Keputusan kerajaan meluluskan lesen perjudian untuk pertaruhan pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 mulai Jun ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.
1. Kerana Malaysia bukanlah sebuah negara Islam.
2. Kepimpinan BN yang diterajui oleh UMNO bukanlah sebuah parti yang didasari oleh Islam.
3. Premis- premis perjudian yang diluluskan oleh UMNO/BN sejak memerintah semakin bertambah dari semasa ke semasa. Berbeza dengan pentadbiran PAS di Kelantan, premis perjudian semakin berkurangan dari semasa ke semasa.
4. Kegagalan BN untuk merangsang ekonomi negara didapati gagal, lantas mengambil jalan mudah untuk memperolehi cukai melalui aktiviti perjudian yang berlesen.
5. Keputusan kerajaan tersebut langsung tidak mendapat sebarang bantahan daripada ulama- ulama UMNO atau pro-UMNO seperti Jamil Khir Baharom, Abdullah Md Zain, Harussani Zakaria, Masyitah Ibrahim, Nakhaei Ahmad dan yang lain- lain. Mereka mengambil sikap berdiam diri. Mengikut adat orang- orang Melayu, "DIAM TANDANYA BERSETUJU".
Dan banyak lagilah faktor- faktor lain yang boleh dianalisis.
Namun apa yang hendak diperingatkan di sini ialah keputusan kerajaan tersebut bukan sahaja memberikan impak terhadap kesucian agama Islam itu sendiri malah ia memberikan impak yang begitu besar terhadap pengundi- pengundi BN (khususnya yang beragama Islam) pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Sedarkah kalian bahawa anda bakal menerima saham di akhirat kelak atas keputusan kerajaan tersebut. Ingatlah... anda yang memilih BN pada pilihanraya yang lalu telah telah memberikan kuasa kepada mereka dalam membuat keputusan ini. Maka kalian bertanggungjawab di atas apa yang telah BN lakukan.
Untuk itu... fikir- fikirkanlah...