02 March 2013

MIMPI NGERI BN: GURU MUDA BERI ISYARAT TOLAK BN

Himpunan Guru- Guru Muda daerah Kuala Kangsar pada hari Jumaat 1 Mac 2013 jam 2.30 petang di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar yang lalu telah menjadi igauan  baru kepada Barisan Nasioanal.

Menurut sumber, program yang dijalankan menggunakan penganjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar (PPD) telah mengarahkan setiap sekolah di daerah Kuala Kangsar menghantar seramai 15 orang guru muda di bawah umur 40 tahun untuk menghadiri program berkenaan.

Program telah menampilkan pemimpin- pemimpin politik BN yang terdiri daripada Dato' Nazri Aziz (MP Padang Rengas), Dato' Siti Salmah (ADUN Chenderoh), Dato' Wan Khairil (ADUN Chandan) dan wakil Dato' Seri Rafidah Aziz (MP Kuala Kangsar) sebahagai tetamu jemputan.

Guru- guru yang dipaksa untuk hadir mula menghidu ada agenda politik dalam program tersebut apabila melihat sekumpulan individu yang berpakaian berlambangkan Barisan nasional (BN) di pintu masuk dewan berkenaan.

Ada yang datang hanya untuk menandatangani kehadiran kemudian beredar balik. Apabila pegawai- pegawai PPD mendapati ramai yang berbuat demikian, kehadiran tidak lagi diambil sewaktu hadir tapi hanya akan akan diambil di akhir program. Namu begitu ramai dalam kalangan guru yang hadir tidak mengendahkan arahan berkenaan, ada yang terus balik dan ada yang tidak masuk dewan tapi berbual- bual di luar dewan dan kantin.

Majlis dimulakan dengan ucapan pegawai PPD yang terpaksa memohon jasa baik guru- guru untuk memenuhkan ruang tempat duduk hadapan. Namun permintaan berkenaan tidak begitu dihiraukan kerana mereka hanya berganjak ke kerusi di bahagian pertengahan sahaja.

Protes guru- guru begitu terserlah apabila Dato' Nazri Aziz memulakan ucapan. Beliau memulakan ucapan dengan isu sejarah 1 Malaysia yang dikaitkan dengan isu kuil salah sebuah tempat di Malaysia. Guru- guru India bingkas bangun seorang demi seorang. Sepanjang ucapan Dato' Nazri tempat duduk dalam dewan semakin lengang, yang tinggal hanyalah sebahagian kecil guru- guru muda dan juga guru- guru besar.

Dewan yang begitu luas dengan tempat duduk yang begitu banyak menyerlahkan lagi kecacatan majlis.

Di bahagian luar dewan pegawai- pegawai PPD yang lain diarahkan untuk menahan guru- guru yang balik dan mencatat nombor plat kenderaan yang keluar.

Rata- rata guru yang diarahkan untuk hadir melahirkan rasa kecewanya terhadap pihak PPD yang sanggup diperkudakan untuk kepentingan politik BN.

Guru- guru juga sebahagian besarnya nekad dan bersedia menaggung risiko untuk dikenakan tindakan semata- mata tidak mahu diperbodohkan oleh BN.