22 December 2010

BUKU JINGGA (100 HARI PEMERINTAHAN PR): HANTUI UMNO/BN

Konvensyen Pakatan Rakyat ke- 2 dah berlalu. Banyak perkara yang boleh ditafsirkan sama ada yang tersurat mahupun tersirat.

Walaupun baru berusia menghampiri 3 tahun, namun 2 konvensyen telah diadakan menandakan isyarat yang jelas terhadap komitmen ketiga- tiga parti untuk mengambil alih Putrajaya. Harapan rakyat untuk melihat Malaysia ditadbir secara telus dan adil mampu dipikul oleh gabungan PAS, PKR dan DAP.

Adalah wajar konvensyen kali ini menyebabkan UMNO/BN sesak nafas dan menjadi bengong. Antaranya kenyataan Karpal terhadap isu negara Islam. Dan yang lebih membengongkan UMNO/ BN ialah komitmen 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.

Kenyataan pemimpin No. 1 dan 2 negara jelas menggambarkan standard pemikiran di bawah paras kemiskinan yang diwarisi oleh UMNO/ BN turun- temurun. Mereka memperlekehkan tawaran PR malah merendahkan kemampuan pemikiran pemimpin PR. Seolah- olah pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat yang ada terdiri daripada golongan yang buta huruf dan tiada pendidikan.

Ketika Pas mula memerintah Kelantan, UMNO/ BN memberikan hanya 3 bulan untuk Pas bertahan dengan sekatan demi sekatan dari pusat. Nah !!! sampai sekarang UMNO terkial- kial untuk merampas semula Kelantan malah Kelantan semakin maju dan makmur berbanding negeri- negeri yang di perintah UMNO/ BN.

Bila PAS diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Terengganu dengan di pimpin oleh TN Guru Abd Hadi Awang, UMNO/ BN bagi lagi tempoh masa 3 bulan untuk Pas bertahan di Terengganu dengan menyekat royalti petroleum. Dengan harapan kerajaan Terengganu akan tumbang namun dengan pertolongan Allah,  Terengganu terus ditadbir dengan baik oleh Pas dan lebih maju walaupun tanpa royalti petroleum.

Pendek kata Pas tetap mampu mentadbir walaupun mendapat sekatan- sekatan ekonomi dari pusat. Inilah yang tak mampu dilakukan oleh UMNO/BN. Mereka hanya mampu memerintah dengan bantuan dari pusat. Negeri- negeri yang diperintah oleh UMNO/BNlah yang mempunyai hutang paling tinggi terhadap kerajaan pusat. Tanpa bantuan hutang dari kerajaan pusat dah lama negeri- negeri pemerintahan UMNO/ BN "bungkus".

Selepas PRU ke-12, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (sebelum rampasan kuasa) telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Yang menariknya ke semua parti (PAS, PRK, DAP), berpeluang mengetuai mengetuai pentadbiran negeri.

Laporan Ketua Audit Negara selama 2 bulan berturut- turut membuktikan negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mempunyai rekod urus tadbir yang jauh lebih baik berbanding negeri- negeri diperintah UMNO/ BN.

Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh UMNO/ BN.

100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat membuktikan UMNO/BN tidak mampu menawarkan yang terbaik kepada rakyat. Tak perlu tawaran yang hebat- hebat "NAK BAYAR BONUS KAKITANGAN KERAJAAN PUN TERKIAL- KIAL". Nasib baiklah Lim Guan Eng isytihar bonus di Pulau Pinang.

Kalau dulu UMNO/BN begitu fobia dengan warna HIJAU... kini warna JINGGA pula menghantui Najib dan Rakan- Rakan

"AYUH RAKYAT MALAYSIA... BERANI BUAT PERUBAHAN"