17 October 2011

ZIARAH HANAFI JABATAN AMAL

 Dr Azalan sedang bertanyakan sesuatu kepada Hanafi
Adik Ridzuan b. Hanafi (9 tahun) selamat menjalani pembedahan buat kali ke dua jam 9 malam tadi di Hospital Taiping. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Taiping pada hari khamis yang lalu telah menjalani pembedahan pertama kerana Apendiks.

Namun semalam beliau mengalami masalah kembung perut dan masalah pada bahagian usus menyebabkan beliau terpaksa dibedah buat kali kedua hari ini.

Bapa beliau, saudara Hanafi (gambar) merupakan salah seorang anggota Jabatan Amal yang aktif di Kawasan Padang Rengas. 

Petang tadi, Dr Azalan Radzi (Naib YDP Pas Kawasan Pdg Rengas) bersama dengan Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas telah menziarahi beliau dan sempat menunggu hingga pembedahan selamat dijalankan.

Mudah- mudahan saudara Hanafi sekeluarga tabah menghadapi dugaan.

Bagi sahabat- sahabat yang berkelapangan bolehlah menziarahi anak beliau di wad 3D hospital Taiping.