21 December 2010

USTAZ ZAKARIA SAMAN AKHBAR & ADUN

Ekoran fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap beliau bersabit khutbah jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad menfailkan saman terhadap akhbar Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," ujar Ustaz Zakaria.

Mungkin ramai yang tidak mengenali Ustaz Zakaria Ahmad secara dekat. Ini mungkin disebabkan beliau tidak pernah muncul dalam program- program TV atau radio. Namun bagi yang sering mengikuti kuliah- kuliah pengajian di masjid- masjid terutamanya di sebelah utara semenanjung, beliau merupakan tuan guru yang sangat berilmu dan dihormati.

Kepakaran beliau terutamanya dalam ilmu fiqh tidak dapat dinafikan.Malah adik- beradik beliau merupakan ulama- ulama yang sangat dikenali. Antaranya ialah Mufti Kerajaan Pulau Pinang sekarang serta Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat.

Oleh itu, langkah UMNO untuk cuba memburukkan imej beliau merupakan suatu kesilapan kerana mungkin mereka tidak mengenali latar belakang beliau.

Kami mendoakan mudah- mudahan segala langkah yang diambil oleh beliau akan dipermudahkan oleh Allah dan akan memberikan pengajaran kepada golongan yang busuk hati terhadap perkembangan Islam.