31 December 2009

Salahuddin Ayub: RAKYAT TIDAK RUGI UNDI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat tidak akan mensia- siakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Malah rakyat tidak rugi mengundi Pakatan Rakyat dan telah dibuktikan melalui Laporan Ketua Audit Negara yang telah memberikan pujian terhadap pentadbiran dan pengurusan kewangan negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Demikian antara maksud petikan ceramah YB Salahuddin Ayub yang telah berlangsung di Markaz Pas Cawangan Padang Asam anjuran Jabatan Pilihanraya Pas Kawasan Padang Rengas malam semalam.

Kehadiran ribuan rakyat yang dahagakan maklumat yang tepat, terutamanya dalam isu- isu di parlimen, membuktikan bahawa gelombang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional akan direalisasikan dalam pilihanraya umum ke-13 Insya Allah.

Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan negara apabila sistem pertahanan negara begitu rapuh hinggakan enjin pesawat TUDM pun boleh hilang dengan begitu mudah. Isu ini amat memalukan negara hingga ia menjadi bahan tertawa negara- negara luar.

Yang lebih mengaibkan ianya berlaku ketika zaman Najib Tun Razak memegang jawatan menteri pertahanan. Apa lagi yang diharapkan untuk Najib menjaga keselamatan negara...

Beliau juga menyeru kepada ahli- ahli, serta penyokong- penyokong UMNO, agar berfikir secara rasional tentang masa depan negara. Banyak isu yang telah membuktikan bawa UMNO dan Barisan Nasional gagal dalam menguruskan negara dengan baik sehingga diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir dalam blognya bahawa UMNO SUDAH BUSUK HINGGA KE USUS.

Beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara dan Insya Allah akan melakukan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh BN.

25 December 2009

MUNGKINKAH KERANA DOA TOK GURU?

Isu doa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik baru- baru ini mengundang pelbagai perbahasan dan perhatian dari pelbagai pihak. Pendapat pro dan kontra tentang isu berkenaan tidak dapat dielakkan kerana ia memang menjadi lumrah budaya dan pemikiran setiap manusia.

Namun, sejak akhir- akhir ini banyak isu- isu besar timbul dalam negara yang dipimpin oleh Najib Tun Razak. Sama ada secara kebetulan atau tidak, ianya berlaku selepas isu doa Tok Guru timbul.

Mungkinkah kerana doa Tok Guru......
Isu kehilangan enjin F-5E pesawat TUDM tiba- tiba muncul. Sedangkan ianya berlaku ketika Najib memegang jawatan Menteri Pertahanan. Mula- mula sebuah enjin, kemudian dua buah, mungkinkah ada lagi alatan tentera yang hilang? Yang menjadi persoalan, mengapakah kini RAHSIA BESAR tersebut terbongkar?

Mungkinkah kerana doa Tok Guru......
Isu dalaman Barisan Nasional membabitkan MCA cuba diselesaikan dengan formula Najib dengan semua pemimpin tertingginya meletak jawatan bagi memberikan laluan kepada proses pemilihan baru namun ianya belum menjanjikan ianya akan selesai. Adakah pihak yang kalah nanti akan terus berdiam diri?.

Mungkinkah kerana doa Tok Guru......
Belum sempat ianya reda Barisan Nasional Pulau Pinang pula berebut jawatan Pengerusi BN negeri yang selama ini dikuasai oleh Gerakan. Kini giliran UMNO pula membuat tuntutan memandangkan Gerakan menerima pukulan K.O pada PRU ke- 12 yang lalu.

Walaupun diberitakan pemimpin UMNO di Pulau Pinang akur dengan arahan najib agar menghentikan isu tersebut, adakah UMNO Pulau Pinang akan berdiam diri selama- lamanya? Melayu jangan mudah lupa.... ekstrimis UMNO pernah menyerang potret Khoo Tsu Kun.

Mungkinkah kerana doa Tok Guru......
Kepimpinan Najib juga semakin dipertikaikan kerana kenakalan isterinya. Keghairahan Rosmah menikmati gelaran Wanita Pertama Negara, mengundang beban yang terpaksa ditanggung oleh UMNO dan BN terutamanya berkaitan dengan kewangan dan kebendaan. Tiba- tiba Nakhaie bersuara di Kelantan mengakui dosa yang ditanggung oleh isteri "1 Malaysia" kerana tidak menutup aurat.

Mungkinkah kerana doa Tok Guru......
Pimpinan Najib kini berada dihujung tanduk apabila kemenangan tipis undi BN mengatasi Pakatan Rakyat di Parlimen baru- baru ini. Parlimen sebagai institusi tertinggi negara yang menjadi lambang sebuah kerajaan menyaksikan kerajaan Najib hampir- hampir ditumbangkan.

Mungkinkah kerana doa Tok Guru......
Kita akan lihat apalagi yang bakal terjadi kepada Najib...

Pengajaran:
* Jangan memandang remeh doa orang yang dizalimi.

23 December 2009

TAHNIAH BN: Berjaya lupuskan RM2.4 juta wang rakyat

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional sekali lagi berjaya membuktikan kemampuannya membazirkan wang rakyat, apabila berjaya menghanguskan RM 2.4 juta apabila DAKWAT KEKAL yang tidak digunakan dalam pilihanraya umum ke- 12 telah dilupuskan baru- baru ini.

Ini berdasarkan jawapan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di Dewan Negara kepada soalan Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Menurut beliau proses pelupusan telah dilakukan pada 25 November yang lalu.

Walau apa pun BN telah berjaya merealisasikan konsep 1Malaysia dalam pengurusan kewangannya apabila wang rakyat telah didahulukan untuk menaggung kebodohan pemimpin- pemimpin BN dalam menguruskan kewangan negara.

Rakyat sepatutnya sedar bahawa kononnya hanya BN yang mampu mentadbir negara hanyalah lagu lama yang sering didendangkan oleh media- media arus perdana. Hakikatnya pembaziran demi pembaziran dilakukan sewenang- wenangnya akibat kelemahan pemimpin BN yang hanya mementingkan projek daripada mengambil kira kepentingan rakyat.

Lihat sahaja kepada isu lain seperti pembinaan JAMBATAN BENGKOK ke Singapura. Projek diteruskan pun rugi, dibatalkan pun rugi. Malah banyak lagi projek- projek yang sepatutnnya dana tersebut disalurkan untuk kebajikan rakyat.

"Itulah Nasib 1 Malaysia"

13 December 2009

Md Sabu: NAZRI AZIZ PONDAN

AJK Kerja Pas Pusat, Hj. Mohd Sabu menyifatkan Dato' Seri Nazri Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas) sebagai PONDAN kerana hanya berani menentang orang yang sudah tidak berkuasa. Beliau merujuk kepada kenyataan Nazri yang menentang kenyataan Tun Dr. Mahathir berkaitan isu Kursus Biro Tatanegara (BTN).

Hj Mohd Sabu berpendapat Nazri Aziz hanya berani menentang Tun Dr. Mahathir setelah beliau tidak lagi berkuasa. Sedangkan ketika Tun Dr. Mahathir, Nazri Aziz adalah individu yang akan mempertahankan Dr. Mahathir habis- habisan dalam banyak isu. Beliau mencabar Nazri agar menentang Datuk Seri Najib yang masih lagi berkuasa ketika ini.

Itu adalah muqaddimah awal ceramahnya di Markaz Pas Cawangan Chuar, Kawasan Padang Rengas pada 12.12.2009 yang lalu. Selain daripada itu, Hj Mohd Sabu juga beranggapan bahawa negeri Perak kini berada dalam zaman JALAK LENTENG. Ini disebabkan BN sudah hilang pertimbangan dengan mengenepikan perlembagaan dan undang- undang untuk mempertahankan kuasa.

Contohnya isu perebutan jawatan speaker. Menurut beliau, dalam negara yang bertamadun, speaker dijatuhkan melalui USUL dalam Dewan Undangan Negeri. Tetapi di negeri Perak kini, speaker di jatuhkan melalui USUNG. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana BN menjadikan polis sebagai pekakasnya untuk mempertahankan kuasa mereka dengan melantik Bentara di Dewan Undangan Negeri Perak sebagai Bentara.

Terdahulu, ceramah yang dihadiri oleh ribuan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan politik itu juga telah menyaksikan Pelancaran Komik keluaran terbaru kelolaan Zunar bertajuk PERAK DARUL KARTUN oleh Ustaz Misbahul Munir, Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Perak yang juga menyampaikan ceramah pada malam itu.

Pihak Pas Kawasan Padang Rengas mengucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM, Anggota Unit Amal, Penceramah- Penceramah, Para Dermawan serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program ceramah tersebut.

Rakaman penuh ceramah tersebut boleh diperolehi melalui Lujnah Penerangan Jabatan Pilihanraya Pas kawasan Padang Rengas.

29 November 2009

AIDILADHA DISAMBUT MERIAH DI MARKAZ PAS SAUK

















Biasanya di sebelah Semenanjung Malaysia (Barat) sambutan Aidilfitri lebih meriah dibandingkan dengan Aidiladha. Berbeza pula dengan di sebelah pantai timur sambutan Aidiladha lebih meriah dibandingkan dengan Aidilfitri.

Malah sepatutnya sambutan Aidiladha lebih meriah dibandingkan dengan Aidilfitri kerana Aidiladha merupakan himpunan besar- besaran umat Islam di Makkatul Mukarromah. Semangat himpunan besar- besaran itu sepatutnya diraikan oleh seluruh umat Islam di dunia yang berada di luar Kota Suci Makkah.

Untuk menghidupkan suasana itu Pas Cawangan Sauk telah mengatur program untuk pengisian sambutan Aidiladha.

Bermula pada malam 10 zulhijjah lagi, para jamaah memenuhi segenap ruang Markaz Sauk untuk sama- sama bertakbir dan bertahmid. Kemudian diiukuti dengan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Jamnul Azazi b. Hj. Mulkhan. Kebiasaannya pada tahun- tahun sebelumnya pada malam hari rayanya diadakan program ziarah dan takbir dari rumah ke rumah.

Pada keesokan paginya, diadakan solat sunat Aidiladha di markaz Pas Sauk yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Yassin. Selepas solat dan khutbah Aidiladha, para jamaah menjamu selera di perkarangan markaz sambil bertanya khabar dengan saudara- mara serta sahabat handai yang pulang dari perantauan.

Pada sebelah pagi Sabtu pula, dijalankan majlis penyembelihan Qurban di perkarangan markaz yang dikendalikan oleh Pas Sauk. Alhamdulillah, masyarakat setempat terus memberikan kepercayaan kepada pihak Pas Sauk untuk mengendalikan urusan penyembelihan Qurban yang diketuai oleh Ustaz Mohammad Yassin sendiri. Pada kali ini sebanyak 5 ekor lembu telah ditumbangkan.

Kehadiran penduduk setempat serta sahabat handai yang pulang dari perantauan memeriahkan lagi majlis berkenaan. Suasana ukhuwwah serta semangat gotong- royong jelas tergambar apabila masing- masing datang untuk memberikan sumbangan tenaga serta kepakaran tanpa mengira status, tua atau muda.

Majlis pembahagian Qurban selesai dalam jam 12.00 tgh diakhiri dengan jamuan makan tengahari kepada semua petugas dan hadirin.

Pada hari Ahadnya pula, dijalankan Majlis Sambutan Aidiladha serta majlis Berkhatan beramai- ramai di Markaz Pas Sauk jam 2.30 ptg. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Yassin dan Ustaz Azizan Desa.

Kemudian peserta- peserta berkhatan diarak dengan diiringi Salawat dan bunga manggar ke perkarangan Markaz. Kemudian hadirin berpeluang mendengar ucapan dari Ustaz Mohammad Yassin, tazkirah oleh Ustaz Azizan Desa serta ucapan Perasmian oleh YB Hj. Zainuddin.

Kira- kira jam 3.30 petang jamuan Aidiladha bermula diikuti dengan majlis berkhatan.

"PAS Cawangan Sauk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha serta terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan sumbangan dalam menjayakan majlis ini".

19 November 2009

LIGA SUPER 2010: ZAMBRY BIARKAN PASUKAN SELADANG PERAK TERSINGKIR

Kenyataan Media (19 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin memperbetulkan fakta sebenar penjelasan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berhubung bantuan tahunan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) yang bertentangan dengan tindakan sebenar kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan telah pun menyalurkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu (RM200,000) setiap tahun tidak termasuk pertandingan akhir Piala Malaysia baru-baru ini merupakan perkara sebenarnya setelah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada DPPN Pk.

DPPN Pk kesal dengan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak oleh Datuk Seri Zambry semalam yang bukan bersifat ingin membantu tetapi atas kepentingan politiknya semata-mata. DPPN Pk yang telah melancarkan kempen Seringgit (RM1) untuk menyelamatkan Pasukan Bolasepak Perak yang mungkin akan tersingkir daripada Liga Super musim baru ini sedih dengan sikap Datuk Seri Zambry tersebut.

DPPN Pk meminta penyokong, peminat dan juga rakyat Negeri Perak jangan melihat serangan Datuk Seri Zambry terhadap Datuk Seri Nizar sebagai halangan untuk memastikan Pasukan Bolasepak Seladang Perak kita akan terus bermain di dalam kancah musim baru Liga Super 2010 ini nanti. Jesteru, DPPN Pk meminta agar semua sumbangan dapat disalurkan kepada tabung ini atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” : 08013010074274 (Bank Islam Malaysia Berhad).

DPPN Pk ingin menasihatkan Datuk Seri Zambry supaya bersikap rasional dan jangan cuba mempolitikkan sukan bolasepak ini kerana ramai penyokong, peminat dan seluruh rakyat Perak akan kecewa kerana sebagai seorang pemimpin harus mengenepikan sentimen politik daripada sukan demi untuk memajukan bolasepak Negeri Perak khasnya.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

16 November 2009

Apabila TPM ajar langgar undang- undang

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari mengumumkan kerusi Dun Kota Seputeh Kedah kosong berikutan penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif diisytiharkan hilang kelayakan sebagai ADUN kerana gagal menghadiri sidang DUN sebanyak 2 kali berturut- turut.

Ini memberikan laluan kepada pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh.

Terdahulu, speaker DUN, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut. Namun SPR menyerlahkan keUMNOannya apabila bertindak di luar bidang kuasanya membatalkan keputusan speaker tersebut. Ini mendorong speaker memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR.

Sehubungan dengan itu speaker telah menghalang Datuk Abu Hassan Sarif daripada menghadiri persidangan DUN. Malangnya Timbalan Perdana Menteri mengarahkan beliau untuk hadir dalam sidang DUN tersebut.

Amat malangnya rakyat Malaysia yang berTimbalankan Perdana Menteri yang langsung tidak menghormati keluhuran perlembagaan malah mendidik rakyatnya agar melanggar undang- undang dan perlembagaan.

Apa yang diharapkan lagi dengan pemimpin UMNO/ BN yang lain, sekiranya pemimpin no.2 negara sendiri sanggup membelakangkan undang- undang kerana keangkuhan kuasa yang ada padanya.

Mudah- mudahan Allah memelihara dan memberikan pahala yang berlipat ganda kepada hakim- hakim yang masih lagi berani menyatakan kebenaran walaupun menerima tekanan demi tekanan daripada pihak yang terdesak untuk mempertahankan kuasa.

Mudah- mudahan rakyat juga akan lebih celik dan cerdik undang- undang agar tidak lagi ditipu dan diperdaya oleh UMNO/ BN.

Kerana...... RAKYAT BODOH.... UMNO SELAMAT !!!

15 November 2009

Bajet Gila Babi BN Perak- DSR Nizar

Persidangan DUN Perak 28 Oktober yang lalu merupakan satu lagi titik hitam dalam perjalanan demokrasi di Perak amnya di Malaysia. Suasana di luar dan dalam sidang DUN yang dipenuhi dengan anggota polis memperlihatkan UMNO/BN cukup terdesak sehingga memaksa dan memperkudakan institusi polis untuk melindungi kerja haram mereka.

Sekatan- sekatan yang dikenakan terhadap Speaker dan ADUN- ADUN Pakatan rakyat yang sah dari sudut perlembagaan, menggambarkan UMNO/BN sanggup melakukan apa sahaja demi menghalalkan cara.

Bajet sebangak 700 juta yang dibentangkan oleh MB Haram dan dipengerusikan oleh speaker yang haram telah diluluskan secara haram dalam masa 20 minit tanpa perbahasan dan tanpa kehadiran ADUN- ADUN Pakatan Rakyat dianggap sebagai "BAJET GILA BABI" dan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, menurut DSR Nizar ketika menyampaikan ceramahnya di Musolla al- Ehsan, Paya Ranggam malam semalam.

Antara bajet yang telah diluluskan oleh BN ialah bantuan sebanyak RM 400,000.00 diberikan kepada sekolah- sekolah persendirian Cina sedangkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) tidak mendapat sebarang bantuan.

Ketika pemerintahan Pakatan Rakyat kedua- dua belah pihak (Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Persendirian Cina) mendapat bantuan yang sama mengikut kiraan perkapita. Pada masa tersebut UMNO sibuk menyalak ke sana ke mari mengatakan DSR Nizar Boneka cina.

Sekarang rakyat terutamanya Orang Melayu sepatutnya menilai sendiri dengan pemikiran yang rasional, siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

Ketika UMNO memberhentikan bantuan perkapita kepada SAR, Pakatan Rakyat Perak membayar semula bantuan tersebut bermula dari tahun bantuan itu diberhentikan.

Pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu dapat dibuktikan dengan penafian bayaran royalti petroleum kepada pihak Kerajaan Kelantan. Sedangkan perjanjian yang ditandatangani pada tahun1974 jelas membuktikan bahawa kerajaan Kelantan berhak mendapat royalti bukannya sedekah berbentuk Wang Ehsan.

UMNO juga mengkhianati Melayu apabila menjadikan rakyat negeri Terengganu merupakan rakyat yang termiskin di Semenanjung Malaysia. Sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri yang terkaya di Malaysia. Disebabkan penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh BN, rakyat menjadi mangsa.

Peristiwa stadium Terengganu yang runtuh, masjid yang runtuh, pembaziran dalam penganjuran monsun cup, pembinaan masjid kristal dan sebagainya menggambarkan laungan UMNO untuk memartabatkan ketuanan melayu hanya retorik kosong semata- mata.

Sekiranya Pakatan Rakyat yang memerintah Terengganu dengan jumlah hasil royalti petroleum yang ada pastinya tidak ada rakyat yang miskin, bandar- bandar di Terengganu boleh dihubungkan dengan landasan keretapi laju, pusat perubatan bertaraf specialist dapat didirikan secara percuma di sana, anak- anak Terengganu dapat melanjutkan pelajaran ke serata dunia secara percuma dan sebagainya sekiranya royalti petroleum diuruskan dengan betul dan telus.

Ini telah dibuktikan melalui Laporan ketua Audit Negara yang memberikan taraf melebihi 3 bintang kepada negeri- negeri yang ditadbir di bawah Pakatan Rakyat termasuk negeri Perak (selama 10 bulan).

Tragedi demi tragedi yang menimpa negeri perak sejak akhir- akhir ini wajar difikirkan bersama. Antaranya tragedi kematian 3 orang pelajar di perkhemahan 1 Malaysia di Kampar, runtuhnya struktur bangunan di SUK, kebakaran yang luar biasa ke atas kapal perang moden TLDM di Lumut, banjir yang menimpa di kawasan- kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini dan entah apa lagi yang bakal menimpa seolah- oleh suatu malapetaka disebabkan kemungkaran dan kerja jahat UMNO/ BN di bumi Perak ini.

Untuk itu proses mendesak agar pembubaran DUN Perak akan terus gerakkan untuk menamatkan krisis perlembagaan yang semakin kusut sehinggakan pihak Mahkamah Persekutuan sehingga kini gagal menetapkan tarikh keputusan perbicaraan yang membabitkan status jawatan Menteri Besar Perak yang sah.

HIDUP... HIDUP... HIDUP RAKYAT !!!
BUBAR... BUBAR... BUBAR DUN PERAK !!!



10 November 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat perlu didisplinkan

Selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-12, pimpinan parti- parti politik Pakatan Rakyat semakin mendapat perhatian media arus perdana berbanding sebelumnya. Maklumlah, bertambahlah modal berita sensasi pihak akhbar.

Kesan kemenangan itu pula, muncul nama- nama pemimpin yang sebelum ini tidak begitu dikenali, malah mungkin tak dikenali langsung sebelum ini. Disebabkan sering kali menimbulkan isu- isu yang dianggap kontroversi, kini mereka menjadi perhatian media termasuk arus perdana.

Semestinya menjadi kewajipan media arus perdana untuk memaparkan kemungkaran pihak Pakatan Rakyat (pada kaca mata UMNO/BN). Secara tidak langsung, menggelapkan terus isu huru- hara yang berlaku dalam rumah tangga UMNO/BN. Taktik media media pro BN ini 1 Malaysia sudah tau….

Malangnya, dalam usaha pimpinan utama Pakatan Rakyat (TG Abd Hadi, DSR Anwar, Lim Keat Siang) membentuk usaha pengukuhan persefahaman ia nampaknya gagal disambut oleh pimpinan yang di bawah.

Sikap tidak profesional pimpinan terutamanya Ahli- Ahli Parlimen & ADUN-ADUN Pakatan Rakyat menjadi modal media arus perdana untuk melaga- lagakan mereka sesama sendiri. Perbuatan cabar- mencabar sesama ahli YB Pakatan Rakyat secara terbuka, mendedahkan tahap mentaliti dan disiplin mereka dalam politik.

Tidak dinafikan, bahawa sebahagian besar ahli- ahli YB kita berpendidikan tinggi dan golongan profesional, tetapi tindakan politik mereka langsung tidak menggambarkan personaliti mereka. Tindakan politik mereka saling tak tumpah seperti tindakan cabar- mencabar dan bersinsing lengan dalam peringkat kampung.

Tindakan membuat kenyataan media termasuk diblog atas alasan kebebasan bersuara juga amat dikesali. Adakah kebebasan bersuara itu sampai tiada batasnya?. Adakah itu cara yang bijak menunjukkan ketegasan dalam menyatakan pendirian sesuatu isu? Adakah kaedah tersebut akan dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul? Adakah sudah tertutup segala saluran parti untuk menyelesaikan masalah?

Isu yang didendangkan oleh media pro BN sekarang merupakan ISU- ISU DALAMAN parti- parti Pakatan Rakyat. Sepatutnya mereka lebih menumpukan isu- isu rakyat untuk diperjuangkan.

Rakyat memberikan seribu pengharapan kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN di bumi Malaysia ini. Tempoh sepenggal ini merupakan tempoh percubaan kepada Pakatan Rakyat. Sekiranya berjaya, saya yakin rakyat akan melanjutkan tempoh percubaan ini. Sekiranya prestasi tidak meyakinkan ditunjukkan, sudah pasti gelombang PRU ke-11 bakal berulang.

Oleh itu, pimpinan perlu didisplinkan terlebih dahulu, sebelum hendak mendisiplinkan ahli- ahli peringkat akar umbi. Sekiranya mereka gagal mematuhi disiplin parti lebih mendaftarkan diri sebagai PENGIKUT IBRAHIM ALI.

02 November 2009

Misi Menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dipertingkatkan

Kematian Teoh Beng Hock sedikit merencatkan perancangan BN untuk menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kini SPRM berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah untuk menjawab persoalan- persoalan yang menimbulkan keraguan terhadap kematian individu dalam masa penyiasatannya.

Seperti yang diduga oleh banyak pihak, BN tiada pilihan dalam pertaruhannya untuk merampas Selangor. Apa sahaja halangan di hadapan terpaksa jua dirempuh. Soal dosa pahala bukan lagi pertimbangan mereka kerana perinsip dosa pahala tiada tempat dalam kamus politik UMNO.

"Terlajak Perahu Boleh diundur, Terlajak Kata Badan Binasa". Pengisytiharan Najib Tun Razak mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat di Selangor tidak dapat ditarik kembali. Mahu tidak mahu, perang mesti diteruskan.

Menurut Dr. Lo' Lo' Ghazali, penangkapan Dr. Asri di atas tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah dilihat salah satu daripada perancangan sabotaj terhadap Kerajaan Negeri Selangor. Apa yang ingin digambarkan ialah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor anti aktiviti dakwah, anti majlis- majlis ilmu dan segala bentuk wajah negatif apatah lagi exco Hal Ehwal Agamanya ialah pemimpin Pas (Dr. Hassan Ali). Sedangkan dasar Kerajaan Selangor sangat jelas, di mana peluang menjalankan aktiviti- aktiviti agama dibuka dengan seluas- luasnya. Surau- surau yang ditutup oleh UMNO dihidupkan kembali oleh Pakatan Rakyat.

Perbuatan sabotaj seumpama ini bukanlah suatu yang baru kerana situasi yang sama berlaku dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Perak.

Yang dipersoalkan ialah cara penagkapan yang dilakukan bersama dengan sejumlah anggota polis yang begitu ramai, seolah- olah sedang mengepung penjenayah berbahaya yang sangat dikehendaki polis.

Tuduhan pula atas alasan tidak bertauliah. Jelas menggambarkan kelemahan dan ketempangan undang- undang dan pentadbiran Islam di negeri- negeri di Malaysia. Adakah Islam yang diamalkan di Perlis berbeza dengan Selangor? 1 Malaysia kenal siapa Dr. Asri.

Tapi Allah Maha Kaya, ditakdirkan pula ada 2 orang ADUN PKR dalam rumah tempat serbuan dilakukan.

Semasa zaman Almarhum Dato' Ishak Baharum sebagai mufti Selangor, JAIS sangat dikagumi kerana ketegasannya melaksanakan aktiviti mencegah kemunkaran. Kini... kerana 2, 3 kerat kakitangan JAIS yang sanggup bersetongkol dengan perompak- perompak politik, satu jabatan tercemar.

Tidak cukup dengan peranan JAIS, SPRM dipertingkatkan kuasa kudanya untuk menjadi alat menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor. Terkini, SPRM dengan bangga dan angkuhnya mengumumkan pendakwaan besar- besaran terhadap ahli politik Pakatan Rakyat di Selangor.

Untuk mengabui pandangan orang ramai agar tidak nampak disasarkan kepada Pakatan Rakyat semata- mata, seorang ahli parlimen BN terpaksa dikambing hitamkan.

Penyelewengan dan rasuah oleh pemimpin- pemimpin UMNO/ BN, langsung tak dihiraukan oleh SPRM. Stadium, kubah masjid runtuh di Terengganu, penyelewengan PKFZ yang didedahkan oleh Ahli Parlimen BN sendiri dalam parlimen, penyelewengan wang kerajaan negeri Perak oleh Zambery dalam kempen pilihanraya di Bukit Gantang, tawaran rasuah Muhyiddin Yasin kepada pengundi manek Urai jika menangkan BN, rasuah undi oleh BN di Bagan Pinang dan macam- macam lagi.

Semangat untuk meneruskan agenda rampasan kuasa di Selangor kembali, apabila ADUN Pelabuhan Klang dari PKR mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas dan menyokong BN. Apapun terima kasih kerana BN sudi untuk memelihara ANJING- ANJING KURAP yang banyak mendatangkan masalah kepada Pakatan Rakyat.

Mungkin BN boleh memperkudakan jentera kerajaan untuk memenuhi nafsu serakahnya, tapi ingat.... rakyat tidak dapat menerimanya.

Taktik jahat dan tidak bermaruah yang dilakukan oleh UMNO/BN di Perak dan kini di Selangor hanya mengundang rasa simpati rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

30 October 2009

Selamat Berkonvensyen: Pakatan Rakyat Perak

Di tengah- tengah kemelut politik di negeri Perak, Pakatan Rakyat Perak terus mengorak langkah mengukuhkan ikatan dengan mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel Syuen, Ipoh pada 31 Oktober 2009.

Sejak berlakunya rompakan kuasa oleh BN di Perak, ikatan ini bertambah kukuh kerana langau- langau yang menjadi duri dalam daging sudah melompat keluar menzahirkan wajah sebenar mereka. Komitmen yang ditunjukkan oleh ADUN- ADUN Pas, DAP dan PKR terbukti apabila mereka senada dalam apa jua isu, sanggup mengharungi bersama apa sahaja rintangan dan cabaran yang direncanakan oleh BN.

Bermula dengan pilihanraya umum ke-12 lagi, Pas, DAP dan PKR Perak sudah merintis jalan persefahaman untuk berhadapan dengan BN dengan nama Barisan Rakyat sehingga berjaya menumbangkan BN. Dari situlah bermulanya titik pertemuan pada peringkat pusat hingga terbinanya gabungan Pakatan Rakyat.

Pada 24 Oktober yang lalu telah diadakan Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak di Lumut yang juga menyaksikan bandar Lumut dilimpahi hampir ratusan anggota polis untuk membuat sekatan bagi menggagalkan program berkenaan.

Pakatan Rakyat Perak juga telah melahirkan ikon- ikon baru politik di Malaysia yang meliputi semua kaum antaranya DSR Nizar, Dato' Ngeh, dan V. Sivakumar.

Pada 28 Oktober yang lalu dalam sidang DUN Perak, seluruh dunia menyaksikan, betapa kukuhnya ikatan ADUN- ADUN Pakatan Rakyat Perak menempuh segala halangan yang dicipta oleh BN. Sekatan- sekatan dan kekasaran yang dilakukan oleh polis (yang menjadi hamba dan pekakas BN) terhadap ADUN- ADUN Pakatan Rakyat tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk mempertahankan suara rakyat.

Semakin kuat tekanan yang dilakukan oleh BN, semakin kukuh perpaduan terjalin dalam Pakatan Rakyat Perak.

Walaupun media arus perdana mencanangkan keretakan dan perpecahan dalam parti- parti komponen Pakatan Rakyat, namun ia tidak memberikan kesan terhadap kebangkitan Pakatan Rakyat di bumi Perak.

Ayuh rapatkan saf, kukuhkan jama'ah, dan bersedia untuk kembali memimpin di negeri Perak Darul Ridzuan.

"SELAMAT BERKONVENSYEN"


26 October 2009

Lagi Kereta Terbakar. Mungkinkah Kerana Ron95?

Kejadian berlaku kira- kira jam 7.30 pagi saya terserempak dengan kebakaran yang berlaku ke atas sebuah kereta di Sauk, jalan Kuala Kangsar- Lenggong berhampiran dengan kuari.

Ketika itu saya dalam perjalanan ke tempat kerja.

Al- Hamdulillah, pemandu dan penumpang selamat. Kereta yang dipandu oleh Salleh dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong, Kati.

Beliau hanya menyedari kebakaran berlaku apabila diberi isyarat oleh pemandu kereta di belakangnya.Api dikatakan bermula dari bahagian sisi belakang keretanya.

Beliau yang tinggal di Kampung Changkat Pinang, Sauk bekerja sebagai penjaja "Apum Balik" di pasar- pasar malam sekitar Kuala Kangsar.

Beliau bersama anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri hanya mampu memerhatikan keretanya hangus dijilat api bersama orang ramai.

Pasukan Bomba sampai ke tempat kejadian sekitar jam 7.40 pagi.

Kejadian yang sama berlaku di Kg. Raban, jalan yang sama pada hari ahad sebelumnya juga melibatkan kebakaran sebuah van produa rusa apabila berlanggar dengan sebuah kereta Mercedez Benz menyebabkan pemandu van berkenaan mati terbakar di tempat kejadian.

Beberapa hari sebelum itu, akhbar tempatan melaporkan kebakaran kereta akibat kemalangan di Kelantan yang mengorbankan seorang selebriti tempatan.

Kadang- kadang saya terfikir, mungkinkah kekerapan kebakaran kenderaan akibat kemalangan disebabkan penggunaan petrol Ron95 yang digunakan secara meluas di negara kita pada masa kini?

Mari kita kaji... dan fikir- fikirkan...

25 October 2009

Kenyataan Media Presiden Pas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato' Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

sumber: harakahdaily.net

Kenyataan Media (25 Oktober 2009)

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,
DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN

Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak.

Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan:

Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang. Pada 3 persidangan yang lepas seluruh rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa pihak polis telah menghalang adun Pakatan Rakyat untuk bersidang bahkan telah mengganggu ADUN dari Pakatan Rakyat menunaikan amanah rakyat untuk mereka bersidang.

PAS Perak, sangat bimbang sekiranya berlaku sebarang kekerasan dari pihak Polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang sepertimana yang berlaku pada sidang-sidang DUN yang lepas, oleh itu bagi PAS Perak perkara seperti ini tidak boleh berulang sama sekali.

Kedua : PAS Perak menyeru agar pihak polis menjaga keselamatan ADUN Pakatan Rakyat daripada sebarang gangguan “samseng-samseng” yang tidak dikenali yang berkemungkinan akan muncul pada sidang dewan yang akan datang. PAS Perak melihat tindakan “samseng-samseng” yang tidak dikenali ini telah menimbulkan kekacauan pada sidang-sidang yang lalu harus dihalang daripada terus menimbulkan kekacauan. Tindakan mengheret Speaker YB V. Sivakumar pada sidang DUN yang lalu amat tidak bermoral dan melanggar etika kemanusiaan.

Sehubungan itu, kami amat berharap pihak polis dapat menghalang sebarang tindakan tidak bermoral yang mungkin dibuat oleh pihak “samseng-samseng” ini pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Ketiga: Pimpinan PAS Perak juga bertegas agar pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN. Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN. Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan.

Keempat: Sehingga kini, mahkamah masih lagi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan keputusan ini masih dalam urusan mahkamah, dan Berdasarkan keputusan terbaru juga, mahkamah tinggi telah membenarkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, dan enam lagi ADUN Pakatan Rakyat untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menyatakan tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak iaitu Behrang, Cangkat Jering Dan Jelapang.

Perkara ini semestinya akan menyebabkan kecelaruan bagi sidang DUN yang akan diadakan ini. Sehubungan itu, PAS Perak mendesak agar DUN Perak segera dibubarkan bagi mengembalikan semula hak rakyat memilih kerajaan yang sebenar untuk mentadbir Negeri Perak, Bagi PAS Perak ini adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan berbagai lagi insiden yang akan berlaku pada masa akan datang selagi mana DUN Perak tidak dibubarkan

Dengan ini saya, selaku Pesuruhjaya mewakili seluruh pimpinan PAS Perak, akan terus konsisten menggesa agar DUN Perak segera dibubarkan untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada rampasan kuasa oleh pihak Barisan Nasional. PAS Perak menggesa supaya kembalikan semula hak rakyat, berikan mandat kepada rakyat tentukan siapa kerajaan pilihan mereka.

“ ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN

Pesuruhjaya PAS,

Perak Darul Ridzuan

24 October 2009

Lumut: Bandar PDRM

Sabtu, semalam kebetulan berlangsung dua program besar peringkat negeri anjuran dua buah sayap parti Pas Perak. Dewan Muslimat Perak mengadakan himpunan di Ayer Tawar manakala Dewan Pemuda Perak mengadakan himpunan di Lumut dan seterusnya ke Pulau Pangkor.

Sepanjang pengalaman mengikuti program- program anjuran Pas, belum pernah lagi saya melihat puluhan anggota polis berada dalam kawasan program anjuran Dewan Muslimat. Semalam bertempat di sebuah dewan cina menyaksikan anggota polis begitu ramai termasuk polis trafik mengawasi perjalanan program Muslimat. Walau bagaimanapun program berjalan lancar dengan kehadiran pimpinan- pimpinan peringkat negeri dan pusat. Kehadiran muslimat dari kawasan- kawasan seluruh Perak juga amat menakjubkan dengan berpakaian serba hitam dengan semangat yang berkobar- kobar untuk menggerakkan jentera pilihanraya merampas kembali Perak dari tangan penyamun BN.

TAHNIAH MUSLIMAT!!!

Sementara di Markas Pas Lumut pula berlangsungnya konvoi dan himpunan pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Dewan Pemuda Pas Perak bersama pemuda DAP dan PKR. Kehadiran bilangan polis yang begitu ramai termasuk FRU tidak menghalang anak- anak muda untuk menjayakan program di sana.

Di bandar Lumut pula, dibanjiri dengan ratusan anggota polis untuk mengawasi suasana di sana memandangkan pemuda Pakatan Rakyat akan mengharungi lautan menuju ke Pulau Pangkor bagi memastikan DUN pangkor akan dibebaskan daripada rejim Zambry (MB HARAM) pada pilihanraya akan datang.

Semalam saya merasakan seolah- olah berada di BANDAR PDRM.

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat begitu terserlah mengadakan kempen Bubarkan DUN Perak... Dewan Ulama ??? Camna ???

19 October 2009

Najib hanya mampu menciplak

Dulu Pas Kelantan menambah bilangan hari cuti bersalin bagi kakitangan kerajaan, diperlekehkan oleh UMNO/BN, kemudian.... mereka pun tiru.

Kemudian, Pas Kelantan dan Terengganu mengisytiharkan 5 hari waktu bekerja seminggu untuk kakitangan kerajaan, macam- macam komen negatif daripada UMNO/BN. Ada yang kata malas, tak merangsang ekonomi, tak produktiviti... Tak lama kemudian UMNO/BN pun tiru. Mula- mula nak mengelakkan supaya nampak tak sama, diisytiharkan cuti setiap sabtu pertama dan ketiga, akhirnya diisytiharkan terus cuti setiap sabtu.

DAP dah lama melaungkan konsep Malaysian, Malaysia. Puak- puak ekstrem Melayu UMNO hentam konsep DAP habis- habisan kononnya alasan ketuanan Melayu. Sekarang puak- puak ekstremis Melayu UMNO berkokok konsep 1 Malaysia konon. Samalah tu... cuma beza Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris je...

Penciplakan terbaru... Najib dengan bangganya mengumumkan tarikh 16 September akan diisytiharkan sebagai cuti umum mulai tahun 2010 sebagai memenuhi syarat sah konsep 1 Malaysia ciptaannya. Sedangkan Pakatan Rakyat terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim telah lama mengutarakan idea serta tuntutan kepada Kerajaan agar 16 September dijadikan sebagai cuti umum serta sambutan kemerdekaan yang sebenar bagi Malaysia.

Peristiwa pengisytiharan oleh Penasihat PKR itu untuk menubuhkan kerajaan yang baru pada 16 September tahun lalu juga menghantui BN sehingga sanggup melarikan ahli- ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ke luar negara yang kononnya akan melompat parti kepada Pakatan.
Rakyat.

Walaupun gagal menubuhkan kerajaan pada tarikh tersebut, hasrat untuk menjadikan 16 September sebagai cuti umum tercapai. Selepas ini akan lebih banyak lagi idea- idea pimpinan Pakatan Rakyat akan direalisasikan oleh Najib. Yang sangat ditunggu- tunggu ialah penubuhan Dewan Ulama UMNO.

Hanya Pak Lah sahaja yang tak sempat mengisytiharkan penambahan cuti umum hari kebesaran Islam iaitu "ISLAM HADHARI".

16 October 2009

SPR Perak dah beri signal

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121. BERNAMA

14 October 2009

Program Mesra Rakyat & Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Padang Rengas

Pada 4. 10. 2009 (Ahad), Pas Kawasan Padang Rengas telah mengadakan Program Mesra Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Parlimen Padang Rengas. Kali ini DUN Chenderoh menjadi lokasi pilihan program diadakan.

Semangat jihad yang yang ditunjukkan oleh pendokong Pas amat menakjubkan apabila En. Md. Zalani (Ketua Kampung Pakatan Rakyat Chuar Hilir) menyediakan tanah kepunyaannya untuk dijadikan tapak program.

Suasana suram dengan keadaan cuaca tidak menentu sepanjang minggu sebelum itu amat menggusarkan pihak penganjur. Apa tidaknya, sepanjang hari gotong- royong persediaan tempat kami bermandikan hujan dari pagi hingga ke malam.

Dengan doa dan munajat dari semua pihak, maka tibalah hari yang dinantikan.

Pada waktu paginya, hujan gerimis mula menyirami. Acara dimulakan dengan sukaneka PASTI bagi Kawasan Padang Rengas. Bagi memastikan anak- anak kecil ini dapat memenuhi hasrat mereka untuk bersukan pihak penganjur buat sekian kalinya membuat trek dibawah khemah (ala- ala stadium le).

Pada waktu pagi juga beberapa acara menarik disusun iaitu pemeriksaan kesihatan dan ubat percuma, perkhidmatan Darussyifa', pertandingan memasak, mewarna, cabutan bertuah, sajian roti canai percuma, pendaftaran pengundi baru, pertandingan tarik tali serta gerai jualan.

Pada sebelah petangnya pula diadakan Jamuan Aidilfitri, tarik tali akhir, sukaneka, persembahan taekwando dan kompang.

Pada sebelah malamnya, setelah penat mengerah tenaga, rakyat disajikan pula dengan Ceramah Perdana yang membariskan penceramah- penceramah Pakatan Rakyat iaitu YB Hj. Zainuddin (ADUN Lubuk Merbau), Sdr. Mustafa Kamil Ayub (Naib Presiden PKR) dan YB Nga Kho Ming (ADUN Pantai Remis) dari DAP.

Alhamdulillah, Allah memberikan pertolongan dengan mengurniakan cuaca yang cukup baik yang membolehkan orang ramai datang ke program tersebut. Sambutan yang cukup baik daripada orang ramai tanpa mengira fahaman politik atau kaum sepanjang hari berkenaan memberikan petanda positif masa depan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

Pihak penganjur merakamkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada Tuan Rumah (En. Md. Zalani sekeluarga), Anggota Unit Amal, Penduduk Setempat, Penderma- Penderma serta semua pihak yang bertungkus- lumus menginfakkan apa sahaja bentuk sumbangan bagi menjayakan program tersebut dari awal hinggalah ke penghujung program.

Nazmi Yasin
Setiausaha Program

BAGAN PINANG: Kenyataan Media Presiden PAS

Keputusan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah sama-sama kita ketahui, di mana Barisan Nasisonal (BN) telah mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh mereka menerusi Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu.

Serentak dengan itu, pelbagai pihak telah memberikan analisa, ulasan, komen dan cadangan masing-masing terhadap keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Apa yang pasti ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek 'politik tempatan dan nasional' untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan.

Sementara itu saya meminta semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN.

Hakikatnya ialah kita menyertai pilihanraya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan.

Walauapapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihanraya kecil ini.

Presiden PAS

Tuan Guru Presiden sedang berada di Syria dan beliau menghubungi Dr Ahmad Samsuri selaku Setiausaha Politik Presiden PAS untuk kenyataan media ini

08 October 2009

Angkara Pengganas UMNO di Bagan Pinang










Bagi menyesuaikan identiti parti yang mengekalkan ikon calon rasuah, UMNO/BN dilihat cuba melengkapkan identiti lambang partinya perkaumannya (keris bertelanjang) dengan menggunakan petugas- petugas pengganas dalam siri kempen pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Menurut sidang media oleh YB Salahuddin Ayub selaku Pengarah Pilihanraya Pas kali ini, sebanyak 5 aduan polis telah dibuat semalam berhubung serangan pengganas tajaan UMNO. Beliau juga berharap polis dapat menjalankan siasatan secara telus tanpa tunduk kepada arahan pimpinan UMNO semata- mata.

Beliau juga menyelar kenyataan Dato' Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri yang dilihat cuba mempengaruhi keputusan siasatan pihak polis.

Wahai pengundi- pengundi di Bagan Pinang, gambar di atas hanyalah secebis daripada kezaliman UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.

27 September 2009

Polis mesti siasat Fakeh Adam

Gara- gara nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, wajah pemimpin UMNO disimbah cat merah dibeberapa lokasi. Yang dilaporkan setakat ini ialah wajah Dr. Zambery dan Dr. Zahid Hamidi. Siapa punya angkara, tidaklah diketahui. Mengapa pula mereka sahaja yang menjadi sasaran, hanya empunya angkara yang boleh memberi jawapan.

Nampaknya masalah vendalisme bukan lagi hanya berlaku di tandas- tandas awam, di telefon awam atau segala yang ber
kaitan dengan hal ehwal awam tetapi sudah menular dalam kancah politik.

Bukan perkara baru pun, dalam kempen- kempen pilihanraya kegiatan ini biasa berlaku cuma ia akan menjadi heboh dan gempar satu dunia, jika berlaku ke batang hidung pemimpin UMNO. Kita pun sedia maklum pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat juga tidak terlepas daripada serangan- serangan seumpama ini.


Islam tidak pernah mengajar umatnya berkelakuan demikian apatah lagi Pas sebagai parti yang memilih perjuangan melalui saluran demokrasi tidak pernah mendidik pengikutnya berbuat demikian. Walau ditekan dan diasak dari pelbagai sudut Pas tetap teguh memilih jalan keamanan untuk menumbangkan Barisan Nasional.


Agak mendukacitakan apabila ada beberapa kerat pemimpin UMNO yang terus menuduh Pas sebagai dalang disebalik kegiatan yang tidak sihat itu. Contohnya tuduhan melulu yang dilemparkan oleh Fakeh Adam (ADUN Lintang, Sungai Siput) terhadap Pas.
Polis sewajarnya menyoal siasat beliau kerana tuduhan tersebut menunjukkan bahawa beliau mempunyai bukti individu yang terlibat menyimbah cat berkenaan. Sekiranya Fakeh Adam gagal mengemukakan bukti, menunjukkan beliau telah berbohong dan membuat tuduhan palsu yang berniat jahat memburukkan Pas.

26 September 2009

Bloggers Pas: Jangan Jadi Sayap Baru Utusan Malaysia

Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO..

09 September 2009

SPR sebagai Penjaga Gol BN di Bagan Pinang




Tarikh penamaan calon dan pembuangan undi pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan kemungkinan akan diketahui isnin depan.

Ramai yang menjangkakan hari pengundian akan dijalankan pada hari Ahad atau pun cuti umum, tidak seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini yang diadakan pada hari bekerja.
Ini disebabkan kerusi yang dikosongkan itu adalah kerusi Barisan Nasional.

Bagi mempertahankan mejoriti, BN tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa memudahkan pengundi- pengundinya untuk pulang mengundi.
Apa pula rasional SPR kali ini, jika ianya benar- benar menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat.

BN pastinya akan memastikan gawang golnya tidak lagi dibolosi oleh Pakatan Rakyat buat kali ke- 8. Oleh itu SPR adalah antara senarai penjaga gol terbaik untuk memastikan maruahnya tidak bertambah tercalar.


Kemelut yang melanda dalam Barisan Nasiaonal bukan lagi rahsia.
Pertembungan Kumpulan Derih Jusoh dan Md Said di Terengganu, Percakaran antara Presiden & Timbalan Presiden MCA, Perebutan jawatan dalam PPP, serta pertikaman lidah antara Samy Velu dan Subramaniam dalam MIC menyebabkan jentera parti- parti komponen BN tidak dapat disatukan lagi.

Oleh yang demikian, BN memerlukan talian hayat dari luar dengan memperkudakan agensi- agensi kerajaan seperi SPRM, PDRM dan SPR untuk menyelamatkan BN daripada terus ghuyub.


Jadi sama- samalah kita TUNGGUUU !!!

31 August 2009

1 Malaysia Terima Hadiah


Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 pada kali amat bermakna, kerana buat sekian kalinya ia jatuh dalam bulan Ramadhan al- Mubarak yang begitu signifikan dengan kemenangan umat Islam khususnya dalam peperangan Badar al- Kubro.
Sambutan pada tahun ini juga merupakan buat kali pertamanya bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan slogannya 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
Apabila berlaku sesuatu peristiwa besar dalam negara, Najib Tun Razak tidak pernah lupa untuk mengembirakan hati rakyat dengan pelbagai hadiah- hadiah yang istimewa kepada rakyat. Misalnya selepas 100 hari pentadbiran beliau pelbagai hadiah diumumkan kepada rakyat untuk memenuhi slogan 1 Malaysianya.
Pada hari ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke-52, rakyat diberikan bonus lagi, untuk menambahkan BEBAN yang sedia ada untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pengumuman harga baru petrol yang akan berkuatkuasa 1 September 2009.
Alasan Pak Menteri seperti skrip lama:"Kenaikan harga di pasaran dunia".
Masa harga pasaran minyak dunia turun tak pulak diturunkan segera harga minyak di Malaysia. Alasan yang memperbodoh- bodohkan rakyat ini masih terus digunakan kerana mereka tahu rakyat yang BODOH ini akan terus memberi undi kepada BN dalam pilihanraya akan datang.
Maka saya menyeru kepada mereka yang masih berada dalam golongan BODOH tersebut agar merdekakan minda daripada proses pemBODOHan yang dilakukan oleh UMNO-BN.

27 August 2009

Isu sebat: Respon daripada Presiden Pas

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat. Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40- 80 rotan jumlahnya.


Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri. Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya ? adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi.
26 Ogos 2009

Isu sebat, jawapan untuk Tun Mahathir

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham.

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.

Semoga beroleh manfaat, sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

5 Ramadhan 1430 H

26 Ogos 2009




Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia


Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura awal hari ini.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik. Pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura hari ini.

Menurut laporan, pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi. Hospital itu kini dalam proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,
Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Kajang.
Al- Fatihah..

24 August 2009

Amanat Tok Guru kepada pengundi Permatang Pasir

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarokatuhTuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.
Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan.

Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita.

Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan.

Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah.

Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan.
Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009