07 July 2011

DETIK UMNO/BN DIPENGHUJUNG KUASA


Ibarat orang yang kelemasan, akan berpaut kepada apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Menyedari UMNO/BN dah sampai ke umur bersara wajib, segala ruang dan peluang digunakan untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Bermacam kaedah dan cara digunakan oleh UMNO/BN sehingga sanggup bertindak melampaui perlembagaan dan undang- undang. Perlaksanaan undang- undang dan tindak- tanduk pihak berkuasa negara kini menjadi bahan ketawa negara luar disebabkan tindakan yang semakin tak masuk akal serta langsung tidak menggambarkan kematangan pemikiran.

Sindrom fobia warna kuning yang mendorong berlakunya siri- siri tangkapan kerana menjual, memakai, mengedar baju kuning yang berlakar BERSIH menggambarkan ketakutan yang MAHA DAHSYAT sedang melanda UMNO/BN.

Tindak- tanduk polis yang tidak profesional dengan menjadi PAK TURUT pemimpin- pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa mereka amatlah mendukacitakan. Kecekapan polis menangkap aktivis- aktivis BERSIH dalam sekelip mata memperlihatkan tumpuan pihak berkuasa sudah menyimpang jauh daripada tugas dang tanggungjawab sebenar mereka.

Najib cuba membendung kebangkitan rakyat dengan menawarkan stadium sebagai ganti tempat diadakan himpunan dengan harapan pihak BERSIH akan menentang habis- habisan. Titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM)Yang Dipertuan Agong telah cuba dimanipulasikan oleh UMNO/BN dengan menggambarkan bahawa himpunan tersebut juga tidak direstui oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kebijaksanaan dan sikap profesional jawatankuasa BERSIH yang diketuai oleh Ambiga terserlah apabila diperkenankan mengadap DYMM Yang Dipertuan Agong. Ke Bawah Duli Tuanku memperkenankan agar himpunan BERSIH diadakan di stadium memberikan tamparan hebat kepada pemimpin- pemimpin BN.

Kini UMNO/ BN tidak lagi mengendahkan titah dan perkenan tuanku, malah terus berdolak- dalik dalam memberikan kebenaran perhimpunan  tersebut. Tangkapan dan sekatan terus diberikan terhadap BERSIH. Nah !!! kini sudah nyata dan jelas... siapa sebenarnya PENDERHAKA !!!