29 January 2013

KUMPULAN KUGIRAN PULAK DIGUNAKAN GANGGU CERAMAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI KUALA KANGSAR

UMNO semakin bingung untuk berhadapan dengan kemaraan rakyat bersama Pakatan Rakyat. Kalau sebelum ini pihak keselamatan terutamanya polis diperkudakan untuk menghalang ceramah serta program Pakatan Rakyat. Namun setelah kaedah berkenaan dilihat telah menambahkan lagi rasa meluat rakyat kepada UMNO/ BN kini mereka beralih kepada taktik yang lain untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Terkini, mereka telah menggunakan kumpulan KUGIRAN untuk melalak di kawasan berhampiran dengan tempat ceramah yang menampilkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai penceramah utama yang diadakan di Chandan Puteri, Kuala Kangsar. Dengan memasang "sound system" yang kuat mereka mengharapkan ceramah Pakatan Rakyat akan terjejas.

Namun kehadiran rakyat yang begitu ramai hanya menyerlahkan wajah sebenar UMNO yang semakin "bankrap politik" untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Kehadiran pengunjung bukan sahaja dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat malah terdiri daripada golongan atas pagar termasuklah penyokong UMNO/ BN sendiri.

Rata- rata pengunjung yang datang melahirkan rasa meluat dan menyampah diatas sikap yang ditunjukkan oleh pihak berkenaan. Malah dari kalangan penyokong UMNO sendiri tidak tergamak dan malu untuk menonton persembahan KUGIRAN berkenaan yang menampilkan penyanyi wanita.

Apa pun tahniah kepada rakyat yang hadir yang langsung tidak termakan dengan provokasi bodoh pihak berkenaan. Terima kasih juga kepada penganjur persembahan KUGIRAN berkenaan yang telah berjaya menambahkan lagi rasa MELUAT rakyat kepada UMNO/ BN.