13 September 2012

KULIAH AGAMA TAK BOLEH... PROGRAM UMNO BOLEH


Seperti mana yang telah dipaparkan sebelum ini pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar tidak membenarkan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

Dewan yang telah menalan belanja jutaan ringgit wang rakyat sepatutnya dapat dimanfaatkan untuk kegunaan rakyat tetapi kini hanya banyak menjadi pusat kegiatan oleh UMNO dan BN sahaja.

Pada 13 september 2012 baru- baru ini UMNO sekali lagi menjadikan dewan tersebut untuk kepentingan program mereka apabila Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia merasmikan program wanita UMNO di sana.

Banner yang digantung di luar pagar dewan tersebut yang digantung secara haram tanpa cop kebenaran Majlis Perbandaran jelas menunjukkan sikap double standard pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang membutakan mata, memekakkan telinga membiarkan undang- undang diPERLEMBU oleh pihak UMNO.

Kerakusan UMNO menggunakan harta rakyat untuk kepentingan diri dan politik mereka sudah dapat dihidu pada peringkat awal siapnya Dewan Jubli Perak ini lagi.

Belum pun Sultan Perak merasmikan dewan tersebut, Dato' Ramli Zahari adalah antara orang yang paling awal menggunakan dewan tersebut untuk majlis perkahwinan anaknya. Diikuti dengan program- program UMNO/ BN terutamanya peringkat negeri Perak.

Kalau diikutkan sejarah, UMNO merupakan pihak yang paling banyak berhutang terhadap Majlis Perbandaran Kuala Kangsar kerana menggunakan Dewan Merdeka (dewan lama) untuk program mereka tanpa membayar sewa.

Ini berdasarkan rekod yang diperolehi ketika Pakatan Rakyat menjadi anggota Ahli Majlis Perbandaran ketika 11 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Persoalannya... bagaimana pula Dewan Jubli Perak sekarang? Adakah mereka membayarnya?