianya dihabiskan untuk menjadi kuda tunggangan UMNO. Walhal, beliau sendiri sedar ketika beliau menggangkat isu murtad, tidak ada pun pemimpin UMNO yang menyokong beliau malah mereka mempersoalkan kebenaran dakwaan beliau.

Malah pemimpin PAS dan PKRlah pada masa itu yang menyokong perjuangan beliau mengetengahkan isu berkenaan.

Oleh yang demikian, UMNO sepatutnya sudah mempunyai calon untuk mengetuai Ulama UMNO sekiranya ditubuhkan kelak seperti mana yang dicadangkan oleh salah seorang perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

02 March 2010

Apa Hal Salehuddin Hashim?


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 2 Mac 2010

APA HAL SALEHUDDIN HASHIM?
Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.
Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.
Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.
Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.
Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.
Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila "permohonannya" untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.
Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

Syukur Fairus Keluar Keadilan


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.
Fairus tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.
Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya "kerja" dengan bayaran bulanan sebanyak RM4,000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin Umno yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.
Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN