22 December 2010

SUBSIDI: Rakyat dikurangkan, Rosmah ditingkatkan

Tahniah PM kerana berjaya mendidik rakyat untuk berbelanja secara berhemah. Di samping contoh penjimatan duit kerajaan melalui pengurangan subsidi terhadap rakyat dalam pelbagai perkara termasuk petrol. Subsidi gula dikurangkan, rakyat diminta kurangkan pengambilan gula. Subsidi letrik dikurangkan, rakyat diminta menjimatkan letrik.

Kakitangan kerajaan pun kena print slip gaji sendiri di melalui portal Jabatan Akauntan Negara berkemungkinan juga kerana langkah penjimatan kerajaan untuk kos percetakan.

Namun kasih terhadap isteri mengatasi segala- galanya. Biar rakyat dahulukan wang sendiri akhirnya Rosmah juga yang mendapat peruntukan yang tinggi.

Tapi perbelanjaan yang dilakukan oleh Rosmah tidaklah begitu tinggi cuma menghampiri RM 4.5 juta sahaja. Bagi Si Suami perbelanjaan tersebut adalah berpatutan dengan statusnya sebagai isteri Perdana Menteri. Hanya untuk melayan 15 orang individu (kebanyakannya dari Afrika) yang dikatakan Wanita- Wanita Pertama hampir RM 4.5 juta di habiskan dalam masa 3 hari.

Beruntungnya UMNO/BN kerana mempunyai isteri Perdana Menteri yang sangat pandai menghabiskan wang negara.

Namun rakyat Malaysia yang bukan spesis UMNO/BN terasa amatlah malangnya mempunyai isteri Perdana Menteri yang menghabiskan wang rakyat dikala rakyat menaggung derita.

Begitu juga dengan Bajet Seluar Dalam yang dibentangkan baru- baru ini memberikan khabar gembira buat Si Rosmah kerana peruntukan yang luar biasa terhadap program Permata Pintar di bawah naungannya.

"TAHNIAH 1 MALAYSIA, WANG RAKYAT DIDAHULUKAN, ROSMAH DIUTAMAKAN"

BUKU JINGGA (100 HARI PEMERINTAHAN PR): HANTUI UMNO/BN

Konvensyen Pakatan Rakyat ke- 2 dah berlalu. Banyak perkara yang boleh ditafsirkan sama ada yang tersurat mahupun tersirat.

Walaupun baru berusia menghampiri 3 tahun, namun 2 konvensyen telah diadakan menandakan isyarat yang jelas terhadap komitmen ketiga- tiga parti untuk mengambil alih Putrajaya. Harapan rakyat untuk melihat Malaysia ditadbir secara telus dan adil mampu dipikul oleh gabungan PAS, PKR dan DAP.

Adalah wajar konvensyen kali ini menyebabkan UMNO/BN sesak nafas dan menjadi bengong. Antaranya kenyataan Karpal terhadap isu negara Islam. Dan yang lebih membengongkan UMNO/ BN ialah komitmen 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.

Kenyataan pemimpin No. 1 dan 2 negara jelas menggambarkan standard pemikiran di bawah paras kemiskinan yang diwarisi oleh UMNO/ BN turun- temurun. Mereka memperlekehkan tawaran PR malah merendahkan kemampuan pemikiran pemimpin PR. Seolah- olah pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat yang ada terdiri daripada golongan yang buta huruf dan tiada pendidikan.

Ketika Pas mula memerintah Kelantan, UMNO/ BN memberikan hanya 3 bulan untuk Pas bertahan dengan sekatan demi sekatan dari pusat. Nah !!! sampai sekarang UMNO terkial- kial untuk merampas semula Kelantan malah Kelantan semakin maju dan makmur berbanding negeri- negeri yang di perintah UMNO/ BN.

Bila PAS diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Terengganu dengan di pimpin oleh TN Guru Abd Hadi Awang, UMNO/ BN bagi lagi tempoh masa 3 bulan untuk Pas bertahan di Terengganu dengan menyekat royalti petroleum. Dengan harapan kerajaan Terengganu akan tumbang namun dengan pertolongan Allah,  Terengganu terus ditadbir dengan baik oleh Pas dan lebih maju walaupun tanpa royalti petroleum.

Pendek kata Pas tetap mampu mentadbir walaupun mendapat sekatan- sekatan ekonomi dari pusat. Inilah yang tak mampu dilakukan oleh UMNO/BN. Mereka hanya mampu memerintah dengan bantuan dari pusat. Negeri- negeri yang diperintah oleh UMNO/BNlah yang mempunyai hutang paling tinggi terhadap kerajaan pusat. Tanpa bantuan hutang dari kerajaan pusat dah lama negeri- negeri pemerintahan UMNO/ BN "bungkus".

Selepas PRU ke-12, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (sebelum rampasan kuasa) telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Yang menariknya ke semua parti (PAS, PRK, DAP), berpeluang mengetuai mengetuai pentadbiran negeri.

Laporan Ketua Audit Negara selama 2 bulan berturut- turut membuktikan negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mempunyai rekod urus tadbir yang jauh lebih baik berbanding negeri- negeri diperintah UMNO/ BN.

Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh UMNO/ BN.

100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat membuktikan UMNO/BN tidak mampu menawarkan yang terbaik kepada rakyat. Tak perlu tawaran yang hebat- hebat "NAK BAYAR BONUS KAKITANGAN KERAJAAN PUN TERKIAL- KIAL". Nasib baiklah Lim Guan Eng isytihar bonus di Pulau Pinang.

Kalau dulu UMNO/BN begitu fobia dengan warna HIJAU... kini warna JINGGA pula menghantui Najib dan Rakan- Rakan

"AYUH RAKYAT MALAYSIA... BERANI BUAT PERUBAHAN"

21 December 2010

ZUL KULIM DAH JADI SUMBER RUJUKAN UTUSAN MELOYA

Zul Kulim kini semakin popular di akhbar- akhbar pro UMNO/BN. Malah kenyataan beliau sekarang menjadi bahan rujukan utama di akhbar- akhbar berkenaan. Tak lain tak bukan kerana kelantangannya menyerang pimpinan- pimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun dah berpaling- tadah tadah dari PKR, namun beliau yang masih sayangkan jawatan YB yang dimenanginya di atas platform PKR. Sekiranya beliau benar- benar bermaruah, beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan berjuang di atas platform yang lain.

Namun dengan penuh rasa tak malu, beliau masih memegang jawatan tersebut yang tidak mungkin dimenanginya jika bertanding atas tiket bebas.Siapa yang tak sayangkan jawatan YB woiii...

Kenyataan terbaru beliau menyerang DAP dengan menyamakannya dengan PAP di Singapura jelas menunjukkan sikap beliau yang menggunakan imej Islam dalam menampilkan peribadinya. Kenyataannya yang langsung tidak menggambarkan sifat sebagai pendakwah Islam jelas memberikan imej buruk terhadap Islam dalam konsep dakwah. Itulah wajah sebenar beliau...

Adakah PAP sekarang yang menjadi punca Melayu ditindas? Mungkin ada kebenarannya.

Namun, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memisahkan Singapura dari Malaysia seterusnya menggadaikan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Bukankah Melayu UMNO? Mengapa Zul Kulim tak menyalahkan Melayu UMNO ini?

Namun sebagai saudara Islam, penulis menasihati beliau agar kembali kepada Islam yang sebenar serta menunjukkan sikap ikhlas beliau dalam membela Islam. Diharap beliau tidak terus membuat kenyataan- kenyataan yang merugikan Islam khususnya di Malaysia ini.

USTAZ ZAKARIA SAMAN AKHBAR & ADUN

Ekoran fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap beliau bersabit khutbah jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad menfailkan saman terhadap akhbar Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," ujar Ustaz Zakaria.

Mungkin ramai yang tidak mengenali Ustaz Zakaria Ahmad secara dekat. Ini mungkin disebabkan beliau tidak pernah muncul dalam program- program TV atau radio. Namun bagi yang sering mengikuti kuliah- kuliah pengajian di masjid- masjid terutamanya di sebelah utara semenanjung, beliau merupakan tuan guru yang sangat berilmu dan dihormati.

Kepakaran beliau terutamanya dalam ilmu fiqh tidak dapat dinafikan.Malah adik- beradik beliau merupakan ulama- ulama yang sangat dikenali. Antaranya ialah Mufti Kerajaan Pulau Pinang sekarang serta Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat.

Oleh itu, langkah UMNO untuk cuba memburukkan imej beliau merupakan suatu kesilapan kerana mungkin mereka tidak mengenali latar belakang beliau.

Kami mendoakan mudah- mudahan segala langkah yang diambil oleh beliau akan dipermudahkan oleh Allah dan akan memberikan pengajaran kepada golongan yang busuk hati terhadap perkembangan Islam.

20 December 2010

KARPAL BUAT UMNO TAK TENANG DI TENANG

Kenyataan terbaru Karpal Singh terhadap pendiriannya dalam isu negara Islam di Konvensyen Pakatan Rakyat ke- 2 baru- baru ini benar- benar menggugat ketenangan UMNO/ BN terutama dalam menghadapi pilihanraya kecil di DUN Tenang.

Beliau yang sebelum ini antara pimpinan DAP yang begitu keras menentang penubuhan negara Islam oleh PAS dilihat memperlihatkan kelunakan dan toleransi dalam membicarakan isu ini pada masa kini.

Menyedari bahawa pendiriannya sebelum ini telah membuka peluang kepada UMNO untuk melagakan PAS dan DAP, kini beliau secara terbuka membuka pintu rundingan untuk pemimpin Pakatan Rakyat membincangkan isu ini secara permuafakatan.

Inilah peluang terbaik bagi pimpinan PAS untuk memberikan gambaran sebenar tentang Islam dengan cara yang penuh bijaksana.

Dalam ucapan penggulungan tersebut, beliau sekali lagi menegaskan bahawa DAP akan terus mendukung dan mempertahankan perlembagaan negara termasuk perkara- perkara yang melibatkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Permuafakatan yang semakin kukuh yang ditunjukkan oleh PAS, PKR dan DAP ini merupakan berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia. Sikap profesional sebeginilah yang perlu ada dalam setiap lubuk hati pemimpin Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan isu- isu yang berbangkit.


Sesungguhnya rakyat Malaysia meletakkan harapan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman dan kerakusan UMNO/ BN dari terus berkuasa.

 Dalam banyak isu sebenarnya DAP telah menunjukkan sikap lunaknya terhadap Islam. Ini dapat dibuktikan dengan insentif- insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP terhadap Islam.

Bagi parti perkauman seperti UMNO, ini merupakan berita buruk buat mereka kerana UMNO akan hanya kekal berkuasa selagi mereka berjaya melagakan PAS dan DAP dalam isu- isu perkauman dan agama.

Kini rakyat perlu sedar siapakah sebenarnya yang menghalang dakwah Islam terhadap golongan bukan Islam demi mempertahankan kuasanya.

"ISLAM ADIL UNTUK SEMUA"


17 December 2010

NAZRI LUPA ...UMNO/BN BUAT KERJA BODOH GILA DI PERAK


“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” Nazri Aziz.

Penggantungan beberapa orang Ahli Parlimen dari pakatan rakyat termasuk Ketua Pembangkang memperlihatkan pemerkosaan undang- undang oleh UMNO/ BN dalam mempertahankan kekuasaan mereka. Apabila kegagalan berhujjah menghadapi Pakatan Rakyat UMNO/ BN tiada pilihan melainkan melakukan apa sahaja sehingga sanggup melanggar lunas- lunas perundangan.

Krisis perundangan di Perak yang membawa kepada campurtangan mahkamah terhadap keputusan speaker yang akhirnya memihak kepada UMNO/BN untuk merampas Perak kini memberikan impak yang besar terhadap sistem perundangan negara.

Bermulalah episod keputusan speaker boleh dicabar di mahkamah. Kini UMNO/ BN terpaksa berhadapan dengan senjata yang diciptanya sendiri. Kenyataan Nazri yang melabelkan Ahli Parlimen pakatan rakyat melakukan perkara yang bodoh untuk mencabar keputusan speaker di mahkamah hanya memperlihatkan perlakuan bodoh yang telah dilakukan oleh UMNO/ BN di Perak yang diketuai oleh bosnya Najib Razak.


PILIHARAYA KECIL KE-14 ....

Suasana politik di Malaysia semakin panas apabila bakal menyaksikan berlakunya pilihanraya kecil yang ke-14 selepas PRU ke-12 apabila penyandang bagi DUN Tenang, Johor YB Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang .

Pilihanraya kecil kali ini dijangka menarik kerana berlakunya di salah sebuah negeri yang menjadi kubu kuat UMNO.

Untuk rekod pada PRU ke-12 yang lalu Allahyarham mengalahkan calon PAS dengan majoriti sebanyak 2,492 undi.

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham, mudah- mudahan rohnya dicucuri rahmat... Al- fatihah

05 December 2010

KARNIVAL MESRA RAKYAT

Selasa
7.12.2010
Di Musollah Al- Ehsan, Paya Renggam, Padang Rengas

9.00 pg- 6.00 ptg
Gerai Jualan, 
Sukan, 
Dialog Ketua2 Kampung Pakatan Rakyat bersama ADUN Pakatan Rakyat

9.00 mlm
CERAMAH PERDANA
Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang
Dato' Seri Nizar Jamaluddin
YB Hj Zainuddin Yusof

anjuran:
PAS KAWASAN PADANG RENGAS

Semua dijemput Hadir