Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).
Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
Menurut
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd
Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis
Ekonomi pada hari ini.
"Langkah
ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk
merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd
Zain.
Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit
dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk
Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.
Kali
terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan
Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan
yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak
pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar
Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1.
Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.
sumber: Malaysiakini