29 March 2010

JOM HEBOH... HARUSSANI PATUT BELAJAR DARI KERAJAAN KELANTAN


Kejayaan penganjuran Jom Heboh- TV3 di negeri Kelantan membuktikan bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah menyekat program- program hiburan. Apa yang dikehendaki hanyalah mematuhi enakmen hiburan negeri Kelantan selaras dengan hukum syara'.

Kelainan suasana program jom heboh di Kelantan berbanding dengan negeri- negeri lain sebelum ini (termasuk di negeri Harussani Zakaria) telah membuka lembaran baru dalam sejarah penganjuran hiburan tanahair. Kelantan telah membuktikan bahawa perjuangan Islam yang dibawa bukan hanya slogan dan retorik semata- mata tetapi direalisasikan dengan tindakan, telah jelas membuktikan siapa sebenarnya yang memperdagangkan agama Islam.

Pihak penganjur (TV3) sendiri mengakui kejayaan penganjuran Jom Heboh pada kali ini dan berusaha menjadikan penganjuran di Kelantan sebagai model, untuk dipraktikkan di negeri- negeri lain.

Sekalung tahniah dan pujian juga patut diberikan kepada pihak TV3 yang bertindak profesional dengan mematuhi serta menghormati peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.Yang tidak menghormati enakmen hiburan di Kelantan ni... UMNO je...

Mudah- mudahan pengundi- pengundi di Kelantan yang telah memilih PAS pada pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, akan diberikan ganjaran pahala dan syurga di akhirat kelak. Dengan amanah dan kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada PAS di Kelantan terbukti tidak dipersia- siakan, dengan penganjuran program- program yang memberikan manfaat kepada rakyat di dunia dan akhirat.