26 November 2011
SEKITAR MAJLIS BERKHATAN PASTI KAW PDG RENGAS
Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas telah berjaya menganjurkan Majlis Berkhatan beramai- ramai sebelah pagi semalam bertempat di PASTI al- Marbawi Lubuk Merbau.
Majlis yang telahpun berlangsung pada petang Jumaat 25/ 11/ 2011 dengan jamuan makan tengahari serta "Makan Beradap" untuk peserta serta keluarga yang menyertai program ini.
Pada 26/ 11/ 2011 seawal jam 8.00 pagi para peserta dibawa menaiki lori berhias mengelilingi Kg. Lubuk Merbau. Seterusnya para peserta berpeluang mandi dengan Air Bomba dengan kerjasama Pasukan Bomba Kuala Kangsar serta Jabatan Air, Perak.
Selepas menjamu selera Majlis Berkhatan dimulakan oleh 2 pasukan Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Kuala Kangsar dan berakhir kira- kira jam 3 petang.
Labels:
pasti