Setelah berpatah arang bersama PKR, lalu mengisytiharkan diri sebagai Ahli Parlimen Bebas, pimpinan- pimpinan UMNO disemua peringkat bertepuk tangan serta bersorak- sorai, meraikan kemelut yang melanda PKR.
Satu persatu kisah rahsia percintaan yang dulunya adalah madu bersama PKR kini bertukar menjadi racun, dibongkar kepada 1 Malaysia. Kalau dulu sewaktu bersama semuanya indah, kini semuanya bertukar menjadi sampah setelah Dato' Zahrain melafazkan talaknya kepada PKR.
Perceraian tidak menjanjikan tamatnya segala kisah silam, kini beliau terus mendedahkan keburukan dan keaiban jandanya dikhalayak ramai wal hal 1 Malaysia sedia maklum melalui jandanyalah, kini beliau makan gaji sebagai Ahli Parlimen.
Si janda hanya mendiamkan diri pada peringkat awal melihat telatah dudanya, kemudian mula bersuara. Rupanya Si duda naik berang kerana Syarikat 2 Ringgitnya gagal mendapat projek yang besar.Apabila rahsia sudah terbongkar, pelbagai alasan dan cerita mula dicipta untuk menutup keaiban diri.
Kini..... Si duda terus berkokok di parlimen atas jasa Si jandanya yang mencalonkan beliau bertanding dalam pilihanraya yang lalu. Menggunakan platformnya sebagai mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang, yang dikatakan begitu rapat dengan Anwar Ibrahim kini beliau melepaskan kekecewaannya kepada Ahli Parlimen BN pula.
Didedahkannya pula 8 nama Ahli Parlimen BN yang kononnya berniat melompat parti dalam peristiwa 16 September. Kini ahli parlimen BN yang pada peringkat awal bertepuk tangan melihat telatah Zahrain, kini mula naik berang, kerana diheret bersama dalam krisis rumahtangga si janda dan si duda.
Walau apapun alasan beliau menghalal tindakannya, Dato' Zahrain tetap dianggap PENGKHIANAT kepada pengundi- pengundi serta jentera pilihanraya yang telah bersusah payah berkempen untuknya.
Sekiranya beliau serta rakan- rakan yang sewaktu dengannya seorang yang bermaruah, mereka wajar meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen untuk memberi mandat kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru.