11 April 2011

PERALIHAN KEPIMPINAN PAS KAWASAN PADANG RENGAS GUSARKAN UMNO

Selepas selesai sesi pemilihan saf kepimpinan Pas Kawasan Padang Rengas pada 3 April 2011 yang lalu, pimpinan Pas Kawasan Padang Rengas terus dihujani dengan penyebaran SMS oleh pihak yang tidak bertanggungjwab kononnya Pas Kawasan Padang Rengas sedang dilanda perpecahan.

Ini berikutan berlakunya perubahan pucuk pimpinan tertinggi Pas Kawasan apabila Al- Fadhil Ustaz Jamaluddin kembali menerajui Pas Kawasang Padang Rengas dengan menang tanpa bertanding bagi menyandang jawatan Yang Di-Pertua Pas Kawasan.

Penyandangnya YB Hj Zainuddin (ADUN Lubuk Merbau) telah memberikan laluan kepada pimpinan muda untuk menerajui Pas Kawasan bagi menumpukan tugasnya sebagai ADUN sekaligus membuktikan bahawa Pas Kawasan Padang Rengas tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berwibawa untuk memimpin parti.

Proses pemilihan dan peralihan kepimpinan berjalan dalam suasana "Mahabbah" hasil proses tarbiyyah yang diterima oleh pimpinan dan ahli parti. Suasana ini menyebabkan musuh- musuh politik Pas menjadi "libang- libu" kerana apa yang mereka harapkan tidak berlaku.

Oleh itu,, penyebaran sms yang ditujukan kepada pimpinan- pimpinan dan ahli pas ternyata hanya membazirkan kredit dan meningkatkan bil telefon mereka sahaja.

Sebaliknya, Pas kawasan Padang Rengas semakin mendapat sokongan masyarakat dan terus mengatur langkah untuk mempertahankan DUN Lubuk Merbau dan menggantikan UMNO di DUN Chenderoh.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!