20 February 2012
ANAK MUDA SEDIA TUMBANGKAN BN
Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda Kuala Kangsar pada hari Ahad yang lalu menjadi titik tolak memacu kemenangan PAS bersama Pakatan Rakyat pada PRU ke- 13. Pelancaran jentera pemuda Pas peringkat daerah Kuala Kangsar mempunyai signifiken yang tersendiri.
Ini disebabkan di daerah Kuala Kangsar mempunyai 3 buah parlimen iaitu Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput. Peringkat Parlimen, Pakatan Rakyat berjaya menguasai parlimen Sungai Siput, manakala peringkat DUN Pakatan Rakyat berjaya memenangi DUN Lubuk Merbau dan Jalong.
Oleh yang demikian, pelancaran tersebut bukan sahaja disertai oleh pemuda- pemuda dari Kuala Kangsar malah turut disertai oleh Pemuda Padang Rengas dan Sungai Siput.
Program dimulakan dengan Konvoi dari tiga penjuru Parlimen dan akhirnya bertemu di Dataran Sayong, Kuala Kangsar.
Seterusnya peserta konvoi bersolat jamaah di Dataran Sayong yang dipimpin oleh Ustaz Zawawi (Ketua Pemuda Pas Perak) diikuti dengan taujihad oleh Ustaz Zawawi dan Ustaz Nasaruddin Tantawi.
Selepas itu pemuda- pemuda berkonvoi dengan diketuai oleh Ustaz Nasruddin Tantawi dengan melalui jalan Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri, Bandar Kuala Kangsar dan berakhir di Dataran Kg. Ketior, Kuala Kangsar.
Seterusnya Ustaz Nasruddin Tantawi dengan rasminya melancarkan jentera pilihanraya pemuda dan penyerahan bendera kepada ketua- ketua pemuda Pas cawangan.
Majlis di akhiri dengan ceramah pada sebelah malamnya yang membariskan Sdr. Salman Salleh (Setiausaha Pemuda Pas Perak), Dr. Raja Al- Hiss (Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia) dan Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda Pas Malaysia).
Penyertaan anak muda yang datang dari segenap pelusuk daerah Kuala Kangsar tanpa sebarang bayaran menggambarkan semangat anak muda yang berkobar- kobar dan bersedia untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU ke- 13 akan datang.
Dalam ucapan pelancaran tersebut Ustaz Nasruddin Tantawi mengingatkan kemenangan Pakatan Rakyat di parlimen Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput akan menjadi sinar kejayaan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
Labels:
pemuda