05 October 2011

PEGAWAI KHAS ADUN LUBUK MERBAU MENINGGAL DUNIA

Mej (B) Abdul Rahman (Berbaju Melayu Kuning) Pegawai Khas kepada ADUN Lubuk Merbau telah kembali kerahmatullah sebentar tadi kerana penyakit jantung. Jenazah beliau kini masih lagi di Hospital Kuala Kangsar.
Allahyarham mula aktif dalam parti PAS selepas bersara daripada perkhidmatan tentera. Pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha PAS Kawasan Padang Rengas, Ketua Cawangan Taman Kuala Kangsar dan yang terakhir dilantik sebagai Pegawai Khas dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Lubuk Merbau selepas Pilihan Raya Umum ke- 12.
Mudah- mudahan roh beliau dicucuri rahmat.. Al Fatihah