24 February 2010

UMNO JUARA TIPU RAKYAT: Part 1

Kenyataan Zambry Kadir bahawa ADUN BN Perak tidak dilantik dan tidak dipanggil dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) semasa pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak jelas merupakan suatu pembohongan yang maha dahsyat.

Kenyataan tersebut seolah- olah memperbodohkan rakyat Perak yang dianggapnya buta maklumat dan akan menerima bulat- bulat apa yang diperkatakan. Wahai Zambry Kadir.... zaman sekarang bukan macam 20 atau 30 tahun dulu. Dulu pendidikan rakyat terbatas, sumber maklumat juga terbatas.

Rakyat kini, tidak akan menelan bulat- bulat apa yang dikatakan oleh orang politik, tapi mereka akan menyelidiki dan mencari maklumat dari pelbagai sumber.

Bukankah semua maklumat serta minit mesyuarat itu ada hitam putihnya. Sidang pembaca boleh menyemak minit mesyuarat atau laporan bertulis di pejabat- pejabat daerah di seluruh negeri Perak. Semasa Pakatan Rakyat memerintah JKTD dianggotai oleh semua ADUN sama ada dari Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Malangnya ADUN- ADUN dari Barisan Nasional sebahagian besarnya tidak hadir dalam mesyuarat- mesyuarat  JKTD..

Sebagai contoh di daerah Kuala Kangsar yang melibatkan ADUN- ADUN dari kawasan Sungai Siput, Manong, Chenderoh dan sebagainya. YB Dato' Siti Salmah (BN- Chenderoh) sendiri tidak hadir dalam mesyuarat- mesyuarat JKTD walaupun mendapat jemputan. Situasi yang sama juga berlaku di daerah- daerah lain seluruh Perak. Tempat duduk mereka beserta nama mereka disediakan tetapi kosong tidak berpenghuni.

Walaupun pembohongan Zambry ini untuk menjatuhkan reputasi Pakatan Rakyat di Perak, tetapi beliau juga telah menghina dan menafikan kerja serta tugas yang telah dijalankan oleh kakitangan kerajaan negeri di pejabat- pejabat daerah yang terlibat dalam mengendalikan mesyuarat- mesyuarat berkaitan.

Kini ADUN- ADUN dari Pakatan Rakyat tidak lagi dilantik menganggotai JKTD di bawah kerajaan sedia ada jelas membuktikan kenyataan Zambry yang akan memberikan khidmat tanpa mengira fahaman politik hanyalah suatu retorik semata- mata.

Dengan ini disahkan UMNO JUARA TIPU RAKYAT