28 October 2011

ZIARAH MTD CHENDEROH KE KG. SETERUS

Pas Kawasan Padang Rengas melalui jentera Dewan Pemuda Pas Kawasan serta MTD Chenderoh meneruskan program ziarah ke UPU- UPU dalam rangka menyelami masalah rakyat secara langsung. Kali ini pada 23. 10. 2011 yang lalu UPU Kg. Seterus menjadi lokasi pilihan rombongan MTD Chenderoh yang di ketuai oleh Dr. Azalan Radzi. Bersama ini disertakan gambar- gambar untuk tatapan pengunjung blog kami:

















22 October 2011

Jasa BN.. 54 Tahun Merdeka


Inilah jasa BN selama 54 tahun merdeka sebahagian besarnya rakyat Malaysia . Prasarana kehidupan di Estate Sungai Biong, Sauk.

 Rumah tempat Pusat Asuhan kanak- kanak pekerja ladang
 Taman Kanak- Kanak

 Rumah pekerja ladang


EKSPEDISI DAKWAH KE ESTATE SG. BIONG, SAUK


 
Sempena perayaan Depavali yang bakal menjelang, MTD Chenderoh bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Rengas, turun menyantuni penduduk yang sebahagian besarnya berbangsa India di Estate Sungai Biong, Sauk. Mereka bekerja sebagai penoreh getah.

Dengan sedikit buah tangan dan ang pau untuk kanak- kanak, kami dapat berkongsi kegembiraan bersama mereka sambil menyelami masalah yang dihadapi masyarakat setempat. 

Rombongan Pas turut disertai oleh AMK Padang Rengas yang diketuai oleh Dr. Meor yang juga merupakan Ketua AMK negeri Perak.

Melihat prasarana kehidupan mereka, sepatutnya mereka menikmati kehidupan yang lebih baik setelah 54 tahun negara ini merdeka.

Dengan membawa mesej "Membangun Negara Berkebajikan", Pas bersama Pakatan Rakyat berazam menyediakan kehidupan yang lebih baik dan adil untuk seluruh rakyat Malaysia.

Berikut dipaparkan gambar- gambar sekitar program berkenaan untuk tatapan kita bersama: