22 October 2011

EKSPEDISI DAKWAH KE ESTATE SG. BIONG, SAUK


 
Sempena perayaan Depavali yang bakal menjelang, MTD Chenderoh bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas serta Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Rengas, turun menyantuni penduduk yang sebahagian besarnya berbangsa India di Estate Sungai Biong, Sauk. Mereka bekerja sebagai penoreh getah.

Dengan sedikit buah tangan dan ang pau untuk kanak- kanak, kami dapat berkongsi kegembiraan bersama mereka sambil menyelami masalah yang dihadapi masyarakat setempat. 

Rombongan Pas turut disertai oleh AMK Padang Rengas yang diketuai oleh Dr. Meor yang juga merupakan Ketua AMK negeri Perak.

Melihat prasarana kehidupan mereka, sepatutnya mereka menikmati kehidupan yang lebih baik setelah 54 tahun negara ini merdeka.

Dengan membawa mesej "Membangun Negara Berkebajikan", Pas bersama Pakatan Rakyat berazam menyediakan kehidupan yang lebih baik dan adil untuk seluruh rakyat Malaysia.

Berikut dipaparkan gambar- gambar sekitar program berkenaan untuk tatapan kita bersama: