BN memulakan kempen di Hulu Selangor dengan taktik membunuh imej calon Pakatan Rakyat melalui media- media yang dikuasai mereka. Tanpa berfikir panjang, Dato' Zaid cuba digambarkan sebagai kaki botol dan tidak sesuai untuk menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Taktik kotor BN ini pada peringkat awal seakan- akan menyebelahi mereka, namun kematangan Pakatan Rakyat menangani isu ini dengan profesional dilihat menjadi Back- Fire kepada pimpinan- pimpinan UMNO.
Mungkin mereka TERLUPA bahawa ramai di kalangan sahabat- sahabat mereka sendiri kaki botol. Mungkin kerana dah terbiasa minum arak mereka terlupa yang diri mereka pun kaki botol.
Kini, pimpinan UMNO sendiri mula tak senang duduk kerana dihujani pelbagai soalan dari pihak wartawan tentang gambar- gambar mereka yang tersebar luas di media- media internet. BN juga bernasib baik, kerana isu kaki botol tidak sedikit pun menjejaskan kredibiliti calon mereka kerana beliau bukan beragama Islam.
Alahai UMNO...