Bermula pada jam 2.30 petang kami mula bergerak dari rumah ke rumah untuk beramah mesra dengan penduduk setempat bagi mendekatkan Pas dengan masyarakat dengan diketuai oleh Dr Azalan b. Radzi (Naib YDP Pas Kawasan Pdg Rengas) dengan diiringi oleh pimpinan Pas Cawangan Cheh.
Rombongan kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk setempat serta mengalu-alukan langkah pimpinan Pas turun padang menyelami masalah rakyat tanpa mengira latar belakang politik sambil membawa sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan.
Berikut adalah gambar- gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berkenaan.