06 March 2010

Mufti Perak Heret Istana


Dakwaan Mufti Perak bahawa Sultan Perak pada dasarnya memperkenaankan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Perak selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru- baru ini dilihat sebagai cubaan mempergunakan istana serta mengheret pihak istana dalam kancah politik di Perak.

Sebagai individu yang paling sinior di kalangan mufti di Malaysia, beliau sepatutnya bertindak lebih rasional dan profesional dalam menyelesaikan sebarang permasalahan khususnya di kalangan umat Islam. Beliau tidak sepatutnya menggunakan pengaruhnya untuk mengheret pihak istana dalam isu- isu politik walaupun orang Perak sedia maklum bahawa beliau mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap pihak istana.

Kelebihan yang beliau miliki tidak sepatutnya dilacurkan untuk memenuhi impian dan kepentingan politik mana- mana pihak termasuklah UMNO.

Tindakan beliau yang sanggup diperkudakan untuk menjadi jurucakap UMNO adalah sangat dikesali sekaligus menjatuhkan maruah beliau serta institusi mufti itu sendiri.

Banyak lagi tugas- tugas yang sepatutnya beliau bereskan seperti isu murtad (yang tidak diendahkan oleh (UMNO), program- program kerajaan negeri yang bertentangan dengaan syara' (Jom Heboh).

Kalau beliau begitu yakin hanya UMNO yang dapat membela orang melayu, wajarlah beliau meletakkan jawatan sebagai mufti dan berjuang di dalam UMNO secara rasmi. Mudah- mudahan dalam perhimpunan agung UMNO akan datang beliau akan bersama- sama:
1. melaungkan " HIDUP MELAYU"
2. menghunuskan keris bertelanjang
3. menyanyikan lagu "...UMNO terus....