09 March 2010

JAMIL... OH JAMIL...

Sejak bergelar Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), nampaknya Jamil Khir semakin menyerlahkan siong dan kukunya untuk mempertahan UMNO.

Kenyataan  beliau terhadap isu solat hajat (yang hendak dianjurkan oleh Ustaz Ahmad Awang) berikutan tindakan Ahli Parlimen (AP) Bagan Serai isytihar diri sebagai AP Bebas amat memalukan.

Jamil menyelar tindakan Ustaz Ahmad Awang untuk mendoakaan kebinasaan terhadap oran lain melalui solat hajat. Tak cukup sekadar itu beliau memberi ingatan agar tidak mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Eh… ade ke Ustaz Ahmad Awang kata solat hajat tersebut mohon untuk binasakan si Mohsin tu... Setahu saya solat hajat tersebut diadakan untuk memohon dan menyerahkan kepada Allah balasan yang setimpal di atas perbuatannya itu yang khianat kepada pengundi. Apa bentuk balasannya… diserahkan kepada Allah untuk menentukan. 

Nampaknya Jamil Khir pun berkeinginan untuk menurut langkah ulama- ulama UMNO terdahulu seperti Hamid Othman, Hamid Zainal Abidin, Dr Mashitah Ibrahim dan yang sewaktu dengannya.

Tidakkah beliau (Jamil) sedar perbuatan tersebut akan hanya menjatuhkan maruahnya di kaca mata masyarakat Islam. Tidakkah beliau sedar golongan agama yang terlibat dalam UMNO hanya BERGUNA pada saat untuk mengeluarkan hujah- hujah al- Quran dan Hadith ketika berhadapan dengan hujah- hujah Pas.

Sedangkan sejarah membuktikan bahawa UMNO tidak berminat untuk menuruti fatwa yang bertentangan dengan pemikiran dan nafsu mereka. Lihat sahaja Upacara Bertafakur  di Tugu Negara setiap kali Hari Pahlawan, terus diadakan tanpa bantahan mana- mana pihak di kalangan ahli agama UMNO (deme redho le tu…)

Walau apa pun kita sedia maklum mengapa beliau bersikap demikian. Itulah tandanya orang- orang yang bersyukur dan berterima kasih di atas penganugerahan jawatan menteri daripada Najib Tun Razak tanpa perlu bersusah payah bertanding dalam pilihanraya.