10 June 2012

NAJIB & KABINETNYA DERHAKA KEPADA SULTAN KELANTAN



Kerajaan pusat menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti petroleum dengan pelbagai alasan. Walau pun dari segi logiknya Kelantan lebih layak menerima royalti petroleum jika dibandingkan dengan Sarawak jika faktor jarak dijadikan sebagai alasan.

Sebelum ini tuntutan demi tuntutan telah dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan terhadap kerajaan Pusat namun semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Semua manusia yang waras pasti sudah mengetahui  sebab sebenar, kerana kerajaan Kelantan di tadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Pas. Itulah nasib yang diterima oleh kerajaan Terengganu ketika diterajui oleh Pas apabila royalti yang sekian lama dinikmati oleh kerajaan negeri tiba- tiba ditukar statusnya kepada wang ehsan.

Mutakhir ini, UMNO semakin ghairah memainkan isu derhaka kepada sultan. Gara- gara twitter dari Dato' Seri Nizar Jamaluddin berhubung isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan, UMNO melalui medianya telah memfitnah serta memutar belitkan isu ini dengan menggambarkan bahawa DS Nizar derhaka kepada sultan Johor.

Berhubung dengan isu tuntutan royalti petroleum kerajaan Kelantan telah sampai kepada kemuncaknya apabila Kebawah Duli Tuanku, Sultan Kelantan telah menandatangani secara rasmi sokongan baginda agar gas di daratkan terus ke Kelantan sekaligus melayakkan Kelantan mendapat royalti petroleum.

Jika dilihat cara UMNO memainkan isu derhaka ini, jelas Najib serta kabinetnya lebih DERHAKA  kepada Sultan Kelantan kerana engkar terhadap titah Sultan serta menafikan hak kerajaan Kelantan mendapat royalti petroleum.

Mana suara PERKASA dalam isu ini ???
Mana suara pemuda UMNO dalam isu ini ???
Mana kelantangan suara HASSAN ALI dala isu ini ???


Jika benar UMNO, PERKASA, JATI dan puak- puak yang sewaktu dengannya taat setia kepada Sultan, jangan hanya bersandiwara berdemo mempertahankan sultan tetapi menjadi menjadi bisu... pekak... dan tuli... apabila melibatkan pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang jelas menafikan hak Sultan yang memayungi rakyat jelatanya.

Jika benar mereka menjunjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu mereka sepatutnya menuntut Najib menyerahkan hak royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan. Setidak- tidaknya kumpulan senaman punggung sepatutnya meneruskan senamannya di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya...