Malang orang Perak bertimpa- timpa, lepas satu... satu. Bermula dengan 3 ADUN Pakatan Rakyat melompat parti, menyebabkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) ke-12 tumbang tak sampai setahun memerintah.
Sejak itu, sidang Dewan Undangan Negeri akan menjadi sidang "perang" apabila bandaraya Ipoh bertukar wajah menjadi "zon perang". Undang- undang tidak dipedulikan lagi, sehingga nak tukar Speaker pun tidak lagi menggunakan kaedah undang- undang, tetapi menggunakan kaedah "angkat dan buang".
Pengisytiharan Zambry Kader sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh mahkamah persekutuan, menambahkan lagi episod duka perlembagaan Perak khususnya dan Malaysia umumnya.
Belum sembuh duka kisah Menteri Besar, lagi Ahli Parlimen Bagan Serai isytihar keluar dari PKR untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Kini Mufti Perak pula mengambil giliran untuk mengharu- birukan keadaan negeri Perak kerana menokok tambah... (berbohong le tu) tentang isu Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS selepas PRU ke- 12 tempoh hari antara beliau dengan mantan Pesuruhjaya Pas Perak (Ustaz Ahmad Awang).
Apa yang dilakukan oleh Mufti Perak tersebut, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Beliau sendiri pernah berbohong di hadapan rombongan Dewan Pemuda Pas Negeri ketika melakukan kunjungan hormat ke pejabat beliau.
Isunya tentang "Jom Heboh" dulunya "Sure Heboh" yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak (BN) di TLDM Lumut sebelum ini. Beliau diselar kerana membisu seribu bahasa malah menghadiri program tersebut, sedangkan beliau mengaku tidak mengetahui tentang program tersebut.
Ketika pemerintahan Tajul Rosli beliau (Harussani) secara terang- terang menyatakan bahawa program Sure Heboh tersebut adalah haram. Fatwa yang dikeluarkan olehnya langsung tidak diendahkan oleh pemimpin UMNO malah program tersebut terus dianjurkan di negeri Perak.
Apabila DS Nizar memimpin Perak, program "Jom Heboh" tidak dibenarkan dianjurkan di bumi Perak. So... siapa yang sebenarnya yang benar- benar mahu mendaulatkan Islam... wahai tuan Mufti?
Ketika pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah, mufti Perak tidak senang dengan gaya pentadbiran Pakatan Rakyat terutamanya tentang perbelanjaan berjimat cermat dan telus terutamanya ke luar negara. Kalau seseorang exco atau mufti ke luar negara atas urusan kerajaan, wajarkah rakyat menaggung perbelanjaan serta tambang ahli keluarga mereka yang ikut bersama- sama? Korang jawab le sendiri....
Amat malang bagi Harussani dipenghujung perkhidmatan dan usianya dihabiskan untuk menjadi kuda tunggangan UMNO. Walhal, beliau sendiri sedar ketika beliau menggangkat isu murtad, tidak ada pun pemimpin UMNO yang menyokong beliau malah mereka mempersoalkan kebenaran dakwaan beliau.
Malah pemimpin PAS dan PKRlah pada masa itu yang menyokong perjuangan beliau mengetengahkan isu berkenaan.
Oleh yang demikian, UMNO sepatutnya sudah mempunyai calon untuk mengetuai Ulama UMNO sekiranya ditubuhkan kelak seperti mana yang dicadangkan oleh salah seorang perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.