Hari ini selepas solat Jumaat, menyaksikan 2 peristiwa bersejarah dalam politik tanahair apabila 2 demonstrasi berasingan berlaku di Kuala Lumpur. Satu kumpulan anjuran Pakatan Rakyat bermula di Masjid Kg. Baru manakala satu puak lagi di Masjid Negara di ketuai oleh Ketua Pemuda UMNO (yang tidak tersenarai dalam kabinet Najib).
Pakatan Rakyat membuktikan komitmennya dan kebersamaannya dalam isu kemanusiaan apabila ketiga- tiga parti (PAS, PKR, DAP) serta pimpinan utamanya turun berdemonstrasi mengutuk serangan Israel yang di ketuai DS Anwar Ibrahim (PKR), Lim Keat Siang (DAP) dan Ustaz Nasaruddin (PAS). Dianggarkan antara 50 ribu hingga 10 ribu yang hadir menyahut seruan Pakatan Rakyat.
Di masjid negara pula, ada satu lagi puak dianggarkan seramai 200 orang yang seakan- akan menunjukkan kebenciannya yang teramat sangat terhadap Israel walaupun kini diketahui umum telah menggadaikan maruah negara kepada syarikat sekutu Israel (APCO WorldWide) untuk menentukan untung nasib negara.
Penulis tidak begitu berminat untuk membezakan jumlah kehadiran peserta antara kedua- dua pihak tetapi lebih berminat untuk melihat kumpulan peserta yang hadir dalam demonstrasi tersebut.
Bagi pihak Pakatan Rakyat, kita telah menyaksikan kesemua komponen Pakatan Rakyat turun untuk menzahirkan kebencian terhadap Israel tanpa mengira agama, kaum, umur mahupun jantina.
Manakala di pihak BN pula kelihatan hanya Pemuda UMNO yang turun menyatakan kebencian terhadap Israel. Mana pemuda- pemuda MCA, MIC, PPP, Makkal Sakti, Wanita UMNO, Veteran UMNO dan lain- lain lagi?
Adakah dalam BN, isu Israel ini hanyalah isu umat Islam lantas tidak ada kena mengena dengan parti- parti lain dalam komponen BN?
Ohh !!! mungkin mereka menyatakan bahawa demonstrasi bukan jalan pilihan mereka...... namun tidakkah mereka sedar apa yang berlaku di luar negara sana?
Tidakkah mereka sedar bahawa seluruh dunia menyaksikan umat manusia turun berdemonstrasi menyatakan protes mereka terhadap Israel?
Tidakkah mereka berasa malu apabila golongan dari barat yang sekular itu pun turun ke jalanan untuk menzahirkan kebencian mereka terhadap Israel?
Apa pun syabas dan tahniah kepada Pakatan Rakyat yang berjaya menggembeling tenaga untuk menyedarkan rakyat siapa sebenarnya yang benar- benar menentang Israel dan siapa yang sebenarnya yang menjalinkan hubungan diplomatik secara tidak rasmi dengan Israel.