Nama penuh beliau ialah Ahmad bin Inndera, berdarah pahlawan daripada keturunan
Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima
kanan Sultan Sharif di Siak.
Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka
melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang ustaz yang hafiz al-quran, gemar bernasyid dan berqasidah. Berguru
kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat
DYMM Sultan Ibrahim.
Mat Indera dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat.
Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937,
dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Beliau
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada
penjajahan Inggeris.
Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin
Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan
Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai ‘Angkatan Pembunuh Inggeris’ oleh
musuhnya.
Kerana berterusan diburu oleh ‘mata-mata’ Inggeris, Mat Indera telah masuk ke
hutan dan meneruskan perjuangan pada bulan Jun 1948. Mungkin terpengaruh dengan
perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar
kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.
Mat indera membina hubungan kumpulan penentang penjajah berbangsa Cina dengan
mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu
Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat
Indera menjadi ketua komunis Melayu bagi daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasong (balai polis) Bukit Kepong.
Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang
terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi
dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab
mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap
beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina,
sebaliknya orang-orang Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia
dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu
menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan
mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. Namun
salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan
dipujuk oleh Inggeris untuk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2
orangg lagi bernama Beladang dan Misban. Mereka bersetuju menerima tawaran
setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak
rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di Kampung
Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn
kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan
beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke rumah pasong Seri
Medan. Dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua
kekuatan ilmu kebal.
Mat Indera dipamerkan. Ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di
beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan
Taiping. Dalam penjara beliau didera dan akhirnya hukuman gantung sampai mati
dilaksanakan pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan
hari, dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping, Perak.
Dikatakan pada hari dia hendak digantung orang kampung keluar beramai-ramai.
Mereka berhimpun. Cop komunis yang ada padanya tidak diendahkan oleh orang
kampung kerana mereka semua orang tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya,
seorang yang lemah lembut, baik orangnya dan sentiasa melindungi.
Di mata masyarakat pada masa itu, dia seorang pahlawan dan pejuang kemerdekaan
Tanah Melayu dari penjajahan Inggeris.
Bagi yang SEFIKRAH dengan Penjajah Inggeris... Mat Indera adalah Pengganas. So... anda nak berfikir mengikut acuan mana?